Sultan tolak idea jambatan ketiga PM
Jun 18, 09 12:10pm
Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.
Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini.
“Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu,” baginda dipetik bertitah oleh akhbar Berita Harian.
sumber malaysiakini.com
Daulat tuanku….Patik sokong 100%…Puak2 UMNO ni memang suka mengjahanamkan negara malaysia yang kucintai ini.