no2umno

Archive for June 24th, 2008|Daily archive page

Dua jam pertemuan Anwar-Yahya

In PKR, Yahaya Shaari on June 24, 2008 at 11:55 pm

malaysiakini – […] Dalam pertemuan itu, katanya dalam sidang media selepas itu, beliau turut mengemukakan beberapa tuntutan bahagian PKR hasil satu mesyuarat beberapa hari lalu.

Beliau juga mengemukakan cadangan untuk menambahbaikkan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Yahya menjelaskan tiada keputusan dicapai dalam pertemuan empat mata dengan Anwar.

Keputusan berhubung tuntutan-tuntutan itu akan dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri, yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid, dalam masa terdekat.

Yahya, yang telah meletakkan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan PKR negeri dan pegawai tugas-tugas khas menteri besar semalam, akan hadir bersama Anwar di mesyuarat tersebut.

Tarikhnya bagaimanapun tidak dimaklumkan.

Sebelum itu, kira-kira 3 petang, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Dr Badrul Amin Baharom mengumumkan kepada orang ramai termasuk wartawan bahawa pertemuan Anwar dengan Yahya tidak diadakan di pejabat itu.

Beliau, yang juga ketua bahagian Sabak Bernam, berkata Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid selepas berjumpa Yahya.… selanjutnya.

no2umno – Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. Jangan sangka orang berjanggut cukup dewasa. Don’t judge a book by it’s quality paper. Judge it by the salesgirl. Yang aku peliknya, boleh lak si Yahaya tutup mulut selepas jumpa Anwar. Kalau dia buat cam ni awal awal lagi, tak der la rosak nama PKR.

Bila surat letak jawatan dah bagi….sekarang satu jawatan kosong kat SUK. Aku tengah siapkan resume. Tok Khalid … ni wak nak interview. Kah kah kah ….. Yang !!! Tolong gosok baju abang !!!

Petra, Rosmah dan Yong Teck Lee

In Matsamankati on June 24, 2008 at 11:54 pm

matsamankati – […] Kemudian, siapa pula yang akan menjadi Timbalan PM? Sekiranya 30 MP BN ini menyertai PR, Pas akan menjadi minoriti didalam PR, tak kan nak bagi Pas jadi TPM? Keadaan ini menyebabkan Anwar tidak dapat melakukan proses cross over dalam masa terdekat. Tetapi untuk menunggu sehingga 16 September, terlalu lama. Dan didalam jangka masa ini, macam-macam boleh berlaku. Oleh itu, Anwar perlu memastikan Pak Lah kekal menjadi PM sehingga September 2008.

Najib pula kekurangan sokongan dikalangan MP BN untuk melakukan tindakan, lantas menghubungi Pas untuk meminta pertolongan. Tidak diketahui, apakah yang dijanjikan oleh Najib kepada Pas, tetapi ramai dikalangan pemimpin Pas tertarik dengan tawaran Najib. Sekitar tarikh yang sama dengan pengumuman Yong Teck Lee, sekumpulan pemimpin Pas pergi keLondon untuk melakukan persiapan terakhir dengan wakil Najib.

Pengumuman SAPP untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah hanyalah satu strategi untuk melihat kekuatan Najib. Orang-orang Najib dikatakan sudah bersedia untuk menyokong usul undi tidak percaya itu. Lantas, pada 20/6/08, SD Raja Petra ‘terbocor’. Ini untuk menghalang rancangan Najib untuk menjatuhkan Pak Lah.

“Kebocoran’ SD Raja Petra membuatkan sebahagian MP serba salah. Bagaimana Kalau Pak Lah gugur? Apakah tempat beliau wajar diberikan kepada seorang yang diragui kewibawaannya?

Pak Lah selamat buat seketika. Penyokong Najib sudah dikenalpasti dan kerjasama dengan Pas terhenti. Now, Najib is feeling the heat…. selanjutnya.

PAS kurang senang wang derma masuk tabung PKR

In 100 hari PR, PAS dan PKR on June 24, 2008 at 11:49 pm

klpos – […] Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.

