no2umno

Anwar sedia bersumpah

In Anwar Ibrahim on July 6, 2008 at 9:49 pm

anwar ibrahim protes fuel price hike rally mppj stadium 070708malaysiakini | ….. “Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya,” katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini.

“Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

“Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

“Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan,” katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Ucapan beliau malam ini merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak hari ini.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

“Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

“Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

‘Selamatkan M’sia’

“Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama Sivaji The Boss, kita main drama Sivaji The Boss.

“Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan…,” ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.… selanjutnya.

no2umno – Gua mau dengar kata “YA” dari Saiful, Najib dan Rosmah. Kalau diorang tak mahu …. kita tau siapa yang takut kerana salah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: