no2umno

Archive for January 16th, 2008|Daily archive page

PAK LAH SUSUN ‘MANGKUK’ DIPUSAT

In Tajol Rosli on January 16, 2008 at 11:53 pm

Tajol yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1999, ‘kononnya’ akan digantikan dengan seorang exco pendidikan Perak Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang pernah terlibat dengan sebuah NGO Islam terkemuka ABIM.

Perak bakal bertukar MB selepas pilihanraya ke 12
klpos


TAJOL dijangka ke Pusat, beri laluan kepada muka baru tadbir Perak

Oleh Wartawan KLpos.com

MENTERI Besar Perak, Dato Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali dikhabarkan akan diganti oleh muka baru dalam selepas pilihanraya umum ke 12 ini. Sumber KLpos.com memberitahu, khabar tersebut bertiup kencang di kalangan pimpinan Umno perak sehinggakan wujud kumpulan melobi untuk mencari penganti Tajol Rosli.

Tajol yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1999, ‘kononnya’ akan digantikan dengan seorang exco pendidikan Perak Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang pernah terlibat dengan sebuah NGO Islam terkemuka ABIM.

Selain itu, Zamrry yang diketahui umum merupakan pengikut setia Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah ditahan beberapa ketika menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika zaman reformasi memuncak berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Bagaimanapun menurut sumber KLpos.com, masalah dengan penggantian Tajol adalah pihak Istana kurang bersetuju dengan nama yang dicadangkan tersebut sehinggakan wujud beberapa nama lain sebagai sandaran.

No2umnO – Selepas Idris Jusoh, kini Tajol Rusli bakal di bawa ke pusat. Maka kerja Pak Lah nanti hanyalah menyusun MANGKUK MANGKUK yang sudah tinggalkan TAHI mereka di negeri untuk dibawa ke pUSAT. DIsana nanti mereka akan menjejehkan najis najis mereka masing masing disana pula. Mungkin angan angan Abdullah Badawi untuk menjaga mereka mereka ini dan barisan pengganti baru akan dikawal oleh Menantunya, Khairy Jamaluddin. Itu pun kalau menang la….

IDRIS BAKAL TINGGALKAN NAJISNYA DIT’GANU

In ALAHAI IDRIS .... on January 16, 2008 at 11:43 pm

“Saya hanya seorang pekerja parti yang sanggup memberikan perkhidmatan dan sekiranya saya disuruh bertanding untuk kerusi Parlimen, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri.

MB Terengganu sedia ke Pusat?

KUALA TERENGGANU 16 Jan. – Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menyatakan kesediaannya untuk dilantik sebagai menteri Pusat selepas pilihan raya umum akan datang sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti memutuskan sedemikian.

“Saya hanya seorang pekerja parti yang sanggup memberikan perkhidmatan dan sekiranya saya disuruh bertanding untuk kerusi Parlimen, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri.

“Tetapi setakat ini saya tak tahu, tetapi saya akan ikut dan bersedia bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini.

No2umnO – Bersedia untuk pindah? Kemungkinan ini adalah benar kerana Jasanya kepada Abdullah Badawi di dalam membenarkan beberapa projek negeri dibelasah oleh rakan baik PM, Patrick Badawi. Alasan kedua yang mengukuhkan lagi perpindahan beliau adalah kerana IDRIS JUSOH sudah tidak lagi disukai oleh rakyat Terengganu termasuk dikalangan orang orang UMNO sendiri kerana menjadi LEMBU yang dicucuk hidung oleh PM. Di dalam masa yang sama Idris turut menyenaraikan 30 calun baru kerana sebelum ini ramai antara pemimpin dan wakil rakyat Terengganu yang turut tidak disukai oleh rakyat. Tunggul buruk akan diganti dengan tunggul buruk yang lain.

APA YANG MENUTUP MATA JPJ, POLIS DAN IMIGRESEN?

