no2umno

Archive for the ‘Penipuan Yuran Sekolah’ Category

Lagi sekolah kenakan yuran tandas

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 12:58 am


Kosmo

JOHOR BAHRU – Rupa-rupanya bukan Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini sahaja yang mengenakan bayaran yuran penyelenggaraan tandas kepada pelajar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang di sini turut didakwa mengenakan bayaran penyelenggaraan tandas perempuan, tetapi di atas nama Famicare.

Ia melibatkan bayaran sebanyak RM3 dan ia dikenakan kepada pelajar perempuan sahaja.

Malah, resit yuran tersebut diberikan kepada ibu bapa secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan resit daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Khalid, 41, dari Kota Masai berkata, yuran itu hanya disedari isterinya yang membuat pendaftaran anak sulung mereka bagi memasuki tingkatan satu di sekolah itu Selasa lalu.

Menurutnya, apabila isterinya bertanya kepada guru yang bertugas, dia memberitahu ia yuran ‘Famicare’ atau yuran penyelenggaraan tandas wanita.

“Yuran itu katanya, untuk digunakan membersihkan tuala wanita yang dibuang pelajar di tandas sekolah itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai semalam.

Khalid memberitahu, sepatutnya pihak sekolah memikirkan cara lain untuk mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan tandas dan bukannya dengan meminta bayaran dari- pada ibu bapa.

No2umnO – Sekolah dah macam DBKL ada TANDAS BAYAR. Hai malaysia …. Makmur dan modennya, semua kena bayar sekarang. Jadi menteri bes, nak mencangkung kat mana pun FREE. Rakyat yang tanggung.

Oh Hishamuddin, What have you done?

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 3:08 pm

hboplace.blogspot

(…) Mr Ong told us that he received a Pekeliling (that dreaded piece of document that government servants has to treat like the Bible) about the school fees. The gist of the circular are the following:

1. The term “Yuran” will be replaced with “Pakej Bayaran Tambahan”
2. In essence the parents will have to pay more unless you take into account the fact that all students will now receive free text books. However for parents who already received free text books, they will have to pay more. So the poor parents have to pay more now while the rich parents pay less. What the heck?

The Pengetua is also complaining that he has just spent about RM8,000 to turn one empty classroom into a store to keep free textbooks for 1,500 students. Moreover his teachers would now have to keep stock of more than 10,000 books. All these for something that was not even requested by most of the parents. Normally when you do not ask for something you will not be able to value the gift.

Back to the “Yuran” issue. Now that there is no more “Yuran” but “Bayaran tambahan”, the politicians can go tell the whole world that in Malaysia education is free. But how can that be so when we still have to pay “Bayaran Tambahan”? The answer is in the next instruction in the Pekeliling. The School must get the consent of the PIBG to collect the “Bayaran Tambahan”.

In fact the YDP has to sign the Application Form that must be submitted to the Ministry for them to approve the request from the parents that they be allowed to collect the money.

See how neat it become? Legally, there is no more school fees. What is being collected from the parents now is money REQUESTED BY THE PARENTS themselves and they have the signed Application Form to prove that. So if the parents have asked for permission to collect the fees how can it be from the government? As far as the government is concerned, all money collected have been consented by the parents since they are the ones asking for it to be approved. The government has in fact been so kind so as to put a ceiling on the amount to be collected. The irony of it all is that the PIBG will not see a single sen of the money to be collected. It will go to 1. Kokurikulum, 2. Kertas Ujian, 3. Sukan Tahunan, 4. Insurans 5. MSSM and 6. Kegiatan Agama/Moral. Even Sumbangan PIBG is not included and we have to make another application for this. If we look at the purpose of the “Bayaran” all must agree that they are for the running of the school activities which is the responsibility of the government.

