no2umno

Archive for the ‘Minyak naik’ Category

POOOOOOOOOOOORAH

In Minyak naik on July 28, 2008 at 9:53 am

shamsuliskandar | Saya terima email ini dari seseorang agak menarik untuk dikongsi bersama –
Petrol subsidy, what subsidy?

Malaysians have been deceived for so long that we have been subsidized for our petrol. In fact we have been paying more than our fair share for our petrol. How is this? We need to look at the big picture of petrol prices, the price of cars, toll charges, per capita income and the cost and efficiency of public transportation.

I am glad that our Minister of Information made a comparison of petrol prices in Malaysia and some Scandinavian countries. Let me make a simple comparison between Malaysia and Australia to show that we have been cheated all these years.

1. Per capita income of Australia (USD35,990.00) is more than 6 times that of Malaysia (USD5,490.00) in 2006. (Source: World Bank)

2. Starting pay of a graduate in Malaysia RM2,500.00 per month and in Australia AUD4,000.00 (RM12,000.00) per month.

3. Price of one liter of petrol in Malaysia RM2.70 and in Australia AUD1.75 (RM5.25). The price differential is RM2.55 a liter.

Assume we buy a similar new car in both countries, a 1.8L Honda Civic Auto cost RM110,000.00 in Malaysia and AUD24,000.00 (RM72,000.00) in Australia. That is a difference of RM38,000.00. If we divide the price differential of the car with the cost of petrol, 38,000/2.55=14,900 liters of petrol. This means that an owner of a Honda Civic will upon consuming the first 14,900 liters of petrol is actually not getting a single cent of subsidy from the overnment.… selanjutnya.

Advertisements

PEDAL-POWERED PENANGITES

In Minyak naik, Penang Politics on July 28, 2008 at 12:07 am

Cyclists seen here taking part in a riding campaign in George Town, showing one way of fighting the recent petrol price hike. — NST picture by GS Narinder Singh

Implikasi 90 billon barrel minyak ditemui di Artic

In Minyak naik on July 27, 2008 at 11:39 pm

detikdaily | …Apa yang ingin saya highlightkan disini ialah penurunan harga minyak dunia iaitu (crude oil price) dunia telah menurun sehingga $125 sebarrel kemarin dan hari ini jatuh lagi sebanyak $123 seberrel. Dengan kejatuhan harga tersebut haruslah diingat…kita telah merana kerana kenaikan harga minyak jugak iaitu $130-$145 seberrel pada Julai lalu. Ketika itu bapak kepala menteri dan tuan penasihat 25% kita yang amat di ‘sayangi’ telah mengambil langkah drastik untuk menaikkan minyak sehingga RM 2.70 selitter.

Saya bukan orang bijak ekonomi seperti bapak menteri kita yang bernama shahrir samad tu, dan setahu saya kalau kita bergantung kepada harga minyak dunia..sepatutnya teruskanlah kebergantungan kita ni…dan apabila minyak dah turun, kita kena turunlah. Namun tiada pula langkah drastik yang diambil oleh kepala bapok menteri untuk turunkan minyak. Kita tak mintak banyak, cukuplah ambik langkah awal turun RM 0.50 sen dulu..supaya dapat mengimbangi beban yang tersedia ditanggung kita sekarang.

Menurrut seorang pakar ekonomi, golongan yahudi laknat telah menggunakan minyak sebagai ancaman kepada ekonomi dunia dan mengunjurkan agar ekonomi meleset seperti tahun 1997/98 dulu. Dan sekarang nie kera jaan sekali lagi telah mengambil langkah ‘bijak’ dengan mengumumkan agar Proton memajukan kereta pakai bateri!?? Apa sudah bijak sangatkah pok bodolah nie…dia dah lupa ke yang bateri harus dicas dan tariff elektrik akan dinaikkan!! Dan apa akan jadi sekiranya semua orang cas kereta pada waktu malam dan semestinya akan berlakunya shortage pada penggunaan elektrik..ini sekadar pendapat saya yang spontan..mungkin tidak tepat…. selanjutnya.

