no2umno

Archive for June 23rd, 2008|Daily archive page

Permit dah beri, rakyat tak mahu niaga?

In Belit BN, Belit BN Belit UMNO, Minyak naik on June 23, 2008 at 11:30 pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan, kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil kepada rakyat berpandapatan rendah yang ingin menambah pendapatan mereka.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban ekonomi rakyat berikutan kenaikan harga minyak, kata Perdana Menteri.

Perniagaan kecil itu merangkumi seperti penjaja pasar tani, pasar malam dan di kawasan perumahan – utusmeloya

Itu berita semalam. Macam biasa … Pujian CUEPACS kepada Kerajaan atas pemberian permit perniagaan khas untuk kakitangan kerajaan dan kerajaan yang rendah pendapatan dan yang mahu berniaga. Antara permit dan modal, mana satu yang anda mahu? Bila semua dah berniaga, jumlah pelanggan pula perlu dikongsi bersama. Kerana status pembeli bertukar kepada penjual, berapakah jumlah pembeli sebenar yang tinggal .

Dan akibat nilai wang RM yang sudah mengecil, berapa ramai kah yang masih ghairah untuk membeli? Kalau berniaga dengan modal yang sedikit, buka 2 hari dan selepas itu ditutup. Bila kerja terabai, modal habis, berniaga tak untung, rakyat lebih menderita. Tika tu. Kerajaan akan kata, permit dah bagi tapi rakyat yang tidak mahu berniaga. Tak pandai nak niaga tapi nak berniaga konon. Rujuk amaran ini …

‘Sekiranya langkah ini tidak menyebabkan mereka mengabai tugas dan tanggungjawab, mereka boleh (memohon) tetapi bergantung kepada permohonan dan pertimbangan ketua jabatan masing-masing,’’ jelasnya. – utusmeloya

Akhirnya …Yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Jangan terkejut ye …
Korang baca artikel menarik di bawah ….

Pastikan ada pembeli
[…] Modal yang terhad, peluang perniagaan yang terbatas, proses permohonan lesen perniagaan yang agak remeh dan masa yang tidak mengizinkan terutamanya di kalangan penjawat awam misalnya, adalah antara alasan biasa yang menghalang usaha memulakan perniagaan sendiri sekali pun secara kecil-kecilan.

Justeru, apabila kerajaan tampil dengan langkah yang mempermudahkan orang ramai untuk berniaga iaitu dengan menyediakan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah dan kakitangan awam, ia pastinya disambut dengan semangat yang tinggi di kalangan orang ramai yang selama ini menyimpan hasrat untuk berniaga.

Permit yang melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan yang bersesuaian itu juga dilihat sangat bertepatan dalam membantu rakyat kelas sederhana menambah pendapatan.

Selain tidak memerlukan modal yang tinggi, kadar keuntungannya juga sesuai dengan keperluan semasa golongan sederhana tersebut selain risiko perniagaan yang agak rendah. – …Selanjuntya

Korang bakal TERkena lagi ….. Wakakakaka

Yahya Saari "Calar" Imej PKR.

In MB Selangor, Yahaya Shaari on June 23, 2008 at 10:41 pm

atranungkite – […] Saya tidak mengatakan bahawa Yahya bersalah dalam hal ini.saya juga tidak mengatakan bahawa Yahya telah terlibat dengan rasuah bila saya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh MB Khalid.tetapi jika saya berada ditempat MB Khalid,saya juga akan mengambil tindakan yang serupa.mana-mana penjawat yang disiasat WAJIB digantung dahulu dari menjalankan tugasan.

Langkah ini bagi saya ialah semata-mata untuk memudahkan siasatan & mengelakkan dari “tertuduh” dituduh cuba menghilangkan dokumen atau mengubah dokumen semasa menjalankan tugasan.ini juga dapat mengelakkan dari “tertuduh” dituduh mengganggu tugasan penjawat awam.tinggalkan dahulu pejabat & kerja-kerja rasmi & biarkan BPR melakukan siasatan tanpa gangguan.berani kerana benar,takut kerana salah.

Saya percaya jika langkah ini tidak diambil,pembangkang Selangor akan menimbulkan berbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi suasana & nama baik kerajaan pimpinan PKR.musuh tidak pernah lupa pada kita & mereka sentiasa menunggu kita membuat kesilapan & kadang-kadang kita lupa musuh sentiasa memerhatikan kita & menunggu kita membuat kesilapan.

