no2umno

Archive for June 27th, 2008|Daily archive page

Himpunan Berita hari ini [27-June-2008/Jumaat]

In Berita Semasa on June 27, 2008 at 11:47 pm

Tindakan mungkin diambil terhadap Raja Petra [BH]
‘Peace Walk’ menuju Sogo anjuran Geramm, esok jam 3.00 petang [harakah]
‘Himpunan Rakyat Anti ISA’ malam esok, sila hadir beramai-ramai [harakah]
Peningkatan insentif 600% kepada atlet tidak masuk akal, kata Gerak [harakah]
Pas buat laporan BPR, Baiduri disalahguna [BH]
Gerakan strongly opposes Kedah’s logging plan [nst]
Thai PM survives no-confidence vote [nst]
Zeti not quitting Bank Negara [nst]
Orang MB lawan Shahidan di Arau? [mkini]
Pemuda: Tiada saingan proksi di Arau [mkini]
Ketua Pemuda MIC Kedah letak jawatan [mkini]
Demonstrasi bantah harga minyak di masjid sekitar Selangor hari ini [harakah]
Peningkatan insentif 600% kepada etlet tidak masuk akal, kata Gerak [harakah]
Israel behind PDRM’s information management and security system [mtoday]
Dr Hassan tidak tahu ‘tabung politik’ [mkini]
Indonesia digesa bantah usir PATI [mkini]
Wakil PAS juga pertikai pelan KL [mkini]
Dr M wants Government to probe Justice Chin for alleged misconduct [star]
Opposition not impressed [star]
Tindakan bermusuh dengan media merugikan: Mustafa [mstar]
GMI tuntut dakwaan tahanan ISA diseksa segera disiasat [harakah]
Tindakan Adun pembangkang keluar Dewan tidak profesional [harakah]
Malaysia sukar kekal defisit fiskal 3.2 peratus KDNK [um]
RMK-9 tiada yang baru – Pembangkang [um]
Murah dan berbahaya – Tahap radiasi telefon bimbit palsu boleh menyebabkan pekak [kosmo]
Harga beras ST15 masih kekal RM1.80 [kosmo]
Pahang kurang beras ST15 – Pekan dan Temerloh terputus bekalan sejak semalam [kosmo]
SAPP dapat surat tunjuk sebab [kosmo]
Thaksin nafi terlibat dengan perbuatan peguam belanya [kosmo]
Backbenchers upset with Nazri for branding them as ‘childish’, ‘gangster-like’ [nst]
SAPP given 30 days (updated) [Star]
Pinjaman RM20,000 tanpa cagaran [um]
MT benar Isa Samad tanding jawatan [bh]
Tangguh projek bukan hukum rakyat [bh]
Undang-undang penunggang berserban ditangguh [um]
Isteri KPN tegur tandas balai polis kotor [um]
Mayat Eric Chia selamat disemadi [um]
MT UMNO tidak benarkan Ezam tanding [um]
SAPP mahu Anifah ketuai perubahan [um]
Pas Selangor tidak mustahil keluar pakatan [um]
BNBCC bidas Nazri [um]

Malam Anti ISA

In Abolish ISA on June 27, 2008 at 1:05 pm


… selanjutnya.

Mangsa ISA dihalang masuk lobi Parlimen

In Belit BN, Sidang Parlimen on June 27, 2008 at 12:59 pm

Imagedetikdaily – ” Ya, Laila, kejap lagi saya turun bawah …,” jawab Dr Lo’ Lo’ dalam suara yang tenang.

Sementara menunggu Dr Lo’Lo’ tiba, saya perhatikan ramai ahli Parlimen yang berjawatan menteri turun ke bawah dan berjalan di hadapan tempat kami berdiri.

Pertama kali ternampak muka Dato’ Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri. Berdegup kencang jantung dan pipi terasa panas, menahan marah kerana beliau baru sahaja melanjutkan penahanan suami saya di bawah ISA selama 2 tahun lagi, memasuki tahun ketujuh.

