no2umno

Archive for the ‘Rosmah Najib’ Category

Mana Pohon ‘RTB’ ?

In Belit Najib, Rosmah Najib on October 24, 2008 at 12:40 am

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melambai ke arah orang ramai dan penjaja ketika meninjau Bazar Deepavali di Brickfields, petang semalam. Beliau  diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Timbalannya, Datuk M Saravanan, dibawa melawat sekitar kawasan bazar yang dikendalikan 1,000 penjaja kecil kaum India sempena  Deepavali.

Klik SINI untuk berita.

Bakal PM, di kelilingi oleh bodyguard, polis dan kaki ampu.
Orang kalau pakai bodyguard seramai ni selalunya ada masalah. Pedulik taik sama dia.

Sejak tempoh pemilihan berlangsung, yang aku perasan, BIG MOMMA aka RENDANG TAK BERBUAH (RTB) , tak kelihatan. Mana gi? Wakakakak …..

Advertisements

Apa mau !!!

In Anwar Ibrahim, Belit Najib, Belit POlis, Rosmah Najib on July 18, 2008 at 12:40 am

Adil? Wakakaka … aku lah orang pertama ketawa kalau Polis berlaku adil. Mungkin kalian perlu tunggu sehingga aku hilang akal, pekak atau buta untuk bersetuju dengan kenyataan tu. Cukup berani ke Polis bersetentang mata dengan Rosmah yang rambutnya sahaja sudah cukup menggerunkan?

Apa kata Anwar?

Anwar Ibrahim mencabar pihak polis untuk menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdull Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Umum KeADILan tersebut berkata pihak polis seolah-olah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa menjalankan siasatan terhadap dirinya berkaitan laporan polis yang dibuat bekas pembantu beliau Mohamad Saiful Bukhari Azlan tetapi tidak dalam kes Altantuya.
“Kenapa tidak tanya polis mengapa mereka tidak menyiasat Najib berkenaan pembunuhan Altantuya?

“Bukti cukup sudah ada terhadap pembunuhan tersebut dan juga penggunaan bahan letupan C4″, cabar Anwar ketika menemui media di kediaman beliau setelah dibebaskan polis Khamis lalu.

Altantuya, 28 tahun, ditemui mati di Mukim Bukit Raja, Shah Alam pada Oktober 2006 dan mayat beliau berkecai dipercayai kesan daripada bahan letupan C4.
Pada 2 Julai lalu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam membuat akuan bersumpah yang mengaitkan Mohd Najib dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun Mohd Najib menafikan dakwaan Bala dengan sekeras-kerasnya sambil menyifatkan ia sebagai “pembohongan yang amat dahsyat”.

Anwar juga menyoal pertemuan Mohamad Saiful Bukhari dengan isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor dan pegawai Khas Mohd Najib, Khairil Anas Jusoh.
“Mengapa beliau (Saiful) berjumpa dengan Rosmah dan Khairil Anas. Apakah latar belakang dan orientasi Khairil?

“Apa keperluan dia berjumpa dengan Najib?”, tanya Anwar lagi. – Suarakeadilan


Dan beranikah Najib pada Rosmah …. Kalau di tanya “Apa mau !!!” Terus gigil, kancing gigi, umbun tegak, lutut vibrate ….. eeee …..

Siapa yang kena?

In Altantuya, Belit Najib, Rosmah Najib on July 17, 2008 at 8:37 am

FITNAH? Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh memfitnah membabitkan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya Norhayati Hassan.

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nazran Mohd Sham. … maknanya Raja Petra tidak mengaku melakukan fitnah tetapi tidak boleh menolak kemungkinan bahawa akuan bersumpah itu di keluarkan oleh nya.

Adakah perkara ini akan berakhir di Mahkamah? Kalau benar …. berani kah Mahkamah membawa masuk Rosmah dan mereka mereka yang terlibat di dalam isu tersebut? Aku masih tidak yakin tapi sebenarnya aku berharap. Isu ini akan selesai sekiranya ada individu yang berani mengarahkan mahkamah untuk menjadi lebih telus dan adil. Siapa ….? Tentu nya orang paling atas.

Kalau benar mahkamah berlaku ADIL, ini menjelaskan maksud sebenar kenyataan INI ….[klik]

Raja Petra’s lawyer summoned to the police station

In Altantuya, Belit Najib, Raja Petra, Rosmah Najib on July 8, 2008 at 6:09 am

malaysiatoday | Raja Petra Kamarudin’s lawyer, J. Chandra of ABRAIN & Co., has been summoned to the police station for his statement to be recorded. It is believed that this is a sign the government is going to charge Raja Petra under Section 203 of the Penal Code (making a false Statutory Declaration). The time and place has not been confirmed yet but Chandra will have to go in some time tomorrow (Wednesday, 9 July 2008). Chandra’s legal firm prepared the Statutory Declaration signed by Raja Petra on 18 June 2008 alleging that three other people were at the scene of the crime the night Altantuya Shaariibu was murdered.

