no2umno

Archive for the ‘TG NIK AZIZ’ Category

Diskusi : Nasha … sila keluar !

In TG NIK AZIZ, Uncategorized on June 17, 2009 at 4:11 pm

Ramai yang terkejut dengan kenyataan TG Nik Aziz hari ni? Wakakk .. gua tak hairan langsung. Memang patut pun .. !

Tapi ada pihak yang menyokong Nasha akan buat buat tercengang dengan kenyataan ‘keras’ yang dibuat oleh TGNA itu .. agar TG di lihat seperti tidak berperikemanusiaan. Perlu ingat … bahawa Nasa sudah terlebih awal mengenepikan Mursyidul Am di dalam kenyataan dia dulu.

Blog ni sokong 100% kenyataan TG Nik Aziz .. bagaimana dengan anda?

Posted by wartamaya

Cerita Farish A. Noor tentang TG Nik Aziz

In TG NIK AZIZ on October 25, 2008 at 6:21 am

As an aside to the academic work I normally do, last week I was given the opportunity to meet Datuk Nik Aziz Nik Mat, the spiritual leader (Murshidul Am) of Pas at his office in Kelantan. Despite the frail health of the man and his taxing schedule, we managed to pack in close to two hours worth of interview on tape.

https://i2.wp.com/boz.bloboz.net/wp-content/uploads/2008/02/317a2rocw5l_aa280_.jpg

One thing struck me somewhere during the second half of our meeting. I remarked to him that his home was suprisingly similar to that of Ho Chi Minh’s in Hanoi, Vietnam, and that both he and the revered “Uncle Ho” chose to give up their stately government mansions to live in humble wooden houses. I also said that he was using the same cheap, plastic BIC ballpoint pen that I had seen him use when we first met in 1999. This occasioned a laugh and a smile from him, but it struck us both that these observations were far from pedestrian. The truth is that for both revolutionary Islamic and Communist movements alike the world over, the democratic impetus and the drive for revolutionary politics were accompanied by a strong sense of disdain for worldliness, and a respect for a Spartan way of life. Whatever you may say about Ho Chi Minh, one thing you could never accuse him of was corruption and the easy life. The same applies to Nik Aziz as the spiritual leader of Pas…. selanjutnya.

Doa TG NIK AZIZ untuk Anwar

In Anwar Ibrahim, TG NIK AZIZ on July 26, 2008 at 10:22 am

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa buat keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas habis memberi syarahan agama beliau

PAS kekal dengan Pakatan, tidak dengan Umno

In Muzakarah PAS UMNO, TG NIK AZIZ on July 23, 2008 at 11:50 am

Siasah | Pemimpin tertinggi PAS menegaskan tidak pernah berbangkit PAS hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno bahkan akan kekal dalam Pakatan Rakyat.
Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Tujuh daripada 13 anggota anggota Majlis Syura Ulamak Rabu lalu mengambil masa kira-kira sejam lima minit membincangkan kekeliruan berhubung ‘muzakarah’ yang dikatakan telah berlaku antara pemimpin PAS dan Umno baru-baru ini.

Pertemuan tertutup itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bermula kira-kira pukul 4.05 minit petang tadi di JKR 10, kediaman rasmi MB Kelantan.

Hadir sama dalam pertemuan itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Muhammad Daud dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman…. selanjutnya.

Pemimpin Pas diingatkan pertemuan hanya untuk peribadi bukan parti: Nik Aziz

In TG NIK AZIZ on July 20, 2008 at 1:47 pm

Bharian | Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Nik Aziz tegur media

In Belit media, TG NIK AZIZ on July 19, 2008 at 12:25 am

nik-aziz.jpgMursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.

Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.

“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak.

"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" Nik Aziz

In Pengumuman, TG NIK AZIZ on July 4, 2008 at 4:15 pm

klpos | Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “mubahalah” atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

“Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Cadangan Mufti Perlis

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan “bermubahalah” atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Komen Mufti Perak

Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan…. selanjutnya.

no2umno – Elok lah kalau Najib dan Rosmah sekali angkat sumpah. Seronok nak tengok.

Tuduhan Zina mesti ada saksi – TG Nik Aziz

In Anwar Ibrahim, TG NIK AZIZ on June 29, 2008 at 7:56 am

harakahdaily – [….] Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.

Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.

Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.

“Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh,” ujar beliau.

Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.

Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.

Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.

“Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak,” katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.

Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini,� katanya…. selanjutnya.

Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah � Nik Aziz

In Belit UMNO, TG NIK AZIZ on June 25, 2008 at 12:28 pm

harakahdaily – […] Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.

Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.

Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.

Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu,� katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Jawatankuasa PAS Pusat malam ini dikatakan akan mengadakan mesyuarat tergempar membincang beberapa perkara termasuk cadangan mengadakan hubungan dengan Umno.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersama beberapa pemimpin lain bergegas ke Kuala Lumpur petang tadi bagi menghadiri mesyuarat tersebut…. selanjutnya.

no2umno – saya pun rasa cam tu Tuan Guru …..

Selepas nasi kerabu dan nasi dagang kini Ar Rahn menyerang Kuala Lumpur

In Siasah, TG NIK AZIZ on June 25, 2008 at 12:06 am

siasah – […] Selepas nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kueh mueh dari Kelantan dinikmati dengan baik oleh orang luar negeri itu, sistem pajak gadai pula mula mendapat tempat.

Sistem pajak gadai Islam Ar Rahn yang berasal dari Kelantan kini berkembang ke luar negeri dengan masyarakat ibu kota Kuala Lumpur menjadi pihak yang pertama menikmatinya selepas penduduk Kelantan.
Cawangan pertama Ar Rahn luar Kelantan dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat di Jalan Raja Laut, (depan Pejabat Agung PAS), Kuala Lumpur semalam.

Ar-Rahn adalah merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan cawangan Jalan Raja Laut adalah cawangan Ar-Rahn yang ke 12…. selanjutnya.