Naikkan harga petrol untuk wujudkan macam-macam subsidi…

In Minyak naik on July 24, 2008 at 5:36 am

marhaen | …Sebelum ini kerajaan memberikan rebet tunai kepada pemilik kenderaan kereta RM625.00 dan motosikal RM150.00. Teksi, bas dan lori juga dikatakan akan diberikan harga minyak subsidi iaitu harga sebelum kenaikan 40%. Khabarnya banyak lagi program yang akan dibuat oleh kerajaan kononya bagi membantu rakyat supaya tidak telalu parah kesan dari menaikkan harga minyak tempohari.

Kalau tengok dari sisi depan nampak cukup bagus, nampak betul kerajaan perihatin rakyat. Tapi kalau pandang sisi, nampak betul tindakan yang dibuat kurang masak. Kita yang naikkan sendiri harga minyak, kita sendiri yang cari jalan mengurangkan beban kenaikan! Macam cerita Pak Pandir.

Kerajaan yang buat rakyat sakit, kemudian kerajaan juga cuba mencari ubat dan penawarnya. Kalut betul. Bermacam cara dan kaedah yang mahu dibuat. Semuanya itu hanya langkah sementara. Tidak akan boleh kekal. Beri rakyat ikan bukan batang kail. Ubat tahan sakit sahaja, panadol. Itu pun panadol tiruan yang dicampur gandum!!!

Cara yang tidak masak. Kaedah yang dibuat pun tidak masak. Doktor yang merawat orang sakit pun bukan doktor pakar. General practioner saja. Itupun yang dapat sijil palsu, dari India ke mana ke?

Kita harap kerajaan carilah doktor pakar yang dapat mencari punca penyakit bukan hanya mencari tempat sakit. Kalau hanya pandai cari tempat sakit, bagi ubat tahan sakit atau terus potong tempat sakit-penyakit akan berulang selagi punca penyakit tidak diubati.… selanjutnya.

Wajah-Wajah Rakyat Desperate

In Masalah rakyat, Minyak naik on July 20, 2008 at 3:15 pm

cursingmalay | Aku dah perasan dekat Petronas rumah aku ada notis letak muka pencuri dekat tepi pintu.Masa first2 dulu ada gambar satu brader pakai baju kemeja datang dengan kereta Wira.Brader ni perompak.
Baru2 ni gambar tu dah di update.Ditukar pulak dengan gambar satu family yang datang tiga beranak yang suka mencuri benda2 kecik,macam coklat ke.

Dekat rumah aku jugak ada satu Econsave,dekat Econsave ni lah tempat aku membeli barang keperluan setelah aku sedar selama ni aku membeli belah di Jusco dengan harga yang maha tinggi.Dekat Econsave ni ada notice board muka-muka mereka yang “wanted” atau ditangkap oleh kamera CCTV telah mencuri barang dari pasaraya tersebut.

Pada mulanya hanya ada gambar seorang brader melayu,gambar dia sorang je.Minggu lepas aku pegi tambah gambar sorang perempuan melayu.Hari ni aku pegi ada dah tambah gambar beberapa orang dah.Maknanya kes kecurian kat situ makin menjadi-jadi.

… selanjutnya.

Cesss ….. Aku tak merasa lagi.

In Belit Dollah, Minyak naik on July 19, 2008 at 4:13 am

Selepas kenaikan harga minyak yang terbaru ini, maka banyak lah desas desus tentang ada nya usaha usaha terbaru untuk memasuki pasaran. Semua info melalui email yang wak terima hampir tepat. Wak terima sebelum pilihanraya lagi. Tiba tiba semalam, cerita ini disiarkan di dalam TV. Kawan kawan pun kecoh call wak beritahu pada benda yang sama ini.

‘Teknologi ini bukan untuk teksi sahaja tetapi juga untuk kereta yang lain, kenderaan persendirian juga boleh guna peralatan ini dan ia amat menjimatkan penggunaan petrol.

“Saya sebenarnya sudah lama mendengar tentang teknologi ini dan apabila ia sudah siap Dr. Halim Mohd. Ali (Presiden HFI) menjemput saya untuk melihatnya.