It is bad enough that we have been asked to pay for it. We know our country is still developing and those who can afford it should contribute towards educating our young. I’m sure a lot of people can live with that but when the government try to hoodwink us into saying that it is giving free education and at the same “tricked” us into paying for it, I’m really pissed off. Please don’t take us for fools.

|more…|

YURAN: Sotong merajuk

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 2:58 pm

Apabila Auww Merajuk..
orangdalam.blogspot

first time tengok seorang menteri auww mengeluarkan kenyataan rasmi yang terhasil daripada rajukan!bertuah betul negaraku yang tercinta mempunyai seorang menteri yang tak tahan diusik lalu merajuk dan mengeluarkan kenyataan rasmi..tahniah pengundi auww!

tv3 suku tadi menayangkan rajukan menteri pelajaran si auww ni yang bernada merajuk memberitahu mana2 ibu bapa yang tak mampu bayar lebihan yuran ’25 hengget aje’ tu supaya boleh tuntut balik dengan sekolah!what the fish!

apa yang tuan2 yang berpendapatan rendah ni rasa?adakah anda gembira dengan keputusan ini?adakah tuan2 akan menuntut balik ’25 hengget aje’ tu?adakah tuan2 malu dan segan nak tuntut balik ’25 hengget aje’ tu?

kalau den..miskin atau sederhana..kalau den ado anak..sumpah biar den tak makan seminggu asalkan den tak tuntut balik ’25 hengget aje’ tu! segan weh! bayangkan kalau kita beli barang dan ado belen 5 sen aje, pekedai plak mencarik2 belen 5 sen dalam laci dia, akhirnya kita kata, “takpala tokey..lenkalila” atau “takpela bang, halal la..” nak ke kita tunggu dengan belen 5 sen tu?terdetik kat hati mesti kita ingat tokey tu kata..”manyak sengkekla ini olang..5 sen pon mau tuntut ka!”

nak cakap pasal hak? hak tuan2 yang ado anak kek sekolah ni dah lama puak2 ni sepak terajang..mula2 cakap yuran hapus..rupo eh yg ciput tu je..DITAMBAH laie adola dengan yuran2 yang kadang2 langsung takdo namo..yuran2 lain..yuran tambahan..yuran tanpa nama…yuran bayar copek..sekadar contohla tu..

sepatutnya hak kita apabila dikatakan yuran dimansuhkan, bermakna mansuh semansuhnya..paling tidak bagitau berapa kena bayar berapa tak payah bayar! di mana hak tuan2 pengundi BN ni nak letak?dalam jamban kot!ini tak, maruah2 tuan2 dimainkan kementerian si auww ni! dia berak pon orang lain tolong flushkan..apo yang dia tau pasal maruah nak menuntut balik ’25 hengget aje’ tu?

bayangkan tuan2 terpaksa ambik cuti lagi sekali..pi beratur kat sekolah nak tuntut ’25 hengget aje’ tu..bila org tgk…org akan kata..”kesian..sengkek btol bapak budak tu ek..’25 hengget aje’ pon nak mintak blk”..kebetulan plak kita yg beratur ni dengar..tak ke merah padam muko..lopeh tu kono plak dgn kerani sekolah yang terkenal dgn tahap longkang mulut makcik2 ni..”nah ’25 hengget aje’ ni..cukup makan setahun anak beranak..banyak tuuu” lagi sekali pedih hati kita..kalau den, tak terbalik meja kerani tu, mulut dia den kasi gincu kaler lebam..hehe
inilah jenis menteri yang tuan2 pilih..yela PM pilihkan..tapi tuan2 ado saham gak pi undi dia..sekurang2nya kalau dia kalah dan parti dia masih menang pon, org lain masih boleh jadi menteri yang tak kuat merajuk!jarang atau pertama kali, kenyataan rasmi datang bukan dr kabinet, tapi dr seorang menteri auww yang kuat merajuk..dan juga kuat kucup anu…anu…anu…kerislah!

hidup melayuku!!!