The police recorded Raja Petra’s statement at the Sentul Police Station on Saturday, 5 July 2008. He was repeatedly asked the identity of the informer named in his Statutory Declaration but Raja Petra stood firm and refused to reveal the informer’s identity and told the police he was prepared to go to jail if necessary just to protect the informer.

The police then assured Raja Petra they will guarantee the safety of the informer and he replied that they were not able to protect Bala — who also signed a Statutory Declaration a few days before that and has since gone missing — so how could he trust the police.… selanjutnya.

Raja Petra disiasat, sedia ke mahkamah

In Altantuya, Belit Najib, Raja Petra, Rosmah Najib on July 7, 2008 at 4:31 am

MStar | …. Pengendali blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah daripada mendedahkan sumber yang memberikannya maklumat mengenai penglibatan tiga individu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibuatnya dalam akuan bersumpahnya.

Raja Petra yang memberi keterangan kepada polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul petang tadi berkata keenggannya mendedahkan sumber yang memberikan maklumat itu kepadanya adalah kerana bimbang akan keselamatan sumber itu.

Beliau yang tiba di IPD Sentul, dengan diiringi oleh isterinya, Marina Abdullah dan peguam Amarjit Singh, pada pukul 5.10 petang keluar hampir dua setengah jam kemudian pada pukul 7.45 petang.

Raja Petra berkata, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa beliau sedang disiasat di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pejabat Peguam Negara pada 20 Jun lepas yang mendakwa beliau membuat pengakuan palsu.

“Saya diarah memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah iaitu prosedur memberi keterangan ke atas sesuatu kes, selepas laporan polis telah dibuat ke atas saya oleh Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangannya di sini hari ini…. selanjutnya.

Mari sambung ayat

In Altantuya, Belit Najib, Rosmah Najib on July 7, 2008 at 1:01 am

Cukup menarik ulasan dari teman utaraonline…

 Di Sebalik Pembunuhan Altantuya.
Utaraonline | ….

Najib tidak berani jawab isu hubungan dengan Altantuya. Najib juga akui bertemu Saiful 2 hari sebelum Saiful membuat repot Polis terhadap Anwar — Bukti dia terlibat dalam konspirasi. (Sumber: Parti Keadilan Rakyat)
Bersama-sama ini disertakan beberapa isu dan telahan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Aminah Abdullah.

Pertama:
Peguam Zulkifli Noordin pernah mendedahkan Altantuya Shaaribu telah memeluk agama Islam dengan nama Aminah Binti Abdullah.

Telahan:
Apakah Altantuya memeluk Islam bagi berkahwin dengan lelaki Muslim? Jika benar, siapakah lelaki tersebut?
Berdasarkan kepada Akuan Berkanun Encik P. Bala, lelaki tersebut ialah Abdul Razak Baginda.
Kedua:
Peguam Karpal Singh telah menimbulkan satu persoalan, apakah Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan? Apakah motif penggunaan bom C4 untuk memusnahkan badannya? Jika dia mengandung, siapakah bapa kepada kandungan tersebut?

… selanjutnya.

Raja Petra selesai beri keterangan

In Altantuya, Belit Najib, Raja Petra, Rosmah Najib on July 5, 2008 at 12:52 pm

malaysiakini | …. Pada kira-kira jam 5.40 petang, lebih kurang 20 orang lagi penyokong Raja Petra sampai ke balai tersebut, menjadikan jumlah mereka meningkat kepada 50 orang.

Sebahagian daripada mereka kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan JUSTICE FOR All…tantuya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Raja Petra berkata, polis mengambil kenyataannya mengikut Seksyen 112 berkaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pejabat Peguam Negara (AG)

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh pejabat AG pada 20 Jun lalu mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan, iaitu jenayah membuat pengisytiharan palsu.

Bagaimanapun, katanya, soal siasat hari ini lebih bertumpu kepada siapakah yang memberi maklumat kepadanya.

raja petra kamaruddinKatanya, polis juga ingin tahu sama ada beliau telah memberi kebenaran kepada Malaysiakini untuk menyiarkan akuan berkanunnya itu.

“Mereka juga mahu tahu mengenai lamanweb yang bernama Bigdog.com,” katanya.