Pada Yahya & para penyokongnya,suka saya nasihatkan supaya bersabar & bersikap matang.tidak ada gunanya anda mengambil keputusan yang gopoh begini.ingat pada perjuangan anda.anda berjuang untuk rakyat,bukan untuk perut anda.apa ada pada kedudukan,jawatan & pangkat seandainya kepercayaan dari rakyat hilang?

Perbuatan yang tergopoh-gapah & tergesa-gesa begini tak lebih sebagai mencalar imej PKR.waktu berkempen pilihanraya kita bercakap soal “ketuanan rakyat” tetapi bila jadi begini anda lupa pada perjuangan “ketuanan rakyat” yang anda bawa.rakyat melihat keputusan yang anda ambil hari ini bukan kerana membela rakyat,tetapi kerana jawatan anda.

Kalau benar Yahya tak bersalah,terima sahaja penggantungan tersebut & biarkan BPR melakukan siasatan mereka supaya cepat selesai.lebih cepat penyiasatan selesai,lebih cepat nama anda dapat dibersihkan.ini bukan soal jawatan,kepentingan,jasa anda pada parti atau balasan terhadap jasa anda pada parti…ini soal intergriti,soal kepercayaan rakyat,soal tanggungjawab.perlu berfikir secara rasional bukan emosional…. selanjutnya.

no2umno – wa ingat Hassan Ali kena tarbiah diorang ni satu persatu. Biar senyap sikit, pikir guna otak, bukan guna parti.

Batu Puteh: Malaysia Gila Talak

In batu puteh on June 23, 2008 at 10:31 pm

Malaysia ni lambat pick-up. Sudah talak tiga, janda pakai yengki, spek mata hitam, baru lah duda mabok kepayang. Gila isim dan Gila Talak. Malas aku nak cerita, korang baca la sendiri ….

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, semakan semula itu selaras dengan peruntukan bawah ICJ sendiri yang membolehkan petisyen bagi mencabar keputusan itu dikemukakan jika mempunyai bukti baru yang kukuh.

”Kita perlu ada bukti tertentu yang sehingga kini tidak dapat ditemui, khususnya yang berkisar sekitar tahun 1844 iaitu tentang surat kebenaran untuk mendirikan rumah api,” katanya. – Utusmeloya

Dalam pada itu ada yang kata terdapatnya unsur unsur rasuah sehingga menyebabkan kita kalah pada Singapura … [klik]

Samseng Kampung Dusun si Gani 4tahil pun tak keluarkan barang sepatah alasan pun atas kekalahan. … atau dah bertabur telur di Batu Puteh?

Syed Hamid: Tahir no longer a threat

In Abolish ISA on June 23, 2008 at 10:20 pm

malaysianinsider – […] “For the time being he is here,” he told reporters.

Tahir, who is a Malaysian permanent resident, was released June 6. He was taken into custody in May 2004 under the Internal Security Act, which allows indefinite detention without trial.

Confirming the report, Syed Hamid said: “He is not a (security) threat. The recommendation is for him to be released but he is a subject for us to watch over.”

“I think we have investigated what we need to investigate,” he said, adding that foreign governments and security agencies also conducted their probes.

“All over the world people who have been involved in this (investigation) have taken necessary action at the local level, so there is no necessity to hold him,” he said without elaborating. He did not say if this meant that the investigations found Tahir innocent…. selanjutnya.

no2umno – And now let’s bring Tahir to court !!!

SAPP boss complains of threats

In malaysianinsider on June 23, 2008 at 10:13 pm

malaysianinsider – […] “Events in the last 24 hours have taken a disturbing turn,” Yong said, adding party leaders have been advised not to underestimate the risky consequences and likely threats to them. The former Sabah chief minister himself is under investigation by the Anti-Corruption Agency (ACA) a day after he announced the party’s lack of faith in Abdullah.

He outlined several threats against party leaders, among which were illegal banners instigating unspecified action against Tawau MP Datuk Dr Chua Soon Bui appearing overnight in Tawau, an Umno gathering on Sunday in Kota Kinabalu where racial incitement was used, a planned demonstration at the Tawau MP’s office tomorrow and several text messages and unidentified phone calls implying threats to the two MPs and their aides.