“Dia juga kata peralatan tersebut telah mendapat pesanan dari luar negara, jadi elok rakyat Malaysia mengetahui kewujudan teknologi ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Teksi Hydrofuel di Dataran Putra di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Hydrofuel dihasilkan selepas kajian awal dilakukan selama lima tahun iaitu dari 1997 hingga 2002 dan kemudian pada 2006, syarikat itu mengorak langkah mengkomersialkan produk berkenaan.

Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air paip sebagai bahan bakar dan sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah. – Utusmeloya

Teka teku, teka tekuk, Siapa yang kena tipu, siapa yang kena ketuk? Tahniah la pada sesiapa yang meciptanya, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang rekaan itu, sila klik gambarajah di atas, atau KLIK SINI . Tapi … website pun under construction. kah kah kah.

Yang paling malang adalah aku. Ini kerana aku pakai kereta kategori 2,000 cc ke atas. Dah la rebate tak dapat, Hydrofuel ini pun aku tak boleh guna. Makanya, wal asal balik asil, itu pasal tak hasil ….. Huhuhuh ….

Tapi cuba korang check di SINI. Fungsi produknya sama, tapi tak di jual di sini. CC 2000 ke atas pun boleh guna. Aku nak tanya …. kalau aku bawa masuk ke Malaysia dan lancarkan, korang rasa aku dapat komisen gak ke? Ini mesti kena tanya Pak lah …..

Ke kanan untung, ke kiri tak rugi

In Belit Dollah, Minyak naik, Syarikat Kroni on July 19, 2008 at 12:08 am

Lapuran malaysiakini,

“Kita perlu mengurangkan penggantungan kepada penggunaan petrol dan diesel dan mencari alternatif baru,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang tadi.

abdullah taxi 180708Hidrofuel yang berharga RM1,300 setiap satu, adalah teknologi penjimatan bahan bakar alternatif yang berasaskan air, melibatkan separa kacukan semi-hybrid petroleum dan hidrogen.

Buat permulaannya, teknologi yang dibangunan oleh sebuah syarikat bumiputera, akan digunakan oleh 100 teksi dari pertubuhan pemandu dan pengusaha teksi, limosin, dan kereta sewa Malaysia.

Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

“Keputusan saya menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 menyebabkan orang marah dan memaki hamun terhadap saya,” tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan harga minyak itu menyebabkan penggunaan pengangkutan semakin mendapat sambutan.100 bas mula guna

“Oleh kerana itu, kerajaan telah mengambil langkah membeli 100 bas RapidPenang. – Malaysiakini

Cukup menarik untuk difikirkan. Aku petik beberapa potong ayatnya di dalam lapuran ini.

– RM100 juta untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pengangkutan awam.
– Kita perlu mengurangkan penggantungan kepada penggunaan petrol dan diesel dan mencari alternatif baru.
– Kenaikan harga minyak itu menyebabkan penggunaan pengangkutan semakin mendapat sambutan.
– Oleh kerana itu, kerajaan telah mengambil langkah membeli 100 bas RapidPenang

Yang untung dengan kenaikan harga minyak ini adalah pengeluar enjin dan Rapid KL. Siapa dibelakang Rapid KL dan mungkin kah ada sebarang campur tangan di dalam pengeluaran alat penjimatan? Berita tentang alat baru ini sudah di ketahui selang seminggu selepas harga minyak naik. Info sudah bocor terlebih awal. Tapi …. aku antara rakyat yang terus TERkena dengan tindakan membabi buta ini. Siapa kata Pak Lah bodoh? Akhirnya Pak Lah dan keluarga, Ke kanan untung, kekiri tak rugi.

Debat: Terkini !!!

In Debat, Minyak naik on July 13, 2008 at 9:49 pm

Semua persiapan debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur berjalan lancar.Jika tidak ada sebarang perkembangan last minute yang menghalang ia akan disiarkan secara langsung tepat jam 9 malam esok 15 Julai.

Cuma sikit saja perubahan iaitu ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV9 ( jika menerusi Astro saluran 119 ) dan bukan menerusi TV3 seperti yang diumumkan sebelum ini.TV3 pula akan membuat siaran ulangan debat itu kemudian.Perubahan ini tidak dapat dielakan kerana TV3 terikat dengan program asal yang dijadualkan malam itu.

