no2umno

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Sultan tolak idea jambatan ketiga PM

In Uncategorized on June 18, 2009 at 8:40 am

Sultan tolak idea jambatan ketiga PM
Jun 18, 09 12:10pm
Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.

Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini.

“Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu,” baginda dipetik bertitah oleh akhbar Berita Harian.

sumber malaysiakini.com

Daulat tuanku….Patik sokong 100%…Puak2 UMNO ni memang suka mengjahanamkan negara malaysia yang kucintai ini.

Advertisements

Diskusi : Nasha … sila keluar !

In TG NIK AZIZ, Uncategorized on June 17, 2009 at 4:11 pm

Ramai yang terkejut dengan kenyataan TG Nik Aziz hari ni? Wakakk .. gua tak hairan langsung. Memang patut pun .. !

Tapi ada pihak yang menyokong Nasha akan buat buat tercengang dengan kenyataan ‘keras’ yang dibuat oleh TGNA itu .. agar TG di lihat seperti tidak berperikemanusiaan. Perlu ingat … bahawa Nasa sudah terlebih awal mengenepikan Mursyidul Am di dalam kenyataan dia dulu.

Blog ni sokong 100% kenyataan TG Nik Aziz .. bagaimana dengan anda?

Posted by wartamaya

Khairy jangan cakap banyak

In Uncategorized on August 1, 2008 at 7:59 am

tranungkite

Semalam Khairy ‘berbunyi’ semula membuat komen tentang keputusan Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding menggantikannya.

Khairy berkata, Anwar takut kalah sebab itu tidak berani untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu atau Bandar Tun Razak seperti yang digembar-gemburkan Anwar sebelum ini

Read the rest of this entry »

Enam “teori” Politik Yang Menjadi Perhatian Umum

In Uncategorized on June 16, 2008 at 11:17 pm

msomelayu – KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.
Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.

Teori ini boloehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat. Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.
Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.
Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.

Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno. Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.… selanjutnya.

Raden kata – Kalau padi katakan padi, jangan aku tertampi tampi. Kalau jadi katakan jadi, aku tak gemor dah tengok muka dollah badawi. APa apa pun teori ni berjaya celarukan BN, aku curiga kau, kau curiga aku. jumpa kat Hongkong Bincang camane nak lompat parti. Aku tak kisah, tapi yang penting. dolah pergi, minyak tak naik lagi. Kalau naik jugak …. tak payah ada perdana Menteri.

‘Port’ mat gian 100m dari IPD

In Uncategorized on May 18, 2008 at 12:01 am


kosmo – Sudahlah bangunan yang terbakar dibiarkan usang, ia dijadikan pula sebagai sarang dadah.

Tidak cukup dengan itu, ia juga menjadi tempat tidur serta ‘port’ maksiat oleh mat gian selain tempat membahagikan hasil samun di kalangan peragut.

Mungkin pihak berkuasa terlepas pandang kerana ‘port’ berkenaan gelap gelita itu hanya terletak tidak sampai 100 meter dari kuarters dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini iaitu di belakang perhentian bas Jalan Bukit Ubi menghala Bandar Indera Mahkota.

Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati, bahagian dalam bangunan tersebut yang pernah dijadikan kedai perabot sebelum terbakar kira-kira dua tahun lalu itu berselerak dengan alatan menagih dadah selain dompet, beg pakaian yang kosong dan juga barang-barang lain dipercayai hasil samun.

Seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, 36, berkata, seminggu lalu beliau pernah melihat mat gian yang tinggal di situ sedang menggeledah beg dipercayai baru disamun…. selanjutnya.

1,000,000 sejuta pengunjung ….. huhuhu

In Uncategorized on May 16, 2008 at 12:22 am
https://i0.wp.com/www.themathlab.com/Algebra/proportional%20thinking%20and%20probability/test/1000000.jpg

kalau lah satu klik itu bernilai RM1, wak sekarang ini sudah boleh digelar jutawan. Tapi ianya melebihi dari itu, kerana jumlah klik yang diperolehi, beerti kerjasama, persahabatan dan setiakawan yang memberikan harapan untuk blog ini terus hidup.