“Saya fikir benda-benda macam ini berlaku disebabkan tidak ada satu pakatan atau jawatankuasa di peringkat parti, yang ada cuma perbincangan peringkat kerajaan negeri.

“Disebabkan itulah berlaku kebocoran seperti ini tanpa pengetahuan. Selagi tidak ada jawatankuasa peringkat parti, selagi itu tindakan yang membelakangkan semangat pakatan pembangkang akan berlaku, masing-masing ambil tindakan sendiri.

“Kebocoran ini bukan hanya akan menguntungkan pihak lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang akan mencari isu untuk didedahkan, tetapi bakal mengundang persoalan di kalangan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mengakui wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dimasukkan ke akaun PKR dan bukan kepada kerajaan negeri seperti sepatutnya.

Perbuatan itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor…. selanjutnya.

no2umno – aku mula berfikir, adakah ini punca Yahaya Shaari di gantung jawatannya? … Emhhhh… aku nak jumpa Nujum Pak Belalang, suruh tenung mangkuk ajaibnya …..

Berita geli geli hari ini [24-June-2008/Selasa]

In Berita Semasa on June 24, 2008 at 1:20 pm

Boleh hadiri kenduri asal jangan kempen: Muhyiddin [bhairan]
Shaariibuu mahu polis siasat dakwaan Raja Petra [bhairan]
Dua lagi permohonan difail semak hasil siasatan Suruhanjaya Diraja [bhairan]
PM nafi terima laporan perisikan tentera kes bunuh Altantuya [bhairan]
MPKB-BRI perjelas larangan pemakaian gincu, kasut tumit tinggi [bhairan]
Ahli Parlimen SAPP Tawau diberi memo bantahan UMNO [utusmeloya]
Pengguna Sabah serbu stesen minyak ekoran khabar angin mogok [utusmeloya]
‘Ulat’ ugut penumpang [hmetro]
PBT tunggu dan lihat [hmetro]
Jual aset ‘bersih’ wang haram [hmetro]
Dua negeri tak tolak Islam Hadhari [hmetro]
Dibelasah 20 samseng [hmetro]
Petrol stations decline credit cards [nst]
Held over rape in police station [nst]
Dr Shaariibuu has read RPK’s declaration [mstar]
Party distances itself from Raja Petra’s accusations [mstar]
Tiong: PKR lied about 10 MPs being sent to Beijing [mstar]
Usaha SAPP sukar berjaya [utusmeloya]
Sebuah PBT dikesan curi air [kosmo]
Usul kenaikan harga minyak terima undian 129-78 [kosmo]
Kami tak larang pakai gincu – MPKB [kosmo]
Batu Putih: Bukti perlu untuk semakan semula [utusmeloya]
Pencinta Alam Kedah tentang [utusmeloya]
Konstabel disyaki rogol remaja di balai polis ditahan [utusmeloya]
2 anggota SAPP tidak hadir cetus tanda tanya [utusmeloya]
SAPP dakwa terima SMS ancaman [utusmeloya]
ADUN Bentayan perlu mohon ampun daripada Sultan Johor [utusmeloya]
Penstrukturan subsidi minyak diperbaiki [bhairan]
Kerajaan kaji lantik GLC edar bekalan keperluan [bhairan]
Tempoh gantung Isa tamat [bhairan]
Harga beras dijangka turun Ogos [bhairan]
Berbasikal ke Parlimen gimik keanak-anakan [bhairan]
Kelompok barangan harga pengguna dikaji [bhairan]
Penganjur hiburan kena rujuk pejabat MB, mufti [bhairan]