YURAN: UMNO TERUS MENGELIRUKAN

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 12:13 pm

Kerajaan Selangor Akan Bantu Ibubapa Tak Mampu Bayar Yuran Tambahan

SABAK BERNAM, 5 Jan (Bernama) — Kerajaan Selangor akan membantu ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran tambahan untuk persekolahan anak-anak mereka pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau berkata kerajaan Selangor akan mengatasi masalah ini dan jika perlu akan meminta sumbangan daripada swasta untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sebagainya.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Selangor merupakan salah satu negeri yang “panas” selain daripada Pulau Pinang dan Kedah bagi BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

No2umnO - Ada 3 perkara utama di dalam mengulas tentang berita ini.

Pertama, Selangor dikatakan sebagai negeri yang ‘panas’ kepada UMNO dan BN, maka bantuan yuran tambahan dijadikan umpan kepada rakyat yang kurang berpendapatan dan tidak mampu membayar.

Kedua, bantuan Yuran oleh kerajaan negeri Selangor ini adalah usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk menyetujui bahawa Yuran Tambahan ini memang WAJIB dibayar. Sedangkan berita pada Hari ini, Hisamuddin menyatakan bahawa ianya tidak lagi WAJIB dibayar. Malah ibu bapa yang tidak bersetuju diminta untuk meminta semula wang dari guru dan sekolah.

Ketiga, Pemimpin terpaksa berpatah balik dari motif sebenar kepada membantu. Khir Toyo cuba membeli kepercayaan rakyat Selangor dengan cara membantu sementara Hisammuddin cuba untuk memulihkan kepercayaan rakyat dengan membatalkan YURAN TAMBAHAN.

Setiap dari pemimpin UMNO nampaknya berubah ubah pendapat. Seorang mahukan YURAN di laksanakan sambil mengambil kesempatan dengan bantuan kepada usaha membantu rakyat miskin ketika hampir pilihanraya dan seorang lagi cuba untuk merubah sistem Yuran dari Tidak wajib, kepada ansuran, kepada wajib dan kembali kepada tidak wajib. Ayoooooo …. Ayooo pa …. ingat seorang sahaja Samy dalam Malaysia, rupanya masih ramai lagi.

GOVERNMENT HURTING PARENTS’ POCKET

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 10:52 am

Saiful Bahri Shariff Ghazali showing the notice from Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 which indicates the extra charges to be paid by parents.

Saiful Bahri Shariff Ghazali showing the notice from Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 which indicates the extra charges to be paid by parents.

Fees hurting parents’ pockets
NST

KUALA LUMPUR: The extra school charges that pupils have to pay is putting a hole in the pockets of their parents.

The charges come in three main packages — A, B and C — and each standard has a different charge including for the use of toilets in schools.

Education Ministry director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said the packages were compulsory but it was up to the schools to decide which was best suited for them, taking into account what the parents could afford to pay.

Package A is for schools where the majority of parents work in big business or are civil servants in the professional group while Package B is for schools where most of the parents are traders or civil servants in the support group.

Package C is for schools in remote areas where the majority of parents are petty traders, plantation workers, the self-employed and government workers.
The standard annual charges for primary schools for Package A is RM38.50, Package B is RM30.50 while Package C is RM23.50. For secondary schools, the annual charges are RM55.50, RM44.50 and RM33.50 respectively.

The money collected from all packages are used, among others, for examination papers, annual sports, insurance coverage, and Islamic and Moral activities.

On top of these compulsory charges, there is also the Parent-Teacher Association charges which is non-compulsory and is mainly to cover the maintenance of the school facilities.

The New Straits Times compared four schools in Kelantan, Terengganu, Johor and Kuala Lumpur and found that Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 in Kuala Lumpur had the highest PTA charges.

At TTDI 1, the charge is RM145 per student, which includes school hall maintenance and computer usage.But in the other three schools, the charges were not much less, even a rural school in Pasir Gudang, Johor, charged RM108.90 for a Year One pupil and the amount includes providing a child with a picture dictionary, guide book, T-shirt and exercise books.