In Rasuah Parah on January 16, 2008 at 11:35 pm

“Sepanjang saya bekerja tidak pernah ditahan, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya cari bas ekspres,” katanya kepada wartawan KOSMO! yang menyamar sebagai penumpang.

Kami bebas’

KERATAN KOSMO! semalam.

KUALA LUMPUR – Warga Indonesia boleh menjadi pemandu atau konduktor bas henti-henti tanpa bimbang walaupun ia menyalahi undang-undang kerana mereka tahu pihak berkuasa lebih suka menahan bas ekspres dalam operasi mereka selama ini.

Faktor inilah selain pendapatan yang agak lumayan, mendorong warga Indonesia seperti Tony untuk memberanikan diri menjadi pemandu bas atau `pilot’.

“Sepanjang saya bekerja tidak pernah ditahan, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya cari bas ekspres,” katanya kepada wartawan KOSMO! yang menyamar sebagai penumpang.


SEORANG konduktor bas warga asing di Plaza Kota Raya semalam.

Bagi seorang lagi pemandu warga Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Sujono, pekerjaan sebagai pemandu lebih lumayan dan mudah berbanding kerjaya lamanya sebagai tukang rumah.

“Dulu kerja teruk menukang rumah, tetapi sekarang tidak lagi dan kerja jadi pemandu bas ini lebih senang dan boleh dapat sampai RM1,000 sebulan,” katanya yang lebih suka dipanggil Ery.

Beliau telah bekerja sebagai pemandu bas sejak setahun lalu dan mendakwa memiliki lesen memandu sah yang dikeluarkan oleh JPJ.

Ery mempunyai pengalaman memandu kenderaan awam ketika berada di Indonesia dan tidak berasa janggal untuk melakukannya di ibu kota.

Tinjauan yang dilakukan KOSMO! turut mendapati, rata-rata pemandu dan konduktor bas warga Indonesia terbabit bekerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan awam yang terkenal di bandar raya ini.

Bukan setakat itu saja, para peniaga kecil-kecilan berhampiran Plaza Kotaraya serta pengunjung di situ juga terdiri dari kalangan puak mereka hingga boleh digambarkan kawasan tersebut bagaikan `mini Jakarta’.

Selain itu, kalangan warga Indonesia yang bekerja sebagai pemandu serta konduktor bas itu tidak mencerminkan diri mereka sebagai pemandu bas kerana tidak mempamerkan pas kerja atau lesen memandu kenderaan awam (PSV).

Malah lebih menjijikkan pakaian mereka juga tidak terurus sambil memanggil pelanggan dengan rokok yang tidak lekang di bibir.

Tinjauan yang sama juga mendapati pemandu dan konduktor sebuah syarikat bas yang sama mempunyai penampilan berbeza dengan anak tempatan ada pakaian seragam serta lencana bulat sementara rakan sekerja warga asing dengan stail `ikut suka hati’.

Tidak cukup dengan itu, bas yang dipercayai dipandu warga Indonesia itu juga dilihat melekatkan kertas timah dan pelekat lain pada cermin bas seolah-olah mengelak wajah mereka dilihat dari luar.

No2umnO – Nampaknya JPJ, IMIGRESEN dan POlis tidak mengambil sebarang tindakan mungkin kerana ada yang menerima sogokan dan rasuah. Masakan isu terbiar sebegini untuk sekian lama sedangkan tiada undang undang membenarkan pendatang menjadi pemandu dan kondaktor bas. Nak selindung apa lagi? Tengok keadaan pun sudah boleh agak. POLIS, Imigresen dan JPJ kena lah jawab. Nak tanya sikit RASUAH tu disimpan di mana dan atas nama siapa? Mungkin ada yang mengaku isteri berniaga, kenderaan nama adik dan sebagainya untuk berjaga jaga kalau kalau ditangkap. Tapi jangan risau pihak berkuasa kerana kuasa di tangan anda dan benda HARAM pun anda tak kisah nak buat.

PDRM Lemah !!!