Raja Petra: Kenyataan dari Dollah

In Belit Najib, Raja Petra, Rosmah Najib on June 24, 2008 at 1:15 pm

agendodaily – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman Malaysia Today ,Raja Petra dalam akuan bersumpahnya bahawa isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ada dilokasi pembunuhan Altantuya tidak betul.Menjawab soalan dalam sidang akhbar lepas satu mesyuarat di bangunan Parlimen petang Selasa Abdullah juga kata beliau tidak percaya Datuk Seri Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu.Perdana Menteri juga sahkan Peguam Negara sedang siasat surat akuan bersumpah Raja Petra itu yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu lalu.Perdana Menteri juga nafi beliau ada terima laporan risik pihak tentera yang dakwa ada bukti Rosmah ada di lokasi pembunuhan Altantuya seperti didakwa dalam akuan bersumpah Raja Petra itu.Surat akuan bersumpah berkenaan tersebar luas dalam internet.Ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang sendiri cuba kemukakan usul agar ia dibincang di sidang Dewan Rakyat tetapi ditolak.

Rujuk cerita awal – Rosmah at murder scene

S.I.S. stand for what?

In Belit media, PAS, SIS on June 24, 2008 at 12:56 pm

Sebelum aku membebel, Berikut adalah berita awal yang dikeluarkan oleh Utusanmeloya ….

Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

“Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,’’ katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.
– 23/6/2008

Dek kerana tipu muslihat, belit haprak media perdana…SIS pun tertipu dan meloncat.

“MPKB mengeluarkan dasar atau undang-undang kena ada fakta,” kata penyelaras program SIS, Norhayati Kaprawi kepada Malaysiakini, mengulas laporan wujud larangan terbaru Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

malay muslim girl students tudungBagaimanapun majlis itu hari ini menafikan mengeluarkan arahan larangan sedemikian seperti laporan media.

Etika berpakaian itu – termasuk bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi – hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.

Norhayati juga berkata, tanggapan umum mengaitkan jenayah ini dengan etika berpakaian adalah tidak benar.

“Orang yang memakai tudung pun kena rogol,” katanya.

“Budak bawah umur pun kena rogol, apa kena-mengena gincu dengan kasut tumit tinggi?” – malaysiakini

Pada awal berita Utusan aku baca, aku tak mudah melatah. kenal pasti kesilapan dimana dan mana punca berita di perolehi. Takkan lah Kerajaan Kelantan sebodoh Kerajaan Pusat…dan kemudian berita ini pun keluar awal pagi tadi.

Sebaliknya menurut Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Md. Daham, arahan yang dikeluarkan ialah larangan solekan yang jelas dilihat. Arahan tersebut membabitkan golongan Muslimah pemegang lesen dan yang bekerja dalam kawasan MPKB-BRI. “Walau pun mereka yang ingkar dengan arahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500, tetapi pendekatan dakwah MPKB-BRI lebih menjurus kepada mendidik dan bukan mencari kesalahan,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Bernama semalam yang menyatakan majlis tersebut melarang golongan tersebut memakai gincu. Jelasnya, arahan yang diedarkan tidak menyatakan pemakaian gincu dilarang. – kosmo

Aku bersorak gembira kerana sebodoh dan tidak berkelulusan nya aku, masih boleh lihat benar atau tidak. Tapi SIS yang didokong oleh peguam dan bijak pandai, rupanya bodoh tak semenggah. So…SIS stand for what? Jawapannya … SIS stand for “SISTER is STUPID” for being fool.

Berbaloi undi BN

In Beras, BN Barang naik on June 24, 2008 at 12:27 pm

Radenjowo
Hari ni aku sedikit waras. Tapi aku mulakan dengan mukaddimah … “CELAKA PUNYA BN !!!” …. Alhamdullillah, lega rasanya.

Itu dah kira waras kerana jika tidak, mungkin lebih teruk dari itu.

AKu nak cerita tentang kemungkinan beras ST15 naik harga. Korang pergi ke pasar atau kedai, korang takkan lihat beras ST15 dijual. Korang tau kenapa? Rujuk berita ini – Beras ST15 masih tiada di pasaran, 70% rakyat makin miskin

Beras ini adalah beras yang kualitinya rendah. 15% dari kandungannya di campur dengan beras hancur. Dikatakan semenjak beras naik harga, peratus permintaan telah melonjak kepada 50% sehingga 70%. Kalau dah tak der duit, beras ini menjadi pilihan. Option kepada jenis beras yang ada. Kalau sekampit 10kilo beras ST5 dijual setinggi RM32, mungkin beras ST15 ni dijual dengan harga jauh lebih rendah, sekitar RM20.00.