Perjuangan masih panjang. Itu kata mereka dan selagi ada hayat dan kederat, insyaAllah blog ini boleh terus bernafas.

Pada jam 4.04 petang semalam [15/5/2008], Blog yang ‘entah apa apa’ ini telah mencapai sasaran 1 juta klik. Bangga juga rasa hati tapi tanpa bantuan rakan rakan dan pembaca, ianya tidak akan mejadi realiti.

Ikhlas dinyatakan bahawa jumlah 1 juta ini membuatkan wak rasa syok sendiri. Kalau hendak di bandingkan dengan Malaysiatoday, Malaysiakini, Newskini dan laman web dan blog lain, mungkin jumlah pencapaian ini dikira tercicir. Tapi pada wak, sudah cukup untuk setakat ini kerana duduk di garaj kereta dengan komputer yang tersenggut senggut jenama tahun 1996, masih mampu untuk memperolehi jumlah pembaca yang bukan mudah untuk diperolehi.

Kalau lah aku orang kaya, sudah pasti sudah kubuat satu jamuan untuk merayakan pencapaian ini, tapi nak beli susu anak pun termengah mengah maka cukup lah sekadar ucapan terima kaseh kepada semua pelayar blog No2umnO. Kepada yang ikhlas melayar, pelayar sekali sekali, yang tersilap tekan dan tersasar ‘search’, tak kira di mana anda kerjasama anda amat di hargai.

Kekadang airmata mahu mengalir bila mendapat layanan seperti ini, tapi bila wak lihat dicermin, bukannya air mata tapi hingus yang turun kerana cuaca tak bagus dan wak selsema ketika ini. Perasaan hiba tu ada, tapi untuk kata sedih itu nampak macam tipu sangat.

Semoga kita terus dapat bersama, bertukar tukar pandangan dan memanjang kan persahabatan untuk menghidupkan suasana ceria di dalam blog ini. Kepada pengunjung dan rakan rakan Warung Botox. terima kaseh kerana menceriakan hari hari wak di sini. Sekurang kurang dengan lalutan lalutan dan jeritan tanpa suara kalian dapat mengurangkan rasa kebosanan wak ketika melakukan updating. Kekadang tu bini wak pun bimbang sebab ketawa sendiri sehingga terkekeh kekeh. Pernah anak sendiri berbisik dengan ibunya “Abah tu sihat ke Ma?”

Kekadang bontot terasa kebas dan kemaluan terasa hilang akibat terlalu lama duduk dikerusi tapi kerana sambutan yang diberikan, semua itu tidak menjadi penghalang. Kepada mereka yang menyunting arikel dan memberikan kerjasama menyiarkan artikel dari blog ini, wak ucapkan terima kaseh tak terhingga dan kepada mereka yang tidak bersetuju dan memaki hamun di dalam ruangan komen, wak minta maaf membuat kalian teruja.

Semuga di sihatkan tubuh badan kita semua dan diluangkan lebih masa untuk kita bersama bagi masa masa yang akan datang. IsyaAllah dengan sambutan ini, memberikan semangat untuk wak cari wang bagi membayar terus bill internet. Kalau tiada update yang berlaku, tentu korang dah boleh agak kenapa…..

Salam persahabatan dan terima kaseh tidak terhingga ….. dari

Radenjowo

THE MIGRANT EXPRESS

In Uncategorized on April 22, 2008 at 1:14 am

These illegal immigrants crammed themselves into a boat, determined to flee the country without being detected by the Malaysian authorities. The 14 men and nine women aged between 19 and 54, braved a stifling ride from Johor to Batam, Indonesia. They are believed to have paid between RM200 and RM300 for the journey back to their country. The Southern Region Marine Police RH8 patrol vessel caught sight of the suspicious-looking boat and gave chase, resulting in the arrest of the immigrants about 1.5 nautical miles off Sungai Rengit, Kota Tinggi. They were without valid travel documents. – NST

Beehoon price up 15%

In Uncategorized on April 22, 2008 at 1:09 am

https://i2.wp.com/www.wingyipstore.co.uk/pictures/content1409/bee+hoon.jpgsun2surf – The price of beehoon, or rice noodles, has gone up by 15% or 40 sen a packet for both the 1kg (big) and family size (small) pack, Chinese press reported today.