In Belit POlis on January 16, 2008 at 11:31 pm

Dalam pertemuan itu juga, menurut HalimeyJazimin cukup marah dengan pihak polis yang sehingga kini masih lagi tidak dapat menyelesaikan penangkapan pembunuh anak beliau dan banyak bermain kata-kata yang manis kepada beliau di dalam media cetak dan elektronik walaupun pada dasarnya tidak ada apa yang diperolehinya.

Penculikan Sharlinie: PDRM Lemah, Ketua Polis Selangor Didesak Letak Jawatan
KeADILan

Kuala Lumpur, 15 Januari – Kehilangan seorang lagi anak kecil, Sharlinie Bt Mohd Mashar, 5 tahun ternyata mengejutkan orang ramai selepas masyarakat masih lagi tidak hilang kebimbangan mereka terhadap apa yang menghantui keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin yang diculik dan dibunuh secara kejam beberapa bulan yang lampau.

Dalam satu kenyataan media oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Selangor (AMK Selangor), Halimey Abu Bakar, beliau menyifatkan rentetan kes penculikan ini adalah satu petanda bahawa kredibiliti POlis DiRaja Malaysia (PDRM) kian lemah.

Justeru, AMK Selangor, tegas Halimey, mewakili seluruh rakyat Selangor mendesak agar Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar serta Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Arjunaidi Mohamad melepaskan jawatannya serta merta bagi menebus segala kelemahan di dalam tugasan.

“Baru seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi 6thn yang diculik oleh “lelaki kucing” gelaran yang diberi oleh pihak Polis, dan tahun lepas kita juga dikejutkan dengan penculikan dan pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin.

“Sebenarnya banyak lagi kes-kes kehilangan anak kecil yang tidak ada penyelesaiannya sehinggakan penculik ini sanggup melakukannya berulang kali,” kesal Halimey.

Halimey menjelaskan dalam satu pertemuan yang diadakan oleh AMK Selangor dan Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 13 Januari lepas, antara lain ialah luahan kekesalan ayah Allahyarham Nurin Jazlin, Sdr Jazimin Abd Jalil.

“Beliau turut menceritakan kekesalan dan ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu yang melemparkan berbagai tuduhan terhadap beliau sekeluarga ini termasuklah pihak Polis dan Pemimpin-pemimpin Kerajaan,” jelas Halimey.

Dalam pertemuan itu juga, menurut Halimey, Jazimin cukup marah dengan pihak polis yang sehingga kini masih lagi tidak dapat menyelesaikan penangkapan pembunuh anak beliau dan banyak bermain kata-kata yang manis kepada beliau di dalam media cetak dan elektronik walaupun pada dasarnya tidak ada apa yang diperolehinya.

Tambah Halimey, ‘penindasan senyap ini turut merangkumi pihak media elektronik khususnya yang menemu bual Jazimin tapi tidak disiarkan sepenuhnya keluhan beliau dan disiarkan hanya yang menarik sahaja.

“AMK Selangor amat memandang serius perkara sebegini dan amat menyedihkan ketiga tiga kes ini berlaku di dalam negeri Selangor dan di bawah kawalan IPD Polis Petaling Jaya.

“Persoalannya kenapa pihak Polis Selangor tidak dapat menyelesaikan kes sebegini terutamanya kes Nurin yang kononnya menggunakan teknologi kepakaran luar negara dan bagaimana kes-kes sebegini dalam jangka masa tidak sampai setahun atau sebulan boleh berlaku lagi terutamanya di kawasan kawalan IPD Petaling Jaya,” tegas Halimey.

Sekatan ekonomi ke atas IRAN gagal

In Ahmadineejad, Berita luar on January 16, 2008 at 10:34 pm

Sekatan ekonomi AS gagal — * Ekonomi Iran tidak terjejas * Dapat kontrak RM68 bilion

WASHINGTON 16 Jan. – Sekatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran tidak membawa kesan yang jelas dan tidak menghalang Teheran daripada menandatangani kontrak tenaga bernilai kira-kira AS$20 bilion (RM68 bilion) dengan firma asing sejak 2003.

Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) Amerika Syarikat (AS) dalam laporan auditnya mempertikaikan kenyataan sesetengah pegawai pentadbiran AS mengenai keberkesanan sekatan yang dikenakan ke atas Iran disebabkan program nuklearnya itu.

“Pegawai dan pakar AS melaporkan sekatan AS mendatangkan kesan khusus ke atas Iran, namun sejauh mana sekatan itu berkesan sukar dipastikan,” menurut laporan yang diterima oleh Reuters semalam.

GAO dalam laporannya juga menyatakan, bukti lain menimbulkan persoalan tentang kesan sekatan ekonomi seperti yang dilaporkan.

Menurut GAO, sejak 2003 Iran menandatangani kontrak bernilai AS$20 bilion (RM68 bilion) dengan firma asing untuk membangunkan sumber tenaganya.

Ia juga menyatakan, sekatan ketat AS ke atas bank-bank milik Iran boleh dipintas jika bank itu beralih kepada institusi kewangan lain atau membiayai aktiviti mereka dengan mata wang lain selain dolar AS.

“Hubungan dagang Iran di seluruh dunia dan peranan utamanya dalam pengeluaran tenaga menyukarkan AS memencilkan Iran dan menekannya supaya mengurangkan kegiatan nuklear dan sokongan terhadap keganasan,” kata laporan itu.

Peningkatan permintaan minyak, harga minyak yang melambung tinggi dan rizab minyak Iran yang begitu besar membantu Iran memperoleh hasil minyak melebihi AS$50 bilion (RM179 bilion) pada 2006.

No2umnO – Hebatnya IRAN, percaya rezeki itu ditangan Allah swt. Tidak seperti sesetengah Pemimpin dunia yang mendewa dewakan Amerika dan Eropah walaupun mereka itu digelar imam atau pemimpin ISlam. Pemimpin yang mendewakan AMerika dan Pemimpin Eropah adalah pemimpin yang sedar dirinya tidak layak untuk jadi pemimpin lantas mengharap agar direstui oleh Amerika untuk terus menjadi pemimpin. Aku tak kata Pak Lah, tapi dia kena lah sedar sendiri.

BILA TUNGGUL DI LIHAT SEPERTI PEMIMPIM

In Penipuan Yuran Sekolah on January 16, 2008 at 10:25 pm

Sabah & Sarawak: Kesatuan guru puji ibu bapa tak bantah yuran tambahan

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) memuji sikap ibu bapa pelajar di negeri ini, yang dilihat lebih rasional berbanding segelintir rakan mereka dari negeri lain di Semenanjung, melenting apabila diminta membuat bayaran yuran lebih untuk kebaikan pendidikan anak-anak mereka.

Presidennya, William Ghani Bina, berkata sikap mereka hanya pandai melenting meluahkan perasaan marah mereka melalui media apabila diminta membuat bayaran tambahan, yang dikatakan mahal itu, membuatkan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berasa sungguh kecewa.

Beliau berkata, tiada negara lain di dunia yang begitu pemurah memberi subsidi dan bantuan secara percuma kepada pelajar sehingga tamat pengajian sekolah menengah seperti Malaysia.

Katanya, masyarakat guru mengakui bahawa Hishammuddin membawa banyak pembaharuan dalam bidang pendidikan negara.

“Setakat ini, ibu bapa pelajar di Sarawak menunjukkan keprihatinan dan keikhlasan mereka membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi anak-anak mereka sehingga ada di kalangan mereka yang sanggup membantu sekolah menyediakan aktiviti yang mampu memanfaatkan pelajar,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ghani berkata, bayaran khas dan bayaran tambahan dikenakan sekolah seperti `mas kahwin’ dan `belanja kahwin’.