Saiful Bahri Shariff Ghazali, 41, an executive who has one Year Three daughter studying at TTDI 1, said that it was not appropriate to charge too high fees in primary schools.

“It is even higher than in secondary schools and I know that for a fact as I have two teenage daughters,” he said.

He said the school should consider single parents who had several schooling children as they might not be able to afford it.

“Although the school is in an urban area, not all parents can afford the fees. The school must be more transparent in giving more details and on how the money is spent, ” he added.

Another parent, Aidil Muh- tarami Ghazali, 33, a businessman, said he paid RM131 for PTA and other compulsory charges.

On top of this, he was also charged RM34.50 for the orientation session and RM28 for sports attire when his daughter enrolled in Year One in TTDI 1.

However, TTDI 1 headmistress Nik Nab Sulaiman said the PTA charges were agreed to at the EGM last November.

“Not all parents attended the meeting but the decision was based on the majority of those present,” she said.

She said for those who could not afford to pay, the amount could be waived or reduced.

Meanwhile, the National Council of Parent-Teacher Associations president Associate Professor Mohamad Ali Hasan said the Education Ministry should set a standard guideline on the charges that each PTA could impose.

“Right now as there is no guideline on this, parents and teachers are free to charge as they like. I would like to note here that such charges are not compulsory,” he said.

He said that this trend was especially prevalent in urban schools where teachers knew that the parents could afford the extra payment.

“In rural schools the charges for the PTA association is under control,” he said, adding that the charges were for a whole year and per family.

PENDAPAT IBU BAPA YANG PENTINGKAN DIRI

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 10:00 am

Mungkin surat ini dibuat oleh seorang ibu bapa yang kaya dan berada ataupun pihak kementerian pelajaran sendiri melakarkan surat ini untuk kononnya menyetujui apa saranan kerajaan, sila baca

Ibu bapa, sekolah mesti sefahaman (Berita Harian)

ANAK-ANAK baru saja memulakan sesi persekolahan 2008 mereka, ini bermakna ibu bapa sudah menjalankan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan menghantar anak untuk menimba ilmu pengetahuan yang bakal menentukan masa depan mereka.

Beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula, saya mendaftarkan anak saya ke Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor, pada hari berkenaan, pihak sekolah menjalankan penjualan buku dan bayaran tambahan.

Bagi saya yang berpendapatan sederhana dan atas rasa tanggungjawab sebagai ibu bapa segala bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah memang berpatutan dan tidak membebankan. Mungkin ada beberapa bayaran yang dianggap oleh segelintir ibu bapa tidak perlu dikenakan seperti pembelian kemeja-T sekolah, bayaran saham koperasi, tag nama bergambar dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sebagai ibu bapa, saya faham tujuan pihak sekolah mewajibkan pembelian kemeja-T, iaitu agar ada keseragaman sewaktu menjalankan aktiviti PJK.

Bayaran saham koperasi adalah untuk pihak sekolah mendapat dana modal menjalankan aktiviti perniagaan dan wang saham itu, boleh dituntut semula apabila mereka tamat persekolahan di samping dividen setiap tahun. Begitu juga keperluan tag naman dan yuran PIBG.

Bagaimanapun, ada ibu bapa yang mempertikaikan harga buku latihan yang dikatakan terlalu mahal. Bagi saya harga itu amat berpatutan dan hampir semua sekolah berhampiran mengenakan harga yang sama.

Saya amat kagum dengan pihak pentadbiran sekolah berkenaan yang tetap memberi layanan baik walaupun ada ibu bapa yang sengaja menimbulkan ketegangan.

Sebagai bapa, saya malu dengan sikap ibu bapa yang amat berkira untuk pelajaran anak tetapi untuk perkara yang tidak begitu penting seperti bayaran yuran Astro, tambah nilai telefon bimbit, telefon bimbit mahal dan kereta mewah, mereka tidak berkira.