Citing a shortage of broken rice, the raw ingredient for rice noodles, Beehoon Maunufacturers Association of Malaysia said the price increase, the third in two months, was effective today.

The price went up by 10% and 15% in the last two occasions. The association said given the acute shortage of broken rice, which can only be overcome by August when all padi is harvested, more price hikes for rice noodles can be expected in the next three months.

It has appealed to the government to temporarily lift the control on the import of white rice as a short-term measure to overcome the rice shortage.

Currently, Bernas is the sole licensed rice importer.

AWAS !!!

In Uncategorized on April 21, 2008 at 10:43 pm

TAMAN Pendidikan Al-Quran Nurul Huda, Lombok Timur inilah tempat gadis dari Malaysia, Che Siti Nor Azreen Che Ishak dinikahkan dengan pemuda Lombok, Tony Wijaya baru-baru ini.

Amalan bawa lari gadis dari daerah, negara lain – Amalan lumrah di Lombok

klpos – NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) – Bukan satu kesalahan bagi kaum lelaki di Lombok melarikan anak gadis dari kawasan atau negara lain ke daerah ini sebaliknya telah menjadi amalan dan gaya hidup di pulau itu sejak sekian lama.

Malah amalan tersebut masih dipertahankan dan merupakan kaedah yang sering digunakan oleh kaum lelaki di sini untuk memperisterikan gadis yang diidamkan.

Ketua Desa Sakra, Lombok Timur, Bapak Sanusi Suwono, 58, berkata, cara tersebut iaitu melarikan anak gadis telah menjadi salah satu tradisi masyarakat di Lombok terutama membabitkan soal perkahwinan.

“Jika seseorang lelaki meminati gadis idamannya di daerah lain, maka dia boleh melarikannya ke kampung ini tanpa kebenaran sesiapa.

“Lazimnya, perkara ini berlaku apabila pasangan itu sudah terlalu menyintai di antara satu sama lain dan berhasrat untuk berkahwin,” ceritanya kepada Kosmo! di sini semalam. more ….

UMNO MASIH MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.

In Uncategorized on April 19, 2008 at 6:51 am

wrlr.blogspot – Kekalahan UMNO bukan berpunca dari segala macam blog dan website yang ada di alam cyber.Sesungguhnya ia adalah disebabkan rakyat yang bangkit kerana marah dan menjerit “Sudah dan cukup kami di tipu” . Inilah yang telah menyebabkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional.

Sementara wakil Veteran UMNO dan bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional adalah mereka yang sudah tidak bergigi, baik secara lahiriah mahupun secara kiasannya. Mereka gagal menyelami perasaan pengundi muda dan suka juga menipu.Orang muda sebenarnya tidak suka mereka ditipu dan juga di perbodohkan. Begitu juga kaum Cina dan kaum India. Taktik Kerajaan BN memainkan isu dengan menipu rakyat dianggap sebagai salah satu langkah terkebelakang.

Semalam dengan kesungguhan Pak Lah untuk mengembalikan sistem kehakiman dan pembentukan suruhanjaya perlantikan hakim-hakim dijangkakan kes Najib adalah lebih hebat dan akan ditelanjangkan.

Semua tunggul buruk UMNO dan Barisan Nasional ini mengeluh tentang kehilangan kuasa politik Melayu. Mereka telah mengulang secara berulang kali, tentang kejadian pada Mei 1969 dahulu yang menyebabkan pertumpahan darah pada 13 Mei. Kejadian 13 Mei adalah angkara Mahathir Mohammad dan juga kuncu-kuncu UMNO.

