no2umno

Archive for June 17th, 2008|Daily archive page

Dajal di Sungai Galilee, Israel

In ISRAEL LAKNAT on June 17, 2008 at 11:39 pm

Isuhangat – […] Yg pasti ianya adalah tanda akhir zaman, memasuki era Dajal. Hadith Muslim(spt di bawah) ada mengatakan bahawa Dajjal akan muncul apabila Tasik Tabariyya kering. Tasik yg dimaksudkan adalah dikenali sebagai Sea of Galilee yg berada di Negara haram Israel.

Mungkin ada yg sudah mengetahui tentang krisis Lake of Tabariyya atau Sea of Galilee atau nama lainnya Lake Kinneret di Israel yang semakin mengering.


1. Sea of Galilee at lowest level in 5 years, (Dated January 02, 2008)
… selanjutnya.

All about ‘cleaning up the mess’

In 100 hari PR on June 17, 2008 at 11:29 pm
Free water… something M. Buguna at Taman Puchong Permai low-cost flats would appreciate. — pictures by Choo Choy May

malaysianinsider – This week, Selangor approaches 100 days of Pakatan Rakyat government since Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim was sworn in as menteri besar on March 13. In the Jules Verne novel, Phileas Fogg managed to go around the world in less than that, but taking over a state after 50 years of Barisan Nasional rule is far more challenging.

Like many Malaysians, most of us were surprised at the outcome of the election. Personally for me, it was about managing expectations, having seen how difficult it is to overcome the BN machinery in previous years in spite of the apparent desire for change among the people. I preferred not to set my expectations too high, only to be disappointed.

But change Selangor did. As the night of March 8 stretched into the next day and the EC still not wanting to verify the results, we feared the worst. I had to speak to our anxious supporters, telling them, “If we can wait for 50 years, we can wait for the next few hours.” Keadilan garnered 15 seats, DAP 13 and PAS 8. As a result, the Pakatan Rakyat government has a comfortable 16-seat majority over BN.

While on the day of March 9 itself, I immediately had obligations to fulfill – the funeral of a BN local leader as well as the wedding of a supporter – I was immediately asked by Tan Sri Khalid to help him in the preparation to take over the state government on March 10. It felt surreal. … selanjutnya.

Raden kata …. “Aci!!! Jangan buang air, nanti orang negeri lain jealous sama kita.”

Jaga anak anda

In Malaysiatoday on June 17, 2008 at 11:19 pm

Wak teliti artikel di dalam Malaysia today dan wak jumpa kartun ni …. Ishk Ishk ishk …. nakal betul budak ni.
Amaran – Jaga anak anak anda agar tidak kencing merata rata.

Mat Saman Kati tak beri bukti

In Matsamankati on June 17, 2008 at 11:02 pm

Berikut apa yang dikatakan dek matsamankati,

[…] Aku tak percaya apabila ada orang kata, usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat ini dilakukan oleh Ezam, sebab mereka tak ada bukti. Dan aku tak percaya, Salahudin Ayub dan Mahfuz adalah diantara mereka yang masih percaya kepada Ezam, juga kerana mereka tiada bukti. Walaupun satu persatu isu-isu dibawa oleh Pemuda Pas untuk mengeruhkan keadaan, manakala Ketuanya berdiam diri, aku tak percaya bahawa Salahudin yang merancangnya, kerana aku tak ada bukti.

Dan bila ada orang memberitahu, bahawa Salahuddin dan Mahfuz adalah diantara 9 MP PAS yang akan keluar menjadi ahli bebas sekiranya Anwar membawa 30 MP BN menyertai Pakatan Rakyat, aku juga tidak percaya. Malah menganggap ia hanyalah khabar-khabar angin…. selanjutnya.

Korang tahu kenapa Mat Saman Kati tak caya? Sebab tak diberikan bukti. Dan aku pun tak caya sebab Mat Saman Kati tak berikan bukti. Nasihat kepada pembaca semua, jangan percaya sebab tak der bukti.

Petronas sebenarnya …

In belit petronas on June 17, 2008 at 10:32 pm

Termasuk aku, mungkin ramai yang tidak tahu apa kah fungsi penubuhan Petronas. Nah korang baca ni dan pahamkan sebenar benarnya….

hids.arkib
Pada hari ini dalam tahun 1974. Petroleum Nasional atau PETRONAS telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat-syarikat 1965. Kemudian pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum telah diluluskan di Parlimen. Akta ini telah meletakkan hak Petronas kepada ke semua hakmilik dan kawalan ke atas sumber petroleum negara dan menjadikan Petronas bertanggungjawab untuk mengurus sumber ini demi kepentingan negara1. Di samping itu, Akta Kemajuan Petroleum ini juga telah membentuk Majlis Penasihat Petroleum Negara yang bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan petroleum dan petrokimia. Akta ini juga memberikan kuasa kepada Petronas memproses, menapis petroleum, menghasilkan petrokimia dan memasarkan hasil-hasil tersebut seiring dengan lain-lain syarikat minyak antarabangsa.

Petronas mula menjalankan operasinya di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato’Onn sebelum berpindah ke Ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YM Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah telah dilantik oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui perbadanan ini.