Maka petang ni ada pula berita yang lewat munculnya. Harga beras ST15 naik? – utusan Meloya.

Baca lapuran lanjut ….

Kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa membenarkan kenaikan harga beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) sebagaimana diminta pemborong dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia bertujuan mengatasi jurang harga beras tersebut dengan beras jenis Super Spesial Tempatan 10 peratus hancur (SST10) yang terlalu tinggi.

Beliau bagaimanapun menegaskan, perkara itu masih dalam rundingan dengan pihak pemborong beras.

“Ia antara cadangan yang dikemukakan pemborong dalam rundingan kedua-dua pihak sebelum ini kerana mereka kurang berminat menjual beras ST15,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Usahawan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Katanya, jurang harga yang terlalu tinggi menyebabkan bekalan beras ST15 mengalami kekurangan sehingga mencetuskan kerisauan rakyat.

“Terdapat pemborong merungut mereka jual beras 10 peratus hancur tidak untung dan sebab itu kita tengah berunding untuk melihat cara terbaik bagi mengatasi masalah itu,” katanya.

Harga semasa bagi sekilogram beras jenis ST15 yang merupakan barang kawalan ialah RM1.80 manakala beras 10 peratus hancur pula RM2.70 sekilogram.…selanjutnya

Korang baca alasan menaikkan harga tu….aku ulang sekali lagi…

“ia bertujuan mengatasi jurang harga beras tersebut dengan beras jenis Super Spesial Tempatan 10 peratus hancur (SST10) yang terlalu tinggi.”

Kalau dah Beras ST15 pun turut naik, maka tiadalah beras yang murah lagi akan dijual. Melainkan korang kutip padi, anginkan, di jemur, tumbuk dan di tampi untuk dapatkan beras. Tak payah pegi kilang untuk proses. Jika tidak, anda terpaksa mencari alternatif lain yang disaran oleh kerajaan. Samaada untuk memjadikan kentang dan keledek untuk jadi makan ruji anda yang baru. Merujuk kepada harga dan stok keledek dan ubi yang ada sekarang, aku rasa korang lebih baik makan pasir atau rumput di rebus dengan asam jawa. Kalau nak rasa lain sikit, korang campurkan dengan asam keping dan di toskan sebelum korang rebus.

Pada mereka yang gemar menyimpan barangan lama, elok lah korang ‘framekan’ beras untuk ditunjukkan kepada cucu cucu kalian 10 tahun akan datang. Beritahu pada mereka nanti, “ini lah beras yang kita pernah makan satu masa dulu”.

Aku cuba untuk sabarkan hati bila menerima berita kenaikan harga barangan. Tapi sememang nya aku tak mampu. Sejak dua menjak ni, hati semakin membara, maruah rasanya sudah hilang, kesabaran sudah terbang. Rasa nak mencarut sepanjang masa. Minta maaf kepada pembaca kerana bahasa kurang elok kerana akhir akhir ini kerana kesengsaraan merosakkan akal fikiran.

Tahniah lah kepada mereka yang mengundi Barisan Nasional kerana jasa anda sekelian membuatkan bukan aku sorang yang sengsara, malah ramai lagi. Semuga tuhan buka lah hati korang dan menilai bahawasanya Barisan Nasional adalah parti BArang Naik. Korang dah kena batang hidung, anak makan pasir, baru tahu kenapa kita harus tolak parti pemalas, lembab dan tidak kreatif menangani masalah rakyat seperti ini.

Who are the six ‘option holders’ of Petronas?