Ingatlah rakan ibu bapa, janganlah terlalu meminta semuanya percuma, pihak kerajaan sudah memansuhkan yuran peperiksaan dan pemberian buku teks percuma. Kalau semuanya percuma di mana tanggungjawab dan pengorbanan kita sebagai ibu bapa.

Jagalah perlakuan kita sebagai ibu bapa ketika berhadapan dengan pihak sekolah dan janganlah mencari populariti murahan. Jangan sampai anak kita malu dengan sikap dan perlakuan kita dan hilang hormat kepada kita kerana tindak tanduk yang melampau.

BAPA PRIHATIN,
Kulai Utama, Johor.

Perbalahan ini timbul kerana sikap kerajaan yang membuat keputusan membabi buta disamping keadaan ekonomi yang tidak baik. Kepada rakyat yang mewah mungkin mereka tidak sedar. Namun bila rakyat bertelagah tentang isu ini, akibatnya rakyat berpecah kepada dua. Yang mampu, akan menyokong saranan kerajaan. Manakala yang tidak mampu pula akan menyalahkan kerajaan kerana setiap perbelanjaan akan mempengaruhi perbelanjaan bulanan mereka yang lain.

Kebanyakan mereka yang beranggapan bahawa yuran dikenakan itu tidak membebankan atau buku latihan tidak semahal yang disangka adalah datangnya dari kalangan mereka yang tidak memikirkan isu dan kaitannya secara menyeluruh. Bukan hanya belanja penyekolahan anak yang perlu diberikan tumpuan tetapi makan dan minum keluarga serta perkara asas kehidupan perlu difikirkan bersama. Manakala keadaan ibu bapa yang kini mungkin tertekan dengan barangan mahal dan keadaan ekonomi yang tidak baik menjadikan keadaan bertambah tegang. Tambahan lagi, punca pendapatan mungkin terhad kerana hanya suami yang bekerja. Ramai yang kini mengadu kekurangan kerja lebih masa ‘overtime’, peluang perniagaan merosot dan tidak kurang juga yang dibuang kerja.

Kepada BAPA PERIHATIN (Penulis surat tersebut), adalah lebih baik anda mengisi tabung derma untuk membantu mereka yang tidak mampu dari asyik menyalahkan rakyat sedangkan mereka tidak minta menjadi SUSAH pun. Agak agak berapa yang dia mahu bantu?

YURAN TUALA WANITA?

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 9:32 am

Yuran tuala wanita pula(Kosmo) PIHAK SEKOLAH

dipetik: everythinghave.blogspot.
Rujukan kosmo: KLIK

SUNGAI BULOH-Kalau di Johor, yuran tandas dikenakan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di sini pula mengenakan caj tuala wanita.

Percaya atau tidak, bayaran sebanyak RM26 setahun itu dikenakan dan ia termasuk di dalam caj keseluruhan yang berjumlah RM112.50 bagi setiap pelajar perempuan yang mendaftar bagi tingkatan satu.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan kehairanan, caj tuala wanita itu tidak disenaraikan dalam senarai pakej yang diberikan kepada ibu bapa sebelum itu.

Malah resit yuran tuala wanita itu juga diberi secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan yuran sekolah.

Seorang suri rumah, Rahimah Abnu Hajar, 37, berkata, bayaran itu hanya disedarinya ketika diminta oleh guru di sekolah terbabit ketika membuat bayaran pada hari pendaftaran anak
keduanya di sekolah berkenaan, kelmarin.

“Saya berasa pelik apabila cikgu kata RM26 itu untuk tuala wanita sedangkan keperluan itu sememangnya disediakan oleh ibu atau pelajar sendiri.

“Saya tanya pula, tak akan selama setahun duit itu akan diguna untuk tuala wanita pelajar? Dia (guru) terdiam tidak tahu alasan apa yang patut diberi lagi,”katanya ketika ditemui KOSMO! di rumahnya di sini semalam.