Ekoran itu, katanya, beliau bertanya kepada mereka sama ada siasatan hari ini mengenai akuan bersumpahnya atau mengenai Malaysiakini ataupun lamanweb Bigdog.com

Bagaimanapun, katanya mereka tidak menjawab.

Katanya, mereka juga bertanya sama ada beliau boleh mendedahkan sumber maklumatnya.

“Saya beritahu mereka bahawa saya tidak boleh mendedahkannya demi keselamatan pemberi maklumat tersebut,” katanya.

Raja Petra juga berkata, mereka memberitahunya ada lagi laporan yang akan dibuat terhadapnya dan mereka mungkin akan mendakwanya.

Katanya, beliau memberitahu mereka yang beliau bersedia dihadapkan di mahkamah.… selanjutnya.

Penyiasat Dedah Seks Najib-Altantuya Hilang! Atau Disembunyikan?

In Altantuya, Belit Najib, Rosmah Najib on July 5, 2008 at 11:33 am

suarakeadilan | Penyiasat persendirian yang mendedahkan seks Timbalan Perdana Menteri Najib dan Altantuya Shariibuu telah hilang dan tidak ditemui selepas mendedahkan Perakuan Sumpah kepada media 3 Julai lalu.

Balasubramaniam a/l Perumal dilaporkan hilang oleh anak saudaranya Kumaresan a/l Ramakrisnan di Balai Polis Brickfields pada jam 5 petang tadi. Turut hilang adalah isteri dan empat orang anaknya masing-masing berumur 2 tahun, 5 tahun, 9 tahun dan 11 tahun.

Kumaresan ditemani oleh peguam N Surendran, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan S Manickavasagam, dan penyelaras Hindraf S Jeyathas. Menurut Kumaresan, beliau bimbang kerana kehilangan seperti ini tidak berlaku sebelum ini kerana Balasubramaniam amat rapat dengan dirinya.

Balasubramaniam adalah saksi penting kepada pertalian Najib dan Altantuya. Perakuan Sumpah beliau mendedahkan Najib telah mengenali Altantuya bahkan pernah menyetubuhi wanita Mongolia itu. Menurut Balasubramaniam, Altantuya sedia diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.

Altantuya diculik oleh dua orang pengiring Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, sebelum kepalanya ditembak dan mayatnya diletupkan pada 19 Oktober 2006.

Balasubramaniam keesokan harinya menarik balik perakuan sumpah itu tanpa pengetahuan peguamnya. Perakuan hubungan seks itu ditarik balik. Balasubramaniam hilang tidak lama kemudian.

Berita penuh akan menyusul

Police to quiz Raja Petra today

In Belit Najib, Raja Petra, Rosmah Najib on July 5, 2008 at 11:04 am

malaysianinsider | A day after the country’s top military intelligence official denied the existence of a report allegedly detailing Datuk Seri Najib Razak’s link with the murder of a Mongolian model, the police have summoned a prominent blogger for questioning.

Raja Petra Kamarudin has been asked to show up at the Sentul police station this evening to have his statement recorded.

In late June, he swore a statutory declaration alleging that the deputy prime minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, was among three individuals who were present when Altantuya Shariibuu was murdered on Oct 19, 2006.

He also alleged that the military intelligence prepared a report on the matter and handed it to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who subsequently handed it over to his son-in-law Khairy Jamaluddin.

Abdullah, Najib, Khairy and Rosmah dismissed the allegations and several police reports were lodged against Raja Petra, who operates the Malaysia Today website. Umno officials said that the statutory declaration was aimed at driving a wedge between the country’s top two leaders, and creating suspicion between their supporters..….. selanjutnya.

Raja Petra sedang beri keterangan

In Altantuya, Belit Najib, Raja Petra, Rosmah Najib on July 5, 2008 at 10:59 am

malaysiakini | …Pada kira-kira jam 5.40 petang, lebih kurang 20 orang lagi penyokong Raja Petra sampai ke balai tersebut, menjadikan jumlah mereka meningkat kepada 50 orang.

Sebahagian daripada mereka kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan JUSTICE FOR All…tantuya.

Sebelum ini, Marina memberitahu Malaysiakini, suaminya menerima panggilan telefon dari pihak polis pagi ini dan mengesahkan suaminya akan pergi ke balai polis Sentul petang ini.

VIP disebut

raja petra kamaruddinRaja Petra memperakui dalam satu akuan berkanun bahawa tiga individu termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – Datin Seri Rosmah Mansor – berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Selain Rosmah, Raja Petra turut menyebut dalam akuan berkanunnya itu nama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.

Khairy dan Rosman difahamkan telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan Raja Petra itu.… selanjutnya.