no2umno

Archive for June 4th, 2008|Daily archive page

Stesen kena ‘tawan’

In Minyak naik on June 4, 2008 at 11:49 pm

kosmo – […] “Sebelum ini pun saya dah belanja hampir RM900 sebulan untuk minyak, lepas ini naik dua kali gandalah,” katanya.

Bagi Mazuan Ibrahim, 25, walaupun hanya menggunakan motosikal tetapi dengan kenaikan harga minyak ini beliau turut terasa kesannya memandangkan terpaksa menunggang berulang alik kira-kira 100 kilometer sehari dari rumah ke pejabat.

Namun Mohd. Hilmi Ahmad, 32, menyifatkan apa yang berlaku ini sudah dijangka dan tidak dapat dielakkan…. selanjutnya.

no2umno – apa lagi yang rakyat ada sekarang? Aku tak pernah terbayang yang kerajaan Malaysia terlalu bodoh sehingga ke tahap ini. Sebelum lotak jawatan, biar la den sapu habis …. mungkin itu kata Pak Lah.

jom kita tengok apa cerita para blogger …. Adoiiii semua dah jerit !!!
Mahalnye minyak! Apa mau bikin? [xcitedhyree]
Petrol Price Increase! Harga Minyak Naik! Lagi?!!! [zakiyamani]
Sumpah Orang Minyak [darihulu]
Minyak Naik… Api Naik [fi-sha]
We Have A Petrol God [kenn-ng]
PTD dan Kesan Kenaikan Harga Minyak [ptdblog]
Yahooo! Minyak naik lagi. [pemudamuadzam]
Merungut minyak naik lagi? [linncomel]
Orang Minyak yang akan kaya…. [ahshab]
Orang Malaysia Naik Minyak [kongsiblog]
HaRgA mInYaK… PeRbAnDiNgAn SeMpOi… [ustazmuda]
Minyak Petrol: Cakap Ogos Tapi Jun [kipp3k]
Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak? [irfankhairi]
memperdaya – di perdaya [nurkaseh]

The smokescreen of Malay unity

In Raja Petra on June 4, 2008 at 11:47 pm

ImageTHE CORRIDORS OF POWER
Malaysia Today

malaysiatoday – […] In short, many branches are set up with just one man while the rest of the ‘members’ are ‘injected’ just to make up the numbers and to satisfy the minimum requirement to qualify as branch. Most times the branches can’t even get the required quorum for a meeting to be called and the meetings are merely ‘paper’ meetings, ‘held’ to prevent the branches from being closed down. And it is not Umno alone that suffers from this predicament.

Umno admits that only 51% of the Malay voters voted for it in the 8 March 2008 general election. That means 49% voted for Pakatan Rakyat. Actually this is not that large a drop over the previous general elections. The Malays who voted for Umno this time around is not much different from the elections before that. So how can Umno say that the Malays are now not as united as before? The Malays who voted for Umno, as opposed to the Malays who voted against Umno, remain almost the same. If the Malays are not united now then they were not united before. This can actually be translated to mean that the Malays were never united from the beginning. In short, things have sort of remained the same — no change.

So what’s all this ‘the Malays are now not united and we need to find ways to reunite the Malays’ talk? It is utter bullshit, a campaign of misinformation to frighten the Malays into thinking that in the past they were never as split as they are now and, therefore, they need to come back to Umno and reunite under Umno or else the future of the Malays would be bleak. Actually this is not true one bit.

What happened in the 8 March 2008 general election is this. The Malays have ALWAYS been ‘split’ or ‘disunited’, to echo Umno’s choice of words. Half the Malays normally vote for Umno and the other half for the opposition. This has more or less always been so and was also so in the recent general election. It is the Chinese, Indians, Ibans, Kadazans, Dayaks, etc., who have always been the ‘problem’. 70% of the Chinese and 90% of the Indians would normally vote for the ruling party — and we need not even talk about the very disappointing (and maybe bodoh as well) Ibans, Kadazans, Dayaks, etc., who gave 30 of the 31 Parliament seats in Sarawak and 24 of the 25 Parliament seats in Sabah to Barisan Nasional…. selanjutnya.

EZAM: TROJAN HORSE ATAU HULUBALANG BARU UMNO?