Pertama kali juga, saya lihat begitu ramai menteri hadir di Parlimen.Yang tidak kelihatan kelibatnya hanyalah Perdana Menteri dan timbalannya.

Suasana ini berbeza sangat jika dibandingkan dengan suasana pada tahun 2005 dan 2006 dahulu. Pada masa itu, hanya ada beberapa menteri memenuhkan kerusi di ruang rehat yang terletak di sebelah lobi….selanjutnya.

Air pulak naik?

In BN Barang naik, Minyak naik on June 27, 2008 at 11:57 am

Ucapan awal – CELAKA KAU BN !!!

Baru sebulan Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma sebanyak 20 liter kepada rakyatnya, kini sudah ada usaha Syabas untuk menaikkan caj air sehingga 40%.

Syabas to seek 40% increase in water tariffs next year
Star – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) will be forced to seek a 30 to 40% increase in water tariffs for next year because the state’s water producers are feeling the pinch due to rising costs.

Puncak Niaga Sdn Bhd (which partly owns Syabas) executive chairman Tan Sri Rozali Ismail said the price hike of chemicals and other materials, and the potential rise in electricity tariffs weren’t helping much.

He said the recent increase in prices of household goods also meant that the companies involved would have to raise salaries, which would add to the rising costs.

“The increase is too high for the water producers or Puncak Niaga to absorb,” said Rozali. “And, we will have to pass back some of it to the consumers,” he told reporters after the Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya Water Association’s annual general meeting…. selanjutnya.

Syabas tidak merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan harga caj air, tetapi merujuk kepada kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Air dan komunikasi untuk bertindak. Kenapa rakyat lagi yang masih menjadi mangsa?

Semuanya salah Kerajaan Pusat …. kerana

  1. Menaikkan harga bahan api secara tergesa gesa dengan peningkatan yang tidak munasabah.
  2. Gagal menangani masalah kenaikan harga barangan dan banyak kenaikan di benarkan oleh kerajaan.
  3. Gagal menaik tarafakan kehidupan rakyat setara dengan kos kehidupan sekarang.
  4. Pembaziran beratus billion ringgit sejak memerintah dan gagal memanafaatkan bajet sebegitu besar.
  5. Gagal menangani masalah rasuah, menjadi penyebab kepada pembaziran sebanyak itu.

Dan apa sahaja yang berlaku sekarang …. tudingkan jari aku kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana sejak dulu, kini dan selamanya menyusahkan rakyat. SYABAS pula adalah penyumbang besar kepada masalah kesusahan rakyat Selangor. Maka … apa yang aku nak buat ? – ‘Peace Walk’ menuju Sogo anjuran Geramm, esok jam 3.00 petang

Semuanya tidak benar – Yahya Shaari

In Yahaya Shaari on June 27, 2008 at 11:47 am

malaysiakini – […] “Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang,” katanya, yang meletakkan jawatan tersebut dan setiausaha perhubungan PKR negeri, Isnin lalu.

“Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Datuk Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan PKR) Ezam (Mohd Nor) tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Kelmarin, Ezam mendakwa pejabat menteri besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

“Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu,” katanya ketika berceramah di Sungai Besi di ibu negara, Rabu lalu.

Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

“Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.… selanjutnya.

berita terdahulu – Dr Hassan tidak tahu ‘tabung politik’

Why give your own score to yourself?

In Belit Dollah on June 27, 2008 at 9:31 am

malaysiansentinel – […] Reading through the points highlighted in the Malaysiakini report, I cannot stop myself from chuckling at some of the most vague statements ever.

Malaysiakini reported his words:

“Jelaslah bahawa pencapaian dalam tempoh masa pelaksanaan RMK9 setakat ini bukan hanya terbatas kepada perancangan mahupun retorik semata-mata, tetapi terjelma dalam pencapaian yang hakiki,” katanya.

Source: Malaysiakini

Menaikkan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan pendapatan per kapita daripada RM18,840 pada tahun 2005 kepada RM23,066 pada 2007.