Pencapaian paling gemilang Barisan Nasional ialah pada 2004 ketika mereka menang 91-92% kerusi Parlimen. Berapakah kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu di Dewan Parlimen? UMNO dapat 110, PAS 9 dan PKR 1. Semuanya menjadi 120 kerusi. Pada kali ini UMNO menang hanya 78, PAS 23 dan PKR 20 daripada 31 semuanya). Ini menjadikan jumlah anggota Melayu di dewan Parlimen menjadi 121. Ini adalah lebih hebat berbanding 2004 dahulu di mana cuma ada 120 orang. Pada 8 Mac 2008 jumlahnya sudah bertambah.

Dengan demikian berapa lama lagi UMNO akan melalak bahawa kuasa Melayu sudah terhakis pada 8 Mac 2008? Sedangkan ia sudah meningkat? Jangan kiralah kalau peningkatannya adalah dengan satu kerusi sahaja. Yang pentingnya orang Melayu tidak kehilangan kuasa politiknya. Malahan bertambah sebaliknya. Namun, inilah isu yang dimainkan oleh UMNO sedangkan hujah itu adalah hujah haprak semata-mata. Sepatutnya orang Cina yang melalak kerana melihatkan kuasa politik mereka terhakis memberi laluan kepada orang Melayu dan juga India.

Seperti yang ditulis oleh New Straits Times dalam lidah pengarangnya semalam, UMNO harus hentikan merengek. Harus hentikan perangai melalak betapa kuasa politik Melayu sudah mengecut seperti apa yang terjadi pada Mei 1969 hingga mencetuskan episod 13 Mei. Cakap kelentong semacam inilah yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan lima negeri, 10 daripada 11 kerusi Parlimen WP Kuala Lumpur – yang sudah pastinya menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional akan dilenyapkan untuk selama-lamanya, seandainya ia tidak berhenti merengek dan mainkan lakonan tuduh-menuduh.

Yang penting sekali kenapakah Pengarah Pilihan Raya tidak dikenakan kritikan pedas kerana kegagalan ini? Malahan, UMNO mahu memberikan habuan kepada Pengarah Pilihan Raya dengan menjadikannya Perdana Menteri yang baru. Beliau telah gagal, segagal-gagalnya, tetapi mereka masih mahu melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Apakah begini caranya UMNO menyelesaikan masaalah.Kita percaya jika Najib di pilih sebagai PM, sudah pastinya UMNO akan mengundang bahaya yang paling besar. Kes yang disebut-sebut Anwar sebagai skandal terbesar pembelian senjata sudah lama menghenyak Najib.Hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja yang ada kepada beliau.

Semalam dengan kesungguhan Pak Lah untuk mengembalikan sistem kehakiman dan pembentukan suruhanjaya perlantikan hakim-hakim dijangkakan kes Najib adalah lebih hebat dan akan ditelanjangkan. Adakah ini yang dipanggil sebagai badai yang menghenyak UMNO.Najib mungkin dilihat UMNO hebat, namun para pengundi tidak memikirkan begitu.Para pengundi Malaysia melihat UMNO dan pemimpinnya sebagai pemimpin korup dan Najib juga tidak terlepas dari skandal ini.

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, tidak menyokong ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut. “Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka,” kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di “retreat” ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

Namun Khairy juga dilihat sebagai punca kepada ketidak puasan hati pemimpin lama UMNO.Khairy tidak mendapat sokongan para balaci-balaci pemuda UMNO kerana sikap beruk beliau yang memberukkan para blogger dan webmaster.Sikap para pemimpin UMNO tidak berjaya menarik minat para pengundi untuk mendekati mereka.Inilah punca utama kerana semakin ramai cerdik pandai tidak mahu mendekati UMNO.UMNO akan menjadi parti sejarah jika meneruskan sikap dan mengekalkan pimpinan yang ada. Apakah seseorang yang berkarektor seperti Anwar akan muncul dalam UMNO????Hanya masa akan menentukannnya kerana hanya seorang Anwar Ibrahim dianugerahkan untuk Malaysia masa kini.