In belit ezam on June 4, 2008 at 11:42 pm

warisantamar – EZAM sudah sinonim dengan arus reformasi di akhir 90an. Bekas Ketua Angkatan Muda PKR ini kemudiannya memilih untuk berada di luar PKR atas sebab hilang kepercayaan dengan prinsip perjuangan PKR yang didakwa sudah menyimpang dari matlamat asal. Beliau memilih untuk `mengabdikan diri’ dengan platform GERAK yang beliau terajui walaupun ada ura-ura beliau akan menjadi calon pada PRU12 yang lalu. Akhirnya 28 haribulan Mei 2008 yang `panas’ dipilih untuk meledakkan lagi suhu politik negara dengan mengesahkan cakap-cakap beliau akan kembali ke dalam UMNO. Beliau sah memohon menjadi ahli UMNO dengan `mas kahwinnya’ sebanyak RM100 seumur hidup.

Apabila saya memilih untuk menulis berkaitan Ezam, sahabat saya mempersoalkan apa pentingnya beliau kepada politik kebangsaan kita? Benar dia bukanlah negarawan yang tersohor. Malah jika diukur tahap sumbangan kepada negara dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir, dia jauh ketinggalan. Namun pada saat ini mereka telah memilih untuk berada di laluan yang berbeza sama sekali. Seorang `menentang’ Pak Lah, seorang lagi `menyokong’ Pak Lah.

Ezam pada saya bukanlah penting sangat. Yang menjadikannya penting adalah persepsi dan spekulasi yang dicetuskan oleh `movement’ Ezam mutakhir ini. Tanpa persepsi dan spekulasi, nasib politik Ezam di dalam UMNO (jika diterima masuk) mungkin senasib dengan beberapa bekas pemimpin PKR yang menyertai semula UMNO sebelum ini.… selanjutnya.

MAMPAT Kutuk Tindakan Kerajaan, Stesyen Minyak Diserbu, Jalanraya Sesak

In Belit BN, Minyak naik on June 4, 2008 at 11:38 pm

//buletinonline.net/images/berita/jamminyaknaik5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) mengutuk tindakan kerajaan yang bertindak menaikkan harga minyak petrol sebanyak 0.78 sen dan diesel sebanyk RM 1.00 yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Pengerusi MAMPAT Encik Fauzi Abu Samah menyatakan demikian ketika menghubungi Buletin Online sejurus belia mendapat maklumat berkaitan kenaikan harga minyak tersebut.

Apa jua alasan yang diberikan kerajaan, MAMPAT merasa amat sedih dan kesal dengan tindakan kerajaan itu kerana menurut Encik Fauzi masalah kenaikan harga barang masih belum selesai.

”Kita (MAMPAT) menjangkakan harga barang akan naik sebanyak 60% berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 41%,
”ini akan membuatkan rakyat terus hidup dalam keadaan yang tertekan kerana mengalami kesan berganda,
”isu kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak sebelum ini, belum selesai,” kata Encik Fauzi.

Sehubungan dengan itu, MAMPAT yang mewakili badan-badan bukan kerajaan di negeri Terengganu, mendesak kerajaan pusat supaya segera mengembalikan bayaran tunai royalti minyak 5% setahun kepada rakyat dan kerajaan Terengganu dengan segera.

”Dengan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat dan negeri Terengganu, kita (MAMPAT) yakin ia akan dapat membantu kerajaan Terengganu bagi mengurangkan beban rakyat Terengganu akibat kesan berganda kenaikan harga barang ekoran dari kenaikan harga minyak,” tambah Encik Fauzi…. selanjutnya.

Tahanan ISA lumpuh akibat psikologi?

In Abolish ISA on June 4, 2008 at 11:33 pm

Bila kuasa di pegang oleh kerajaan yang bodoh, maka rosak lah segala galanya ….. Dah macam dunia ni milik bapak masing masing.

gmi suhakam isa detainee 040608 sharmilamalaysiakini – […] Keluarga Sanjeev Kumar Krishnan mendakwa lelaki itu dibelasah dalam tempoh siasatan ISA selama 55 hari sejak ditangkap 28 Julai tahun lepas.

Dalam laporan polis 20 Mei lalu, isterinya Sharmila Uthiakumar (foto kanan) mendakwa tahanan kini menggunakan kerusi roda di kem Kamunting, Taiping setelah dipindahkan pada 22 September lalu.

