no2umno

Archive for June 6th, 2008|Daily archive page

Kes edar Ganja, adik Noh Omar diminta bela diri

In Belit Noh Omar on June 6, 2008 at 11:42 pm

Alllaaaaahhhhaiiiii… geli geleman aku dengar tajuk berita ni …. Sebut aje Adik Noh Omar ape de hal? Aku ingat tak der layanan istimewa kalau menteri pun. Tapi sembunyi sembunyi konon. Apa yang ditakutkan dek wartawan dan editor media perdana ni. Macam bukan jantan je.

Diperintah bela diri – Kes adik menteri edar ganja
Utumeloya – Adik kepada seorang menteri yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd. Jusnaidi Omar, 36. Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh.

“Selepas meneliti penggulungan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membuat keputusan supaya tertuduh dipanggil membela diri,” kata Hakim Chin.

Tertuduh, Mohd. Jusnaidi Omar, 36, diwakili dua peguam bela, Zahir Hussein Ahmad Shah dan Hamid Ismail, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bersama Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.

Kes ini mula dibicarakan pada 26 Mei lalu dan pihak pendakwa telah memanggil 13 orang saksi.

Bagi tuduhan pertama, Mohd. Jusnaidi (gambar) yang beralamat di No 211, Blok 37, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor didakwa mengedar dadah ganja seberat 1,011.04 gram di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007.… selanjutnya.

Pegawai MB S’gor didakwa seleweng

In PKR on June 6, 2008 at 11:39 pm

malaysiakini – [,,,] Kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan dalamannya sendiri, menurut pejabat itu lagi, “kerana mengikut pengalaman lepas, pihak BPR lambat bertindak dan ini akan memberi kesan negatif kepada keberkesanan pentadbitan kerajaan negeri.”

khalid ibrahim and selangor stateSekumpulan ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan polis berhubung perkara itu kelmarin dan membawa aduan yang sama kepada BPR semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan itu dengan harapan “siasatan segera dilakukan kerana perbuatan tersebut menjejaskan integriti pentadbiran Pakatan Rakyat.”

Selain mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parti itu, menurut kenyataan pejabat itu, menteri besar juga berkata kerajaan negeri mempunyai prosedur sendiri untuk memanggil saksi-saksi untuk memberikan keterangan.

“Jika terdapat bukti-bukti kukuh, pihak kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya dalam kenyataan itu.

Akhbar itu menyebut, jurucakap kumpulan ahli PKR itu Remy Iskandar berkata mereka mempunyai “semua dokumen yang boleh menjadi bukti” aduan mereka.… selanjutnya.

Kalimullah be made a Tan Sri?

In Belit Dollah, Kalimullah Masheerul Hassan on June 6, 2008 at 12:02 pm

bigdogdotcom – NTSP Deputy Chairman Dato’ Kalimullah “Riong Kali” Hassan highly probable be awarded the Panglima Setia Mahkota (PSM) from the Federal Government which carry the title ‘Tan Sri’ as early as tomorrow, most probably for his role in spinning the stories and the ‘control’ he was able to enforce in most of the mainstream media, to make PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi look bloody good (though not many people actually thought he even did an adequate job at it!).

For someone who failed ‘security’ scrutiny when he was appointed Press Secretary to then Deputy Prime Minister En. Abdul Ghafar Baba more than fifteen years ago, Riong Kali later managed to wiggle himself as the speech writer to Foreign Minister and later Deputy Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. … selanjutnya.

Back to basics: 1968-2008

In Raja Petra on June 6, 2008 at 11:45 am

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday – […] Again we go back to numbers. One barrel or crude oil is 159 litres. And approximately 46-47% of a barrel of crude oil will turn out to be the fuel that we use in our vehicles.

46% of 159 = 73.14 litres.

And at the current rate of RM 2.70/litre, this constitutes to RM 197.48 of fuel per barrel of crude oil. This is only 46% of the barrel, mind you. There is another 54% that are still refined and traded in the markets. These products include bitumen, kerosene, and natural gases and so many more.

Using the indicative value of RM 3.30 = USD 1 (it is actually RM3.26 today), we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of fuel. And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for. In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.

USD 59.84 compared to a barrel of crude oil, which is approximately USD 130, turns out to be 46% of a barrel as well. So this is where I got curios. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?

Now, the government has a very ugly predicament in front of them. The taxation of foreign cars to protect Proton has been deemed unfair by these calculations and the price of fuel is currently at world market price. So I hope our PM retracts his statement in The Star as it seems like a joke after all these calculations. Who is helped by this move? Not the poor. Not even the rich. Everyone is affected. Cost of living rises and everyone will feel the pinch.

As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT. It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.… selanjutnya.