“Mas kahwin adalah wang yang wajib dijelaskan, tetapi `belanja kahwin’ boleh dijelaskan mengikut kemampuan ibu bapa itu sendiri,” katanya sambil menambah, sebab itu ibu bapa perlu hadir pada setiap mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurutnya, sesetengah ibu bapa yang tidak pernah menghadiri mesyuarat PIBG sering mempertikaikan bayaran yang diminta oleh sekolah, sedangkan keputusan mesyuarat telah dipersetujui sebulat suara oleh ibu bapa lain.

“Kegagalan ibu bapa menjelaskan bayaran adalah berpunca daripada kelemahan mereka mengurus kewangan kerana ada segelintir ibu bapa sanggup berhabis wang untuk membeli rokok dan nombor ekor tetapi tidak pula berkira berapa harganya,” jelasnya.


No2umnO – memang dasar sesetengah manusia itu, memuji untuk naik gaji. Memuji untuk naik pangkat. Kefahaman yang timbul dikalangan orang yang tidak mampu berfikiran waras dan tidak mempunyai kelebihan diri. Berharap pada orang lain untuk menjadi lebih tinggi dari sekarang. Orang yang mempunyai kebijaksanaan dan percaya rezeki itu ditangan Tuhan, tidak mendewa dewakan pemimpin lebih dari sepatutnya. APa nak buat, sekarang sudah sampai zaman dan ketika tunggul pun orang lihat seperti Emas, kaca pun dah boleh jadi intan, Tahi keldai pun orang ingat emas.

MCA Contohi Umno

In Belit BN, Soi Lek, Video Lucah BN on January 16, 2008 at 5:31 pm

Chua Soi Lek Jadi Penasihat Parti:MCA Contohi Umno
tukulbesi

Rakan kongsi Umno,MCA akhirnya mengikut jejak langkah Umno dengan terus mengangkat pemimpin yang tidak bermoral ke jawatan penting yang dihormati.Chua Soi Lek,aksi utama dalam DVD lucah yang tersebar ke seluruh negara dipandang mulia dan disanjung dengan kejujurannya mengaku “Sayalah orangnya(dlm DVD lucah)”.

Turut menyangjung beliau ialah pimpinan Umno Johor yang bersama dalam sidang media pengakuan Chua Soi Lek.Akhbar hari ini pula melaporkan,bekas menteri lucah itu telah dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan MCA Johor mengambilkira pengalaman yang ada padanya.

Apa yang dibuat MCA tiadalah beza dengan ahli keluarga Barisan Nasional yang lain khususnya Umno.

Tan Sri Rahim Tamby Chik yang pernah dikaitkan dengan skandal wanita Portugis dan remaja wanita 16 tahun pernah dipilih oleh perwakilan Umno untuk terus menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno.Begitu juga bekas MB Selangor Mohammad Mohd Taib yang terpalit lumpur kerana melarikan puteri Sultan Selangor dan membawa wang RM 3juta keluar negara,tiba-tiba hari ini menjadi Ketua Penerangan Umno.

Sebelum ini ,Megat Joned yang dikaitkan dengan skandal Mustakizah juga terus diangkat menjadi pimpinan tertinggi Umno.Beberapa orang pemimpin Umno yang berkuasa pada hari ini seperti Rapidah Aziz yang dikaitkan dengan AP dan rasuah anak menantunya,Tengku Adnan Tengku Mansor yang memiliki syer dalam perjudian di Bukit Tinggi,Tan Sri Nor Muhammad yang juga dikaitkan dengan rasuah,mereka ini terus dikekalkan oleh Umno.

Apa kurangnya pula bakal PM akan datang,Najib Razak yang terpalit dengan lumpur Altantuya.

Atas sebab itu tindakan MCA melantik Chua Soi Lek memang wajar dan menepati cita rasa komponen Barisan Nasional yang tidak mementingkan masalah moral.