Selain TV9 ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani ( saluran 501).Promosi mengenai debat yang akan disiarkan menerusi TV9 sudahpun disiar menerusi TV3 dari masa ke semasa.Pada lewat petang Ahad pihak Bernama TV ( menerusi saluran Astro 502) juga menyampaikan keputusannya nak turut menyiarkan debat itu secara langsung.

Agendadaily selaku penganjur debat ini melihat kesediaan ketiga-tiga stesyen televisyen itu serentak menyiarkannya secara langsung sesuatu yang sangat positif dalam menengahkan budaya perdebatan secara intelektual mengenai sesuatu isu besar negara. – agendoldaily

Kerajaan enggan jelas langkah syarikat penerbangan atasi impak kenaikan minyak

In Minyak naik on July 12, 2008 at 9:03 am

suarakeadilan | ….Persoalan itu dibangkitkan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dalam soalan tambahannya meminta kerajaan menjelaskan langkah persediaan yang akan dan sedang dilakukan syarikat penerbangan di negara ini bagi memastikan kelangsungnya berikutan kenaikan kos jet fuel sejak kebelakangan ini.

Dalam soalannya itu, Dr. Dzulkefly turut merujuk kepada 24 syarikat penerbangan gergasi dunia seperti Delta North Wealth, United Airlines dan lain-lain yang telah mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Lantaran impak kerugian tersebut, syarikat-syarikat berkenaan mengambil langkah mengurangkan kapasiti dan kos serta meningkatkan kadar tambang masing-masing tetapi syarikat penerbangan tempatan mengambil pendekatan yang sebaliknya”, jelas Dr. Dzulkefly.

“Kita khuatir terhadap survival national career kita. Apakah langkah-langkah yang diambil MAS untuk terus ‘hidup’ dalam suasana yang meruncing ini” soal beliau kemudiannya.

Timbalan menteri itu walaubagaimanapun tidak menjelaskan langkah-langkah itu secara lebih terperinci dan berilmiah sebaliknya menjelaskan pengurangkan kos perkhidmatan di samping mengurangkan penerbangan ke sesuatu destinasi tanpa menjelaskan mekanisme yang bersepadu dan komprehensif…. selanjutnya.

Minyak mungkin naik lagi

In Minyak naik on July 10, 2008 at 12:11 pm

Aku kejutkan kawan kawan hari ini dengan berita kenaikan harga minyak. Ramai yang tidak percaya dan ketawa kerana kenyataan telah dibuat oleh Menteri kewangan ke 2, beberapa hari lepas, bahawa tiada kenaikan harga minyak sehingga penghujung tahun 2008. Bila di perjelaskan … masing masing tepuk dahi dan ada yang teriak “Mampus la …..!!!!”.

Kenyataan dibuat merujuk kepada berita berikut …..

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010. – Malaysia kini.

Mengikut sejarah kenaikan harga minyak dinegara kita.

01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Kenaikan mendadak dengan kadar yang tinggi berlaku sejak kepimpinan berpindah ke tangan Abdullah Haji Ahmad Badawi. Dan sekiranya lanjutan pemerintahan beliau sehingga tahun 2010, kita akan berhadapan dengan 2 kali lagi kenaikan yang boleh mengejutkan rakyat dan memendekkan umur mereka yang sakit jantung.

Kalau 0.02 sen orang tak bising, naik RM0.30 pun rakyat tak marah dan tahun ini kenaikan RM0.78 hanya mampu mengejutkan beruk beruk di hutan. Korang kalau bijak, tolong teka …. berapa kah kenaikan minyak pada tahun 2009 dan 2010? Aku mula terbayang, kalau lah lanjutan itu menjadi realiti ….. maka barang apa lagi nak ku gadai?

Itu bayangan aku untuk tahun 2009 dan 2010. Selepas itu …. kita tak bicara soal minyak, tapi tentang keselamatan anak anak dara pula. Adoiiiii …… penin, penin.

Kalau lah DR. HATTA baca artikel ni, gua nak tanya … bila nak buat Protes harga minyak? Baju dah beli, tinggal turun padang lagi sekali. Dan pada DS Anwar, soalannya … 16 September ni jadi ke?