Matlamat utama penubuhan Petronas boleh digariskan seperti berikut:-

  1. Untuk melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petrolium.
  2. Untuk melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara.
  3. Untuk menyertai secara aktif dalam pengusaha hasilan petroleum dan memasar serta mengedarkan petroleum dan hasil petroleum.
  4. Untuk memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil petrokimia dengan harga yang berpatutan.
  5. Untuk menggalakkan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan membina loji dan alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan.
  6. Untuk menyumbang ke arah pembangunan sektor ekonomi yang berasaskan pertanian dengan menyediakan baja nitrgjen.
  7. Untuk memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.

Sehubungan dengan matlamat tersebut, Petronas telah menjalankan rundingan mengenai perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikatsyarikat minyak dan dengan itu telah menamatkan sistem konsesi minyak. Sehingga hari ini Petronas telah menandatangani tujuh perjanjian perkongsian pengeluaran, tiga dengan Syarikat Esso dan tiap-tiap satu dengan Sarawak Shell, Sabah Shell, Carigali BP dan Elf Aquitaine.

Dengan tertubuhnya Petronas, kerajaan akan dapat menentukan bahawa rakyat dan negara ini mendapat manfaat yang besar dari kekayaan hasil bumi negara.

Itu dulu …. mungkin sekarang berubah. Siapa tahu? Kerana petronas di letak di bawah bidang kuasa Perdana menteri … ini buktinya

PETRONAS yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (1974), sebagai perusahaan kepunyaan negeri (SOE) yang mempunyai hak eksklusif pemilikan, penerokaan dan pengeluaran yang terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan bertanggungjawab bagi perancangan, pelaburan dan kawal selia bagi semua aktiviti upstream. – ktak.gov

Kalau tiba tiba manusia berubah hati…macam macam boleh jadi. Dan bila ada ciri ciri pentingkan diri sendiri maka sehingga sekarang AKTA itu tidak diubah.

p/s malam tadi di adakan sessi soal jawab Tan Sri Hassan Merican [CEO Petronas] dengan wartawan di TV9 dan bila di tanya tentang ketelusan lapuran audit Petronas, beliau tergagap gagap apabila persoalan tentang lapuran yang masih tidak telus kerana setiap lapuran terpaksa di serahkan kepada PM…..namun isu ini di potong oleh Johan Jaafar, selaku pengerusi rancangan tersebut.

Roslan Aziz : Orang kata UMNO Itu Jahat

In Roslan pelik on June 17, 2008 at 9:52 pm

https://i0.wp.com/img136.imageshack.us/img136/5235/untitledwo6.pngedyesdotcom – […] Siapa tak kenal kontrovesi, pasti tidak kenal Roslan Aziz, iaitu mantan suami Shila Majid. Bukan mantan suami orang gaji Shila Majid ok.

Kenapa perlu menghina wahai Roslan? Mengatakan Pas menggunakan agama untuk tujuan politik adalah satu tuduhan yang berat. Adakah Roslan faham dengan agenda yang diperjuangkan oleh Pas?

Kita sebagai umat Islam harus menyokong sebarang bentuk usaha memartabatkan Islam. Jadi, adakah kerana Pas sering mengadakan aktiviti berbentuk islamiah maka Pas dituduh menggunakan Islam untuk tujuan politik?

Saya sentiasa membayangkan bahwa Pas itu adalah gerakkan Islam. Hidupnya parti Pas, maka hiduplah gerakkan Islam. Bukan bermakna Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Gerakan Islam juga harus melalui medan politik. Gerakan Islam pada kamus hidup saya adalah amat penting sekali demi masa depan anak-anak saya. … selanjutnya.

Kassim mandi air percuma

In Kassim Selamat on June 17, 2008 at 9:50 pm

kassim8888 – […] Petang ini aku bermandi-manda setelah sekian lama tak berpeluang berbuat begitu. Gembira sekali hatiku. Tambah pula bermandikan air ‘percuma’ . Air subsidi…hehehe

Sebelum mandi aku mendongak ke arah langit. Melihat keindahannya. Terang benderang wajah langit petang ini. Sudah dua minggu aku tidak berpeluang mendongak ke arahnya.

Alhamdullilah! Bekalan air telah kembali pulih seperti sediakala. Hampir sejam aku dimandikan. Aku memilih untuk dimandikan dengan air yang diangkut oleh isteriku semalam. Air yang telah semalaman disimpan di dalam bekas besar. Sejuk airnya sesejuk air di perigi.

“Nah! mandi air percuma ni,” kata isteriku sambil menyiramkan air keseluruh tubuhku.

Terasa sejuk dan segar sekali badanku.

Sambil tersenyum aku berkata, “Rasa macam mandi di Sunway Lagoon pula”

Terkenang aku saat manis di waktu sihat dahulu, bercanda dan bermain air dengan isteri dan anak² di pantai buatan di Sunway Lagoon. Sungguh manis saat itu! Jika boleh di ubah ‘jarum kehidupan’ ini, mahu saja aku pusingkannya supaya hidupku kembali seperti dahulu.