Kepada penyokong tegar Umno yang beriman dengan Islam Hadhari cubalah anda bandingkan sendiri Rukun Islam Hadhari yang pertama iaitu untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa,dengan apa yang anda sedang saksikan.more…

MT UMNO Bermesyuarat

In Belit UMNO on January 16, 2008 at 5:30 pm

MT UMNO Bermesyuarat Tentukan Tarikh PRU 12?
puteramalaysia

Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia akan mengadakan mesyuarat secara mengejut esok dijangka untuk membincangkan isu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Sumber-sumber dalaman memberitahu blog ini bahawa mesyuarat MT esok adalah terkeluar daripada jadual yang telah ditetapkan pada minggu pertama tiap-tiap bulan.

Ini bermakna mesyuarat MT esok adalah mesyuarat “luarbiasa” yang mungkin menumpukan kepada isu PRU ke-12.

Difahamkan mesyuarat MT ini akan menganalisis kedudukan dan persiapan jentera UMNO menjelang PRU ke-12 dan juga menerima maklum balas mengenai “pilihan raya olok-olok” yang dilaksanakan oleh UMNO baru-baru ini.

RASUAH LAGI?

In Rasuah Parah on January 16, 2008 at 1:52 pm

PM arah Tengku Adnan kerjasama dengan BPR

Beliau ditanya mengenai kenyataan Tengku Adnan bahawa siasatan dalaman bermula dua minggu lepas setelah dua pegawai itu didakwa menyalahguna kuasa dan mendapat manfaat daripada pembikinan satu klip video mengenai kempen Tahun Melawat Malaysia oleh sebuah syarikat Korea Selatan.

Pembikinan klip video itu didakwa menelan belanja RM850,000.

Abdullah berkata BPR mungkin mahu menyiasat dan ia tidak boleh dihalang.

“Apabila ia memperoleh maklumat bahawa ada sesuatu yang tidak kena, BPR boleh bertindak,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Datuk Shahrir Samad berkata Kementerian Pelancongan perlu menyerahkan siasatan kepada BPR supaya kementerian itu tidak dilihat sebagai cuba menyembunyikan perkara itu.

Ketika ditanya sama ada beliau diberitahu mengenai kes itu, Abdullah berkata: “Saya tidak diberitahu. Berlaku semasa saya di sini.”

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Tengku Adnan berkata pihaknya telah memberikan segala kerjasama yang diperlukan sewaktu sepasukan pegawai BPR datang ke kementerian itu semalam.

“Kita beri kerjasama. Tiada sebarang masalah dalam hal itu,” katanya kepada Bernama.

Tengku Adnan berkata siasatan dalaman tetap akan dijalankan seperti arahannya kepada Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

No2umnO – Masakan Adnan tidak tahu. Jumlah nya besaaAAARRR! ….. Jangan malu malu dong. Dadu sudah dilontar ….. Ibrahim pendek kata, “Kita lihat siapa yang kena”

KENAPA IPARNYA?

In Zakaria Deros on January 16, 2008 at 1:39 pm

Brother-in-law of Port Klang assemblyman found hanged

KLANG: The brother-in-law of Port Klang assemblyman Zakaria Md Deros was found hanged in his home in Kampung Idaman here Wednesday morning.

It is learnt that the victim, Fathil Ahmad, 45, was alone at home at the time. His wife, Saodah Md Deros, had gone out to send their three younger children to school.

The couple’s eldest son, Abdul Rahman, 21, who has just completed his studies, was also not at home at the time.

Saodah returned to the house at about 7.30am and felt something amiss when the victim failed to answer the door despite her constant knocking.

Going to the side of the house to look through one of the windows, Saodah saw the victim hanging in one of the rooms.

She then called her neighbours for help to break open the main door and went inside but the victim was already dead.

Zakaria, when met at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital morgue, said Fathil was a good man and often helped people including cooking during kenduris.

Klang OCPD Asst Comm Mohamad Md Yusuf confirmed the incident, saying that police were investigating the reason behind the death.

He said police did not suspect any foul play and have classified it as sudden death.