Yup, government servants had a pay rise, 10% of their basic salary in 2007 hence no year-end bonus for that year. Increase earnings per capita should mean that the average salary earner has more buying power. Buying power means that the money would be pump back into the countries economy thus making us wealthier. We saw this in 1997, when Tun Mahathir initiated mega-projects in order to push the economy along. Get the contractors to buy, get the workers to work and money starts flowing within the system. But with the recent fuel price hike (which the BN MPs endorsed) our buying power has drop to zilch. Would I now spend money when the cost of products is high? Would I eat out? Would I (dare) go on vacation ala Cuti-cuti Malaysia? The banks should be reeling in pain because people are keeping their money in their accounts and making money from interest…. selanjutnya.

Turun ke AMCORP MALL

In Minyak naik on June 27, 2008 at 9:08 am

Rakyat menjerit, tapi MP pilihan rakyat memihak dan bersetuju dengan kenaikan harga minyak. 5.7.2008 kita turun beramai ramai ke Amcorp Mall !!!

Ni video kemarahan rakyat

Kesimpulannya…. MP di parlimen, wakil siapa? Wakil hantu?

NC Unisel Dipecat

In Kerajaan Selangor on June 27, 2008 at 9:03 am

marhaen – Setelah menamatkan khidmat Pengarah Muzeum Selangor, kini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghunus pedang pemutus sekali lagi.

Kali ini pancungannya keras dan tuntas sekali.

Dalam mesyuarat Lembaga Universiti yang diadakan lewat petang Khamis Naib Canselor Unisel, Prof. Dato, Dr. Razali Agus diberitakan diberikan notis berhenti 24 jam!.

Serentak itu, Timbalan Naib Canselor, Pro. Dr. Rustam Abbas juga ditamatkan tempoh pinjaman dan dikembalikan semula ke UiTM.

Prof Razali Agus mula berkhidmat dengan Unisel sejak Bulan Ogos 2007. Tokoh ini terkenal dengan penglibatannya dengan UMNO dan merupakan sangat kontroversi ketika menjadi TNC Universiti Malaya.

Mengikut satu sumber Unisel, Razali sebenarnya tidak diserapkan ke jawatan hakiki dan dalam tempoh kedua percubaan. Bagaimanapun sumber lain mengatakan bahawa Razali telah didapati menulis sepucuk surat kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Khaled Nordin mengatakan bahawa dia tidak selesa dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau adalah pengerusi PEMANTAU yang berperanan besar menjatuhkan Khalid semasa Pilihanraya Kecil Ijuk 2007. Khalid menebus kekalahan pada PRU 12 yang lalu, sekali gus dilantik menjadi Menteri Besar Kerajaan Campuran Pakatan Rakyat Selangor…. selanjutnya.

Bangga jadi rakyat Malaysia

In Minyak naik, Video on June 27, 2008 at 8:53 am

Syabas nak naikkan tarif air

In Belit Syabas on June 27, 2008 at 8:42 am

mstar – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang berbincang untuk mengemukakan cadangan kenaikan tarif air di Lembah Klang berikutan peningkatan kos yang dihadapi oleh syarikat pembekal air itu.

Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata syarikat itu perlu meneliti aspek seperti kenaikan kos barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga petrol dan diesel barubaru ini dan impaknya terhadap harga air, sebelum menghantar cadangan itu kepada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi.

“Kita sedang berbincang dengan semua pihak berkaitan mengenai impak semua kenaikan kos berkaitan seperti bekalan elektrik, kimia dan peralatan, dan sekarang kita juga sedang melihat kepada gaji (kakitangan) dan sebagainya.

“Sekarang ini adalah satu tempoh yang sukar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung kali kedua Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN) oleh Timbalan Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum di sini hari ini.

Ditanya mengenai kadar kenaikan yang dicadangkan itu, Rozali berkata :”Ini saya tak dapat sahkan kerana kami masih berbincang. Belum tahu lagi.”

Sebelum ini, akhbar melaporkan pengguna air di Lembah Klang dijangka berhadapan dengan kenaikan sebanyak 37 peratus iaitu RM1.90 bagi setiap meter padu mulai tahun depan.… selanjutnya.