Chua and the other SAPP MP Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) did not turn up in Parliament today to move or support any anti-PM motion which Yong explained was a result of the disturbing turn of events.

“SAPP has taken extra caution for the safety of the MPs by calling them back to the party HQ in Kota Kinabalu for consultations on the next course of action, including the safety of their persons and families and the security of their offices,” he said.

He added the party, which also has four state assemblymen that forms part of the Sabah government, appreciates the support for its move against Abdullah. While SAPP is against the prime minister, it has not left the 14-member Barisan Nasional coalition.

“Media discussions, be it in favour or not of SAPP, have successfully brought the Sabah issues to the national focus. Never shall Sabah be looked down upon again,” Yong added…. selanjutnya.

no2umno – ada sesiapa nampak telur bertabur? Kalau nampak sila berikan kepada wak, untuk kembalikan kejantanan diorang. Mana nak ku letak wajah ku yang jantan tapi betina. Lain kali tak payah buat sidang akhbar. … terus masuk undi. PM bakal beri pujian kepada Musa Aman. Sikit isu perkauman, SAPP terus tutup mulut.

Undian 129 bukti rakyat masih bodoh

In Minyak naik, MP Bodoh on June 23, 2008 at 9:48 pm

Di dalam ucapan terdahulu sebelum usul penstrukturan semula subsidi bahan api dibuat, berikut adalah sedikit ucapan dari Shahrir Samad, yakni Menteri yang sinonim digelar menteri Tiong negara,

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, ketika membentangkan usul itu menghuraikan secara terperinci tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak, yang antara lain bertujuan meningkatkan keupayaan ekonomi negara sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat menjamin kesejahteraan rakyat miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global. “Ketika harga minyak di pasaran dunia meningkat, sistem subsidi minyak di pam sebelum ini kurang memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama, sebaliknya menguntungkan golongan berada yang mempunyai kenderaan mewah atau lebih daripada satu kenderaan.

“Subsidi yang tidak berkesan akan memberi kesan besar kepada daya saing dan daya maju sesebuah ekonomi dalam jangka panjang, terutama apabila ia membabitkan kegiatan penyeludupan.

“Oleh itu, penstrukturan semula minyak dan gas adalah pelopor ke arah sistem yang lebih berkeupayaan dan berkesan. Walaupun ia bukan langkah popular dan boleh diputarbelitkan, demi masa depan negara, kerajaan tiada pilihan lain selain menstruktur semula sistem subsidi minyak dan gas,” katanya.

Shahrir berkata, tanpa usaha penstrukturan semula bahan api itu, tahap defisit bajet kerajaan akan meningkat kepada lebih enam peratus tahun ini hanya untuk menanggung beban subsidi yang lebih besar, berbanding 3.1 peratus yang disasarkan untuk 2008.

“Tahap defisit yang tinggi boleh ditampung kerajaan dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun ia hanya perlu dilaksanakan apabila negara menghadapi kemelesetan ekonomi dan negara belum berhadapan dengan masalah itu.

“Oleh itu, kerajaan perlu mengekalkan tahap defisit yang rendah untuk memberikan fleksibiliti kepada kerajaan kerana risiko kemelesetan ekonomi kini tinggi,” katanya.

Beliau berkata, ekoran ramalan bahawa Amerika Syarikat bakal berhadapan krisis ekonomi yang mungkin merebak ke seluruh dunia, Malaysia perlu mengukuhkan kadar fiskal negara untuk menjamin ekonomi yang mampu menghadapi cabaran global.

“Kerajaan yang memandang serius fenomena global ini bagaimanapun tidak mempunyai sumber atau keupayaan untuk melindungi ekonomi negara.

“Sebagai contoh, subsidi petrol dan diesel di pam dijangka meningkat daripada RM8.8 bilion tahun lalu kepada RM27 bilion tahun ini,” katanya.

Shahrir mengajak rakyat, peniaga dan pengilang berganding bahu mengatasi kemelut itu dan sentiasa berjimat cermat untuk mengelak pembaziran. … Bharian

Lanjutan dari itu, undian belah bagi dibuat sehingga keputusan menunjukkan jumlah 129 undi memihak kepada Shahrir dan 78 menentang. Ketidakhadiran atau kehilangan MP pembangkang, telah mengalahkan undian parti menentang disebalik ketidak hadiran wakil SAPP yang dikatakan bakal memberikan usul tidak percaya.