Sewaktu surirumah itu mengadu kepada Suhakam petang tadi, pesuruhanjaya Dr Chiam Heng Keng berkata siasatan awal suruhanjaya itu menunjukkan tahanan mengalami tekanan mental yang serius sehingga menyebabkan beliau mengalami kesakitan pada tubuhnya.

“Kami akan mendapat laporan dari hospital-hospital Taiping dan Pulau Pinang, tetapi diberitahu kepada Suhakam secara lisan oleh hospital (Taiping) bahawa diagnosis terhadap Sanjeev menunjukkan tidak organik, tidak ada apa-apa masalah terhadap otaknya,” kata Dr Chiam.… selanjutnya.

Perdana Menteri humban rakyat ke arah hidup lebih terdesak

In Minyak naik on June 4, 2008 at 11:29 pm

harakahdaily – […] “Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara…. selanjutnya.

KPDNHEP kata nak pantau harga barang

In Belit BN Belit UMNO on June 4, 2008 at 11:22 pm

Benda menarik untuk kita dengan dan saksi setiap kali ketika kenaikan harga minyak.

KPDNHEP pantau harga barang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meningkatkan pemantauan dan kawalan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan harian berikutan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa hari ini.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata pemantauan perlu berikutan wujud kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan kenaikan harga barang.

“Selain terus memantau pemberian subsidi minyak, kementerian memberi tumpuan kepada pelaksanaan pemberian subsidi bahan makanan dan sebarang kenaikan harga barang. – bharian

Sama cam dulu. cuma pelakun nya yang berganti-ganti. Bayar gaji punya la mahal…..ini yang depa boleh buat. Teringin sangat lah rasa di hati untuk di ‘tujal’ kepala diorang-diorang nih.

Baik untuk ekonomi – ahli ekonomi

In Belit BN, Belit media on June 4, 2008 at 11:17 pm

komen mangkuk mangkuk karat tentang kenaikan harga minyak……

Utusmeloya – […] Ahli Ekonomi menganggap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak tengah malam ini sebagai satu langkah baik bagi jangka panjang ekonomi negara.

“Ia memang memeritkan untuk jangka pendek, tapi membawa banyak manfaat untuk jangka panjang, dari segi kestabilan ekonomi yang lebih baik, dan mengurangkan ketidakseimbangan,” kata ketua ahli ekonomi perkhidmatan RAM Consultancy, Dr. Yeah Kim Leng.

Beliau berkata kenaikan itu pada dasarnya bertujuan melegakan kedudukan fiskal Malaysia, supaya dalam tempoh jangka panjang ia akan menjadi lebih efisien dan lebih bersedia berhadapan dengan kenaikan harga, serta lebih teguh. …seterusnya.

Kerajaan ketandusan idea dan pemimpin

In Belit BN on June 4, 2008 at 10:55 pm


Wajah wajah Kabinet Dapur [Kitchen Kabinet] yang terlibat di dalam soal harga barangan sehingga menyebabkan negara kecoh dengan kenaikan harga minyak yang paling tinggi di dalam sejarah.

Minyak naik bukti BN ketandusan pemimpin waras. Lihatkan wajah mereka masing masing …. dah macam sama seperti microphone.

Celcom tawar 100 Camry – Perjudian Terancang

In EMAIL, JUDI on June 4, 2008 at 3:58 pm

di email: abdwahabxxx@gmail.com

berikut adalah email yang diterima. Aduan kepada peraduan anjuran Celcom kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [SKMM]….

Saya memohon SKMM agat dapat menamatkan peraduan ini yang bersifat perjudian yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sekian wassalam

Rosxxxx
Pengguna celcom 019

dan dibawah ini adalah balasan kepada email tersebut.

Ruj. Kami: SKMM (T) 09-CCB/160/0023/ 06/08

Tuan,

Terima kasih di atas emel anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) .

Pihak kami ambil maklum ke atas aduan berhubung “Tawaran Celcom 100 hari 100 kereta”. Untuk makluman, perkara ini adalah dalam perhatian pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya.

Komen serta maklumbalas berhubung perkara di atas adalah amat dihargai.

Sila hubungi kami sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am – 5.30pm).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

No2umno – Kepada pembaca …. awas bentuk judi seperti ini.