Setelah selesai aku dimandikan, kini giliran keretaku pula dimandikan. Aku melihat isteriku ‘menyampoo’ ke seluruh badan keretaku. Tugasku dahulu kini di ambil alih oleh isteriku. Terasa hati ingin membantu.

“Ain hulurkan hos air tu,” pintaku cuba menawarkan bantuan.

Aku cuba memegang hos air itu dan cuba menghalakan pancutannya ke arah badan kereta. Beberapa kali hos air terlepas dari gengamanku. Setelah beberapa kali di cuba, akhirnya mampu juga aku melakukannya walaupun hanya seketika…. selanjutnya.

DEFECTION! DEFECTION! FINALLY HERE IT COMES FROM SAPP

In Lompat parti on June 17, 2008 at 9:33 pm

kamal-talks – For months Malaysians have been hearing that BN elected representatives would DEFECT which will result in the Barisan Nasional (BN) would lose its controlling power in governing the country for the first time in Malaysian history. BN have been ruling since Independence.

Its widely reported that Sabah Progressive Party (SAPP) has called for a press conference tomorrow (Wednesday) at 2pm to inform that they will be leaving the BN since their demand for a Royal Commission of Inquiry on the illegal immigrant issue has fallen in deaf ears. Sabahans have viewed this matter as a serious matter but since this creation is by the UMNO BN people, every effort seem to indicate that the BN leadership is not interested in pursuing this matter with seriousness. UMNO Sabah was able to administer the country due to the assistance of these illegal immigrant voting for them. MyKad very easily given to these illegal immigrants for their undivided vote for the UMNO BN. … selanjutnya.

Wang royalti yang disekat dan tertunggak hendaklah dikembalikan – Tengku Seri Paduka Raja

In royalti minyak on June 17, 2008 at 9:24 pm

//buletinonline.net/images/berita6/kuduka1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline – Penasihat MAMPAT, Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah menuntut pihak yang menyekat royalti minyak kepada rakyat dan kerajaan

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Royalti yang dianjurkan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) disini, Sabtu lalu.

Terengganu, bukan sahaja mengembalikan royalti tersebut, bahkan memulangkan kembali wang royalti yang telah disekat dan tertunggak.

Beliau berkata negeri Terengganu layak menerima royalti berasaskan kepada perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dengan Petronas berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Beliau berkata perjanjian itu antara lain menyebut dengan jelas bayaran tunai sebanyak lima peratus perlu dijelaskan oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu dan bayaran pertama telah diterima oleh kerajaan Terengganu pada tahun 1988 sebanyak RM 40 juta.

Beliau berkata jumlah royalti tersebut terus meningkat dari setahun ke setahun sehingga Terengganu dikenali sebagai ‘Kuwait Malaysia’ pada sekitar tahun 1990-an kerana hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah kepada rakyat negeri Terengganu … selanjutnya.

Ulasan berita utama hari ini

In Pakatan Rakyat on June 17, 2008 at 2:58 pm

KEMASKINI – Pasang tali pinggang keledar anda. Kejutan akan berlaku di dalam minggu ini. Pergerakan halus berlaku sebelum upacara 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat yang akan di adakan pada 20hb Jun 2008, bersamaan dengan Hari Jumaat, bertempat di Stadium Shah Alam.

Walaupun tarikh perubahan kerajaan di jangkakan berlaku pada November 16, namun jentera sudah sudah mula di panas kan dan bersedia untuk ‘take off’.

Anda sudah baca berita ini, Former Gerakan and MCA strongman Lim Boo Chang joint PKR di awal pagi, kemudian beberapa berita yang terbaru menyusul lewat hari ini….

antaranya, SAPP BUAT KEJUTAN ESOK? dan kenyataan berita tersebut, maka berita ini pula menyusul … BN big guns head for Sabah.

Semua perubahan ini berlaku begitu ketara selepas Rombongan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat selesai membuat lawatan ke Dubai baru baru ini. Kepulangan itu juga turut membawa bersama berita gembira buat 5 negeri Pakatan Rakyat [ Dubai interest in five states ]

Adakah mereka membawa pulang projek, pelaburan atau mereka membawa bersama [$] untuk menjalankan urusan pembelian … [?]. Aku teka je ….

imej di atas di ambil dari artikel Anwar, Khalid, Husam Thrilled Dubai Crowd

Kerana itu aku begitu yakin tentang perubahan yang berlaku kepada personaliti TS Khalid Ibrahim ada kaitannya dengan perancangan perubahan kerajaan yang mungkin telah di bincangkan bersama anggota rombongan yang lain ketika di Dubai tempoh hari. Rujuk artikel ini [MB Selangor sudah bersemangat ].

Dan sekarang bagaimana pula dengan DS Anwar, dimana kah beliau akan bertanding? Adakah,
[Anwar bakal pilih Permatang Pauh?] atau, [Anwar buka langkah diKuala Kangsar] ?

Dalam pada itu, Pak Lah yang bergegas ke Sabah 3.15 petang tadi [klik] telah kembali ke Kuala Lumpur pada 11.15 malam ini. [klik]