Dollah Syahril buat kerja GILA

In Belit Dollah, Belit Shahrir on June 6, 2008 at 11:29 am

almuslimin2 – Sekarang Dollah mahu potong cukai jalan. Ini semua kerja gila. Menaikan harga minyak samalah melepaskan ikatan seekor raksasa yang ganas yang akan mengancam, meratah dan menjahanam rakyat . Memberi seketul daging kepada raksasa ini tidak akan menyebabkan ia tidur semula. Itu lah bahaya nya ancaman inflasi. Sekarang raksasa itu telah terlepas dari ikatan. Mungkin Dollah Syahril ingat dengan membaca buku Hamzaid dan belajar ekonomi di UM mereka sudah mencukupi untuk melepaskan raksasa berantai ini. Ini satu pemikiran gila. Bila raksasa inflasi sudah mengganas , Dollah akan lari ke gaung. Sharir akan lari ke pulau. Tetapi rakyat akan di mamah oleh inflasi. Sungguh celaka dua menteri ini. Ini adalah sejarah dua menteri yang celaka yang membebankan rakyat.Ini adalah usaha terakhir untuk menipu rakyat… selanjutnya.

PROTES mesti jumpa Agong dengan segera

In demo minyak on June 6, 2008 at 11:26 am

almuslimin2 – […] Mageran adalah suspension of legislative power untuk mengurai satu satu pertelingkahan rakyat dan negara. Ia pernah berlaku secara tulin pada 13 mei dan di salah laku dengan sengaja oleh BN untuk menjatukhan kerajaan PAS di kelantan. Mageran tidak boleh di exploit oleh Dollah kalau machinery PROTEST melaksanana semua check list dengan baik. PROTES mesti menambah lebih ramai professional negotiator supaya rakyat tidak kalah dan kerugian dalam kes minyak ini.

Tunjuk perasaaan satu juta ini inshaallah akan memberi pengajaran kepada seluruh manusia tertindas di mesir, burma dan negara lain agar mereka bangkit menentukan nasib mereka sendiri bukan hanya di tendang terajang oleh kerajaan yang zalim.. Kita tidak mahu jadikan Malaysia menjadi negara zalim saperti burma dan mesir yang menindas segala rintihan rakyat dengan kekerasan . Rakyat akan check and balance kerajaan zalim dan PROTES lah yang rakyat diberi amanah oleh rakayt untuk membela rakyat .Jalankan kerja dengan ikhlas dan cekap supaya peristiwa pahit ini berubah menjadi manis. Saya yakin jika rakyat benar benar faham dan perasaan perit sudah menghilangkan perasaan takut, berjuta akan turun menunjuk rasa. Ini adalah perhimpunan aman dan kita berjanji tidak ada satu tong sampah pun akan terbalik melainkan tong sampah umno dan bn… selanjutnya.

Kalau bodoh, jangan jadi menteri

In Belit Noh Omar on June 6, 2008 at 11:23 am

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mempersoalkan hasrat pengusaha pengangkutan awam yang mahu menaikkan kadar tambang atau caj perkhidmatan sedangkan mereka semua mempunyai kad fleet dan masih menikmati subsidi diesel yang diselaraskan pada harga RM1.43 seliter.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua syarikat pengangkutan awam termasuk pengusaha bas, lori dan teksi tersebut supaya tidak menaikkan tambang sesuka hati atau berdepan dengan kemungkinan permit mereka digantung atau ditarik terus. – Utusmeloya

Kalau noh omar hairan pengusaha naik kan tambang, rakyat juga hairan kendapa kerajaan naikkan harga minyak. Dah banyak kali pesan, kalau bodoh, jangan jadi menteri.

Kenyataan Anwar: Harga Minyak Melambung!!

In Anwar Ibrahim on June 6, 2008 at 11:22 am

anwaribrahim
Semalam Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengurangan subsidi bahan api berkuatkuasa pada hari ini 5 Jun 2008. Harga bahan api, petrol dan diesel khususnya melambung sebanyak 41% dan 63%.

Sekali lagi, rakyat dibebankan dengan kenaikan keterlaluan!! Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Himpunan Rakyat Negeri Selangor “Menuju Harapan Baru”

In Anwar Ibrahim, Ceramah Masih Digeruni Kerajaan, Khalid Ibrahim on June 6, 2008 at 11:18 am

anwaribrahimblog

Himpunan Rakyat Negeri Selangor ”Menuju Harapan Baru“

Lokasi: Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang
Waktu: 9 Malam
Tarikh: 8 Jun 2008 (Ahad)

Permit: LULUS

ISU-ISU:
1) Kenaikan Harga Minyak, RM 2.70!!!! Seliter
2) Kerajaan PAKATAN RAKYAT

Penceramah:
YB Saari Sungip (ADUN Hulu Kelang)
YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak/ADUN Bukit Antarabangsa)
YB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat)

Hubungi: Razali 016-2611389

Bekas Presiden Abim, Presiden MTUC antara 8 dilantik ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR

In PKR on June 6, 2008 at 11:15 am

MStar – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan lapan orang anggota baru Majlis Pimpinan Tertinggi termasuk bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Noor Manuti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berkata Mohd Noor dilantik sebagai penyelaras dasar parti.

Yang lain terdiri bekas presiden Kesatuan Guruguru Melayu Malaysia Barat Nordin Mahmud, bekas pengerusi PKR Kelantan Nik Mahmood Nik Hassan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Syed Shahir Syed Mohamud, Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Yeop Adlan dan bekas Timbalan Setiausaha Agung, Low Chee Chong.

Salehuddin berkata dengan adanya suntikan tenaga baru ini serta berbekalkan pengalaman dan komitmen mereka akan dapat memantapkan lagi perjuangan serta agenda parti. … selanjutnya.