In Belit BN, belit petronas on June 24, 2008 at 11:56 am

malaysiakini – […] This is especially pertinent in the face of several revelations, such as the fact that the oil wells in Sabah will dry up six years from now. The issue has also been raised that Petronas ‘could go bust in 2018′ forcing us to ask: Where have all the huge amounts of Petronas money gone to?

Has Petronas been managed so badly that despite it being the nation’s biggest money-earner, it is now facing the possibility of going bust (bankrupt)? The first problem with Petronas is the fact that it was designed to be a secretive organisation.

The Petronas agreements have been classified secret. Why? What clauses are in the agreement that the people should know? This secrecy also include the secrecy of Petronas’ detailed annual report which is shielded from public scrutiny, making it an organisation without public accountability.

The other shocking revelation that had came to my knowledge is that 80% of the oil produced by Petronas is not sold directly to the world market but is channelled through six ‘option holders’ who obtain the supply from Petronas at below market prices.

These option holder agents are the ones reaping the benefits in the oil price hikes. Who are these people? Why are there in the first place? Why has such a system been created for Petronas? Are these people, in fact, representing certain private interests?

It is also understood that this supply through the option holders is sold by contracts with a binding agreement for 20 or 30 years, causing huge losses for Petronas when oil price increases, as Petronas would then have to continue selling at the old agreed price.… selanjutnya.

Aktiviti haram leluasa di S’gor

In Negeri Selangor on June 24, 2008 at 11:54 am

malaysiakini – […] Kalaulah Yang Berhomat kawasan tersebut dan ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) menyokong dan berkerjsama, masalah sosial ini masih boleh diselesaikan walaupun ia memerlukan inisiatif penduduk tempatan sendiri.

Tetapi sejak 8 Mac, keadaan sudah tidak sama lagi. Kegiatan- kegiatan haram ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ke mana harus kami mengadu? Sudah panjang leher kami menjenguk, ahli-ahli majlis entah ke mana, tidak nampak-nampak lagi. YB yang dipilih pula melihat tetapi tidak nampak masalah yang dihadapi oleh kami.

Puas kami menunggu, barulah dapat satu peluang untuk berjumpa dengan seorang wakil rakyat yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Tetapi sakit hati pula kami apabila diberitahu oleh YB berkenaan bahawa beliau tidak dapat berbuat apa-apa dalam masalah ini kerana kuasa menangkap mereka yang terlibat dan menutup premis-premis kegiatan haram ini bawah tanggungjawab polis dan pihak berkuasa tempatan.

Jadi, anggota exco negeri sendiri tidak berkuasa?

Jadi, siapa yang berkuasa? Puaslah saya merenung kembali jawapan YB tersebut dan tertanya-tanya di hati saya yang sakit ini: “YB tidak berkuasa atau tidak kuasa hendak bereskan aduan ini”?

Hancur harapan kami yang selama ini mengharapkan kerajaan baru ini akan lebih efektif. Rupa-rupanya tidak.

Dulu semasa pentadbiran BN, orang kata banyak perkara yang sepatutnya tidak boleh telah diboleh-bolehkan. … selanjutnya.

PKR buka pekung, siapa yang untung?

In PKR bergolak, Yahaya Shaari on June 24, 2008 at 10:19 am

Radenjowo
Sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional keseluruhannya. Sedang berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. PKR pula sedang usaha untuk menjatuhkan parti nya sendiri. Baru berusaha untuk merubah pemerintahan kepada yang lebih telus, ada pihak yang mahu mengembalikan bentuk pemerintahan UMNO di Selangor. Sila rujuk pendedahan berikut dari orang yang mungkin terlalu bijak berpolitik.

 KONSPIRASI JATUHKAN YAHYA: KHALID TIADA WIBAWA [ibnukhuzaimah]
tranungkite – […] Beberapa persoalan perlu dijawab oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengapa dia sendiri tergopoh gapah mengambil tindakan kepada Yahya Sahri?

Ini bermakna tidak ujud langsung collective concencus dalam membuat keputusan. Khalid sendiri sering berkata, dia membuat keputusan. Biasanya keputusan Khalid tidak boleh diubah. Dari dulu hingga sekarang.

