no2umno

Balkis diminta ditarik balik pembubaran

In Balkis, Belit Khir Toyo on April 26, 2008 at 10:31 pm

Bharian – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam meminta pembubaran Pertubuhan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) segera ditarik balik kerana ia dibubarkan tanpa perbincangan dengan beberapa pihak dan ahli badan amal itu.

Katanya, kepemimpinan Balkis yang ketika itu diketuai isteri bekas Menteri Besar, Datin Seri Zahrah Kechik boleh dikenakan tindakan jika beliau gagal berbuat demikian.

“Saya berharap pembubaran itu ditarik balik dan jika berdegil, tindakan boleh diambil terhadap mereka oleh ahli Balkis atau penderma yang selama ini setia dengan Balkis.

“Kaedah pembubaran itu tidak mengikut tatasusila pertubuhan dan ia pasti akan mencetuskan persoalan di kalangan ahlinya yang selama ini tidak melihat sebarang masalah timbul dalam pertubuhan,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.

Mengenai tindakan Zahrah memindahkan aset Balkis bernilai RM9.9 juta ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti), Abdul Khalid berkata, ia dilakukan tanpa mengikut undang-undang.

Katanya, Majlis Peguam menerangkan tindakan Zahrah itu salah di sisi undang-undang dan ia boleh disabitkan dengan ‘pecah amanah’.

Leave a comment