Selain tuala wanita, Rahimah juga hairan dengan beberapa butiran yang terdapat pada senarai yuran yang diberi kepada untuk ibu bapa.

“Kami (ibu bapa) hanya tahu dalam senarai itu ada pakej A, B, atau C, tapi apa butiran dalam pakej itu kami tidak tahu dan sesetengah ibu bapa membayar tanpa banyak soal kerana malas memikirkannya, “katanya.

Tidak mahu terus terkeliru, Rahimah akan membawa masalah itu ke mesyuarat PIBG tidak lama lagi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai caj tambahan yang dikenakan.

RAKYAT TERUS DITIPU

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 7:39 am

KAMAL AMIR MENULIS

Jumlah harga buku teks hanya dalam lingkungan lima puluh ringgit sahaja tetapi beban untuk bayaran buku kerja mengikut kaedah pembelajaran, setiap pelajar harus menyediakan sekitar dua ratus ringgit.

Menyentuh soal yuran sekolah yang dikurangkan sejumlah RM 4.50, kebanyakan sekolah mengenakan yuran sekitar sembilan puluh ringgit tidak termasuk yuran pembelajaran komputer di mana makmal komputer di sekolah-sekolah tersebut berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu berserta tenaga pengajar yang tidak mencukupi.

Yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

1: Ko-kurukulum RM 10.50
2: Kertas ujian 20.00
3: Sukan 10.00
4: Pendidikan Islam 10.00
5: Insuran 1.50
6: MSSM 4.00
7: PIBG 20.00
8: Majalah 32.00

JUMLAH 108.00

Disamping itu terdapat juga Persatuan Ibu Bapa Guru yang gagal memberikan kutipan keseluruhan atau kunci kira-kira persatuan sejak dua tahun lalu kerana tidak diketahui ke mana wang kutipan tersebut dibelanjakan. Disamping itu ibu bapa turut dibebankan oleh yuran tambahan bagi menampung kos pembenaan bangunan dewan yang tidak diketahui jumlahnya.

Seharusnya menteri tersebut merasa malu dengan keadaan yang tercetus di sekolah-sekolah di mana kepincangan demi kepincangan kian terserlah serta bagaikan ada percaturan “silap mata” cuba mengelirukan rakyat.

Sejak dahulu lagi rakyat menuntut agar kos pendidikan tidak seharusnya membebankan ibu bapa kerana pendidikan merupakan sebahagian daripada saham terpenting negara dalam memastikan kesinambungan generasi yang terdidik dengan ilmu pengetahuan.

Sebaliknya kementerian pendidikan kini dilihat sebagai “lubuk emas” menyimpan karun dari perahan air mata rakyat. Apa yang pasti, pencetak buku (tentunya dari kalangan orang keliling serta kroni) serta pengilang baju seragam pasti mengaut untung lumayan. Dan Menteri berkenaan tanpa malu menghebahkan kerajaan terpaksa menambah lebih dua bilion ringgit bagi tujuan menyediakan buku teks percuma serta pengurangan yuran sekolah. |more…|

YURAN TAMBAHAN: BAJA PEMBENTUKAN RASUAH

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 7:04 am

drzainal542.blogspot.

Yuran yang disumbangkan oleh orang awam akan diakaunkan di bawah Akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA). Wang ini di bawah kawalan Pengetua/Guru Besar dan seorang guru kanan sekolah. Pihak Odit Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri amat jarang melakukan odit ke atas akaun ini. Maka, pentadbiran sekolah, akan sewenang-wenangnya membelanjakan wang tersebut. Sebagai contoh, jika pihak sekolah membuat pembelian terus pelbagai barangan seperti pasu bunga, kertas, dan alattulis, harga barangan tersebut akan dinaikkan sehingga 100%.

Pelik. Satiap tahun peruntukan untuk penyelenggaraan sekolah akan meningkat. Peruntukan dalam bajet tahunan negara untuk tujuan yang sama juga akan bertambah. Dan setiap tahun juga, yuran persekolahan akan bertambah. Ini satu gambaran bahawa pihak pengurusan sekolah begitu lemah dalam mengurus tadbir kewangan. Semakin bertambah, semakin tidak cukup. Senario ini boleh mewujudkan satu persoalan besar. Ke mana hilangnya wang yang diberi? Dibelanjakan atau diguna sendiri?

Untuk mengatasi masalah ini, adalah dicadangkan pihak pengurusan sekolah membentangkan laporan kewangan akaun SUWA dan laporan kewangan PIBG secara terperinci dalam mesyuarat agung PIBG. Ketelusan adalah gambaran amanah. Ibubapa yang membayar perlu dan mempunyai hak untuk mengetahui ke mana dan untuk apa wang yang diminta dibelanjakan. Seandainya pihak sekolah takut untuk membentangkan laporan ini, maka, Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan yang wajar.

PIBG hari ini gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan. PIBG hanya menjadi alat untuk pentadbiran sekolah, khususnya Pengetua/Guru Besar mencari sumber kewangan tanpa mengetahui ke mana dana tersebut dibelanjakan. Lebih malang, PIBG hari ini buta akan konsep DERMA. Nilai derma bukanlah pada angka, tapi pada darjah keikhlasan sipenderma. Jika penderma mengeluh sambil menderma, keberkatan dalam derma yang sepatutnya menjadi ibadah menjadi beban pemangkin dosa. Saya menyeru PIBG kembali kepada konsep DERMA bilamana ada seorang yang hanya mendermakan seteguk air kepada anjing yang dahaga yang diceduk dengan kasut diberi balasan syurga, tapi ada yang menderma seluruh hartanya tercampak ke neraka. Kesemuanya adalah kerana perbezaan darjah keikhlasan. |more…|

SCHOOL FEES: OUR GOVERNMENT ARE REALLY STUPID

In Penipuan Yuran Sekolah on January 5, 2008 at 7:01 am

No School Fees?
katataknak.blogspot

Lets get a clearer picture of the situation. In the previous years, school fees was RM4.50. In addition there were MSSM fees and Takaful insurance which were fixed amounts. Then schools were allowed to collect extra fees for sports, printing and library. It is these extra charges that make quite a lot of difference. Schools vary in the amounts they collect for sports, printing and library. Some collect less and the total amount is low while others collect more which pushed the total amount to quite high. In addition schools also collect fees for magazines. This again vary from place to place and according to quality.

What happens now is that the government has decided to do away with school fees that is no more RM4.50 per head. Realising that this will kill the schools, they come out with a mechanism where they calculate school needs. They mysteriously come to 3 figures based on needs of schools and parents affordability. They decide to categorise into 3. Category A RM30+, category B RM40+ and category C RM40+.

Schools will decide which category they want to be in base on the amount they need to operate and also considering the affordability factor.

In previous years, yes its true, that there were schools charging up to RM100 based on their needs but there were many schools sensitive enough to charge only about RM20+ to RM30+ based on the affordability of the parents.

What happens now? Schools that used to charge up to RM100 could only, at best, pick category C which is RM50+ while schools that used to charge RM20+ to RM30+ would most probably pick category A RM30+.

In previous years my school collected RM24.50 school fees and RM10.00 magazine fees for a total of RM34.50. This year we decide to go under category A RM30+ but students don’t get any magazines for this. Do you see that by going under category A we are charging more? Do you also see that somehow the RM4.50 which was supposed to taken off is cunningly factored in? No school fees?

Why this stupidity? I call it damn downright stupid because now parents have to pay more when they were promised that they don’t have to pay any. Lets take those big schools that used to charge RM70 to RM100, they would most probably be opting for the category C bracket which is lower than the amount they use to charge. The question is how many schools charged more than category C in the previous years. Where are these schools situated. What is the income group of the parents of students in these schools? |more…|

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.