no2umno

Archive for June 22nd, 2008|Daily archive page

4 by 4: Penjelasan dari Pak Lah

In Dollah Pening on June 22, 2008 at 11:51 pm

Pak Lah > Jeremy Clarkson
cursingmalay – […] Keluarlah muka Pak Lah dan sebelah dia duduklah laki si Rosmah.

Pak Lah pun keluarlah statement dia “Kerajaan telah meluluskan pemberian rebet kepada negeri Sabah dan merangkumi kenderaan melebihi 3000 cc sekali.Bla bla bla”

Lepas tu aku rasa ada wartawan tanya dia apsal 3000 cc?

Dia pun jawab “Sebab kat Sabah ni ramai orang pakai 4 by 4.”Kemudian mungkin sebab dia prihatin orang tak paham apa itu kenderaan “4 by 4” Pak Lah pun cuba menerangkan sebaik mungkin.

“Tu,kereta 4 by 4.Yang ada 4 tayar tu.Ramai pakai.Yang pakai 4 tayar tu.”

Humm,satu penerangan yang lebih memeningkan dari menerangkan.Aku rasa majoriti kereta yang kat Malaysia ni semua 4 tayar.Nak terburai usus besar aku tengok muka Pak Lah try explain apa itu “Kenderaan 4 by 4”

Tah dia faham ke tidak sebenarnya,wallahuallam.
Itulah dia tuan-tuan dan puan-puan,Perdana Menteri Malaysia!… selanjutnya.

Laporan Mahathir dan Ku Li Gempur Perak Esok!

In Belit Mahathir, Ku Li on June 22, 2008 at 11:41 pm

msomelayu– SEMALAM dan hari ini saya tidak mengisi apa-apa maklumat dan catatan di blog ini. Sebaik sesampai ke rumah sekejap tadi saya membuka laptop dan melihat beberapa pesanan yang ditinggalkan dalam email bertanyakan kenapa tidak ada apa-apa catatan. Sebenarnya satu hari setengah sejak pagi semalam ke Perak Darul Riduan.

Saya ke Perak bukan untuk menghadiri perkahwinan anak Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin tetapi untuk melihat majlis yang syarahan Mahathir Mohamad di Dewan Palang Merah dan Bukan Sabit Merah di Ipoh dan majlis syarahan Tengku Razaleigh Hamzah di Ipoh dan Teluk Intan.

Sewaktu melalui kediaman menteri besar berkenaan saya melihat orang ramai berpusu-pusu memasuki rumah MB berkenaan. Sementara bulatan yang menuju ke kediaman berkenaan juga berlaku kesesakan. Beberapa orang pegawai polis trafik juga kelihatan turut berkawal di hadapan pintu masuk ke kedimaan MB berkenaan.

Saya merasakan kedua majlis dihadiri Mahathir dan Ku Li di Perak itu penting bagi melihat sejauh mana sambutan akar umbi Umno terhadap kedua majlis ini. Sebab kedua pemimpin ini sedang hebat menentang kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi…. selanjutnya.

Notis usul tidak perlu 14 hari – Prof Dr Aziz Bari

In SAPP on June 22, 2008 at 11:39 pm

harakahdaily – […] Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, sebarang usul perlu melalui Peraturan Mesyuarat yang dibenarkan oleh Speaker.

Rabu lalu, Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadapnya.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun. Mereka mengesahkan akan bertindak mengikut arahan parti.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Dr Abdul Aziz berkata, tidak timbul notis 14 hari dikemukakan sebelum sesuatu usul dibentang pada persidangan parlimen sebagaimana difahami banyak pihak sebelum ini.

Menurutnya ada jalan pintas yang boleh dibuat tanpa melalui notis usul sekiranya ada kekuatan untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.

Lagi pun katanya, dalam banyak keadaan kerajaan jarang mengikut sepenuhnya undang-undang biar pun secara jelas termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau juga berkata, keberkesanan segala janji-janji Pakatan Rakyat hanya dapat ditunaikan sepenuhnya apabila dapat menguasai kerajaan persekutuan.

Oleh itu peluang yang ada hanya datang sekali. Ahli-ahli politik perlu berani mengambil risiko sekiranya mahu kepemimpinan negara bertukar dalam tempoh yang lebih singkat tanpa perlu menunggu 16 September depan, ujarnya. … selanjutnya.

Kes Presiden SAPP buktikan ‘siasatan terpilih’ BPR

In Lompat parti, SAPP on June 22, 2008 at 11:37 pm

harakahdaily – […] Menurut Ahmad, apa yang berlaku hanya ‘satu kebetulan’ dan tindakan badan itu untuk menyiasat kes tersebut tidak ada kena-mengena dengan situasi politik tanah air masa sekarang.