Jelas, dan nyata, cara pengurusan CEO Negeri Selangor ini adalah “Self Centered”, autokratik dan memaksa. Dalam jangkamasa yang panjang, kaedah pengurusan Khalid dalam menguruskan negeri ini akan makan dirinya sendiri. Ini sudah terbukti dalam beberapa keputusan yang dibuatnya sebelum ini.

Mengapakah tidak didedahkan siapa sebenarnya disebalik laporan yang berjaya memangsakan Yahya Sahri?

Pelapor Utama : Remy Iskandar – Pekerjaan : Tarik kereta Rosak/kemalangan – Kadar literasi : Tidak tahu menulis dan membaca. Hubungan dengan TSKI : Anak saudara (mengikut pengakuan Remy Iskandar dan disahkan oleh Hajiman Ibrahim, adik Tan Sri Khalid.

Tok Dalang : Haji Hajiman Ibrahim – Pekerjaan : Akauntan. Ahli PAS yang kini melompat masuk PKR. Tersenarai sebagai calon Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan Ketua Kampong.

Hajiman telah memanggil Remy dan mengarahkannya membuat laporan BPR apabila mendapat salinan kepala surat dari pejabat Menteri Besar. Siapa yang berikan surat kepada Hajiman?

Sebelum peristiwa ini berlaku Remy beberapa kali memberitahu bahawa Hajiman ada dokumen termasuk dokumen penyelewengan kawasan pasir di Daerah Hulu Langat yang melibatkan seorang lagi Pegawai Khas MB, Haji Mustafa.

Baru-baru ini dilaporkan seorang lagi pegawai Menteri Besar di Ijok terlibat dengan pengeluaran pasir di kawasan Kuala Selangor.

Mengapa Hajiman tidak tampil kehadapan membuat laporan akan perkara ini.

Apakah pemberatan yang diambil oleh Khalid, berapa kali kah Biro Politik PKR bersidang untuk membuat keputusan menggantong Yahya dari tugas. Apakah keputusan ini keputusan perkhidmatan, keputusan politik, atau keputusan peribadi atau satu konspirasi?… selanjutnya.

Umno jatuh kerana UMNO. UMNO tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kejatuhannya. Tapi sekurang kurangnya UMNO berjaya memerintahan selama 51 tahun. Kerana itu aku memuji kerajaan PAS negeri Kelantan yang berjaya menghadapi semua masalah dengan tenang. Semuanya kerana niat. TEringat aku ketika pemergian Menteri Besar TG Nik Aziz ke UMRAH baru baru ini. Berdesas desus berita angin tentang pengganti dan kalau tidak ditangani dengan sempurna dari semua pihak, sudah pasti masalah lebih besar bakal berlaku. Kononya HUsam Musa marah. Itu cuma berita angin dan semuanya selesai dengan sempurna sehingga kepulangan TG Nik Aziz ke tanah air ….

Merujuk kepada artikel di atas, jelas menunjukkan penulis mempunyai tugasan yang cukup hebat untuk membongkar semua perkara. Tapi terlupa … siapa yang beruntung dari pendedahan ini? Adakah Khalid, ,Yahaya Shaari, rakyat Selangor ataupun UMNO? Korang pikirkan betapa ceteknya tindakan diorang bila berhadapan dengan masalah dalaman. Sedangkan semua perkara boleh ditangani dengan baik. Kenapa tidak bertemu dengan DS ANwar sebelum sebarang tindakan protes di buat? Sungguh kasihan. PAS berjuang selama lebih 50 tahun, PKR berjuang baru 10 tahun. Susah untuk berjaya, mudah untuk kecewa. So …. PKR korang ada otak, pakai. PKR tak jatuh kerana UMNO atau MIC. PKR akan jatuh kerana ahlinya sendiri. Jangan salahkan orang lain. Ubah sebelum parah.

Apa apa pun. pujian untuk PAS dan TG Nik Aziz ……. Takbir !!!