“Kebetulan pada dua hari lalu, saksi utama kes Tan Sri Kasitah Gadam iaitu Datuk Wasli Mohd Said menimbulkan keterangan baru yang beliau (Wasli) pernah beberapa kali diarah membayar wang yang keseluruhannya berjumlah RM5 juta kepada ejen-ejen Yong.

“Justeru, BPR sebagai badan penguat kuasa undang-undang berhubung pencegahan rasuah mesti mengambil tindakan dan kita telah pun memulakan siasatan.

“Bagaimanapun, kita akan mengkaji nota keterangan mahkamah itu dahulu… apakah butir-butir yang ditimbulkan,” kata beliau ketika ditemui pemberita sebelum menghadiri majlis makan malam sempena sukan tahunan BPR dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura di Putrajaya pada 22 Jun.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Yong mengarahkan pembayaran wang lebih RM5 juta, iaitu hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen-ejen pilihannya pada 1996…. selanjutnya.

Pegawai MB S’gor digantung tugas?

In Kerajaan Selangor on June 22, 2008 at 11:36 pm

malaysiakini – […] Seorang pegawai kanan menteri besar Selangor, yang sedang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, akan digantung tugasnya esok.

“Ya, kemungkinan besar esok beliau akan dikenakan tindakan penggantungan,” kata satu sumber dekat dengan pentadbiran kerajaan negeri kepada Malaysiakini awal malam ini.

Sumber-sumber lain pula berkata, tindakan itu telah diketahui oleh pegawai terbabit dan beliau mula memanggil mesyuarat dengan beberapa lagi rakannya dalam PKR.

Satu pertemuan dengan pengikutnya telah diadakan hari ini di pejabat pegawai terbabit di Gombak, kata sumber-sumber itu lagi, dan kemungkinan satu perhimpunan bantahan diadakan jika penggantungan tugas diteruskan.

Difahamkan, kira-kira 100 pengikut pegawai terbabit berkumpul di luar pejabatnya di Gombak lewat petang tadi.

Satu sumber lain memberitahu Malaysiakini, beliau tidak pasti sama ada pegawai kanan itu akan digantung atau dipecat daripada pejabat menteri besar…. selanjutnya.

Blog Chedet di gantung

In chedet, Mahathir on June 22, 2008 at 11:34 pm

malaysiakini – Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com.

Dalam notis kepada pengunjung yang dimuatkan di Chedet.com jam 11:09 malam ini, walaupun sudah beberapa kali usaha menghubungi Blogger.com dibuat, syarikat penyedia khidmat tersebut masih lagi “mengunci” Chedet.com.

dr mahathir blog chedet dot com website 010508Penyedia khidmat itu akan mengunci sesebuah blog yang dibantah oleh pengunjungnya sehingga “bahan-bahan yang dipertikaikan” itu dibuang atau setelah disiasat sendiri olehnya tidak seperti bantahan.

Blogger.com menyediakan khidmat tersebut di butang sebelah penjuru kiri atas, atau dikenali “butang bendera”, bagi bahan-bahan yang dianggap “berpotensi dipertikaikan” kerana dianggap “melanggar undang-undang atau ofensif” kepada pembaca lain.

Blog “spam” dianggap kegiatan yang tidak mengikut undang-undang.

Tidak jelas kenapa blog tersebut mengalami masalah ini, tetapi artikelnya berhubung isu perkauman dipercayai mendorong pengunjung menekan butang bendera itu berulang kali – sehingga dianggap Blogger.com sebagai blog yang “tidak disenaraikan” dalam perkhidmatannya dan oleh itu tidak dibenarkan dikemaskini.... selanjutnya.

Raja Petra dipanggil polis

In Altantuya, Raja Petra, Rosmah Najib on June 22, 2008 at 11:32 pm

malaysiakini – […] Pengendali blog Malaysia Today, yang mengulangi tuduhannya itu dalam akuan bersumpah 18 Jun, akan disiasat bersama Rosmah Mansor dan dua lagi nama yang turut dikaitkan, seorang pengawal peribadinya dan suami wanita terbabit yang didakwa “pakar bahan letupan C4”.

raja petra in jail prisonRaja Petra, yang diseret ke mahkamah awal bulan lalu atas dakwaan serupa, mendakwa ketiga-tiga berada di lokasi jenayah sebelum wanita warga Mongolia diletupkan.

Dihubungi Malaysiakini Jumaat lalu, seorang pembantu Datuk Seri Najib Razak menyifatkan akuan bersumpah ini “memang membingungkan dan mengelirukan.”

Pembantu itu mengakui pihaknya sedar kewujudan akuan bersumpah itu yang pertama kali muncul di internet.

Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata ketiga-tiga individu yang disebut dalam akuan bersumpah itu akan dipanggil polis, lapor laman web The Star hari ini.… selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [22 – June-2008/Ahad]

In Berita Semasa on June 22, 2008 at 11:19 pm

Samak sedia letak jawatan jika tewas usul undi tak percaya [utusmeloya]
Kerajaan tidak pernah pinggirkan pembangkang [bhairan]
ADUN Bentayan ambil sikap diam diri berhubung kemurkaan Sultan Johor [bhairan]
Anwar langgar semangat demokrasi berparlimen [utusmeloya]
Rebat tunai diperluas kepada pemilik kenderaan 3,000cc di Sabah dan Sarawak [utusmeloya]
Cadangan kenaikan gaji pegawai tinggi GLC ditolak [utusmeloya]
Parliament showdown eagerly awaited [nst]
Lam Thye tidak sambung jawatan pengerusi MLKN [bhairan]
PKR ingatkan wakil rakyat patuhi etika [bhairan]
Adun DAP dititah menghadap [bhairan]
Saya tidak ingin sertai PKR – Mufti Perlis [utusmeloya]
Dipukul penyeludup [kosmo]
Sebahagian mikrocip curi telah dieksport [kosmo]
Notis usul tak percaya belum diterima [bhairan]
Kerajaan sedia guna tenaga nuklear [utusmeloya]
‘Kes Yong berdasar keterangan mahkamah’ [bhairan]
Dr. Mahathir sedih dikecam Azmi Kamaruddin [utusmeloya]
Tutup stesen minyak bukan penyelesaian – Shahrir[utusmeloya]
Harga kertas naik 50 peratus [utusmeloya]
Jawatan Pengerusi MLKN Lee Lam Thye berakhir hari ini[utusmeloya]
137 Ahli Parlimen BN ikrar tolak usul[utusmeloya]
SAPP bidas dakwaan Anwar[utusmeloya]
Tawaran tak masuk akal – Teck Lee[utusmeloya]
Tindakan BPR satu bentuk tekanan [utusmeloya]
Hanya sandiwara politik koboi[utusmeloya]

Lt. Kol Aziz Buyong, Kor Jurutera, Kementerian Pertahanan Malaysia

In Altantuya, Rosmah Najib on June 22, 2008 at 10:39 am

https://i0.wp.com/web7.bernama.com/bernama/newspic/ge/ASEAN93_111205_NAJIB_rosmah.jpgrights2write – […] While it is not fair to accuse couple without any solid evidence but the fact that the Norhayati works with the Defence Minister Office and is reportedly, known to Rosmah makes people wonder whether there is any truth in it. The fact that Aziz Buyong name was mention by RPK further raised suspicion. While RPK can sometimes be a good story teller but by making a court declaration means that he stands by what he says.

According to my friend who is working with the Engineering Corp in Mindef, the Engineering Corp has access to Plastic Explosives like C4. It is a controlled item. This creates some shivers in my spine. Could it be that an Engineering Officer use his own unit C4? According to my friend, Lt Kol Aziz Buyong was last seen in Sabah on assignment last Wednesday (18/6/0 8) and was suppose to be in the office on thursday but has not return to office since then.

This latest revelation, I believe is more damming to PM Abdullah Badawi and UMNO. I believe RPK revelation is done with certain coordination. Somehow, my gut feeling tells me that it has something to do with the proposed no confidence motion on the PM on Monday 23/6/08 by SAPP. Since it is still not certain whether the speaker will allow the motion but assuming it does take place tomorrow or in 2 weeks time the DYMM Agong has no choice but to pick the most suitable person and in his opinion command the respect of majority of the parliamentarians. At the moment Najib appears to be leading the list.

With RPK revelation, I believe Najib is carrying a big baggage and may not be acceptable to the DYMM Agong to lead the country. I doubt DYMM wants to taint the country image by appointing someone with excess baggage. This will spark another round of Royal Vs UMNO crisis. RPK mentions that another Ruler is aware of the involvement of Rosmah in the murder will make things more difficult for the DYMM Agong. If there is an UMNO- Palace crisis, I bet it would bad for the country. RPK revelation about the Royalty is equally intriguing. Why did he do that? What was RPK trying to achieve? I would like to quote what another blogger, Arshad Raji (http://www.mindnoevil.blogspot.com) wrote… selanjutnya.

Mufti Perlis: Saya bukan ulama ‘Kakak Tua’!

In Mufti Asri on June 22, 2008 at 10:27 am

mstar – […] Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.

“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.

Menurut Dr Asri, kehadiran beliau dalam forum majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mendapat sambutan hangat semalam, tidak ada kena mengena dengan fahaman politik ataupun penyertaan beliau dalam PKR.

“Itu tanggungjawab saya. Kalau orang Umno panggilpun saya pergi. Sebagai Mufti saya tidak boleh berpolitik dan berpihak pada mana-mana parti politik. A Mufti should be non-partisan. Saya perlu bebas menyatakan kebenaran dan fakta tentang Islam tanpa mengira fahaman politik atau di mana majlispun saya berada,” katanya.

Dr Asri juga menyangkal dakwaan yang beliau menentang kerajaan pusat.

“Apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti…. selanjutnya.