Hakikatnya, ini lah yang selama ini punca menyebabkan UMNO/BN terus berjaya membuat perancangan yang salah dan gagal sehingga menyebabkan kerap kali usul yang tidak boleh di pakai di persetujui oleh MP MP pro kerajaan.

Bila rakyat berwakilkan MP yang tidak berilmu, bodoh dan pengecut maka ini lah jadinya.

Dan kalau persoalan, bilakah rakyat merasa adahak bersuara ke atas Parlimen? Jawapannya adalah … bila rakyat menjadi pandai dan bila rakyat mengundi menggunakan otak dan bukan kerana budaya. Oleh Kerana masih ada segelintir manusia yang bodoh mengundi dijadikan budaya, maka hasil begini yang diperolehi. Biar pun naik minyak 200% sekali pun, rakyat akan dibodohkan dengan perkara sebegini. Padanlah muka kalau ada yang miskin terus miskin, kerana bodohnya rakyat Malaysia merujuk kepada keputusan keputusan bodoh di Parlimen.

Kalau nak tahu apa kesimpulan kepada undian usul penstrukturan semula subsidi bahan api, maksudnya ‘RAKYAT SETUJU HARGA MINYAK NAIK’. Dah setuju maka jangan lah pening kepala kalau semua barang naik harga. Pasti … ramai antara rakyat yang tidak faham tentang semua ini. Dan tak mustahil ada yang masih tidak faham apa kah yang mereka debatkan di parlimen. Ramai yang tak ambil tahu, lepas tangan dan tak cuba nak tahu.

Yahya undur, ‘tidak yakin Khalid’

In PKR, Yahaya Shaari on June 23, 2008 at 9:20 pm

malaysiakini – […] Abdul Khalid pada sebelah pagi mengumumkan penggantungan jawatan Yahya – yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa dua minggu lepas – sebagai pegawai kanannya berkuatkuasa hari ini selama dua bulan.

Abdul Khalid semalam mengirim mesej SMS kepada Yahya memaklumkan tindakan yang bakal diambilnya hari ini bagi mengelakkan pegawainya itu “terperanjat.”

Dalam ucapannya di depan hampir 200 penyokong di kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam malam ini, Yahya juga mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai ketua perhubungan PKR Selangor.

Yahya mencadangkan jawatan itu diserahkan kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditemui Malaysiakini selepas ucapannya kira-kira jam 10 malam, Yahya berkata beliau telah bercakap dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berhubung tindakan penggantungan terhadapnya dan kedudukannya itu.

Menurutnya, ahli parlimen Permatang Pauh itu mencadangkan beliau bertemu sendiri dengan Anwar.

Beliau dijadual bertemu penasihat parti itu di pejabatnya jam 2 petang esok dan dipercayai akan membawa “beberapa tuntutan.”... selanjutnya.

no2umno – Jangan kecohkan keadaan. Baru penggantungan ….. kalau melonjak cam ni, UMNO ketawa puas hati. Masuk perangkap …….. korang baca lapuran terakhir dari MB selangor …

“Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Abdul Khalid menambah, siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi “tingkah laku yang tidak wajar”.

Sejibik cara halimey. Bila tempat Halimey di gantikan, kecoh satu malaya. Sekarang ni ada lagi. Takke haru tu. Semua orang pun tahu. Secalit najis kat muka dan lepas ni nak terus buat kerja. Aduuuhhh…. Kikiskan otak UMNO korang.

Where is all the tax money going?

In Malaysiakini, Surat on June 23, 2008 at 12:38 pm

malaysiatoday – […] I do not want to elaborate on sales tax though it is a substantial form of revenue but I would like to touch on stamp duty. I remember paying about RM20,000 in stamp duty when I bought my house recently.

And I am just one person. What about the thousands who transact property everyday? Thousands of sale and purchase agreements for properties are done daily.

Stamp duty alone is this formula:

i) for the 1st RM100,000.000 – 1% i.e. 1/100 x RM100,000.00 = RM1,000

ii) for the next RM400,000.00 or part thereof – 2% i.e. 2/100 x RM400,000.00=RM8,000

iii) above RM500,000.00 – 3% i.e. 3/100 x any sum above RM500,000

So,the government makes loads of money from just stamp duty on property alone. Maybe its high time to channel a substantial sum to building more universities and hospitals?

And don’t forget personal income tax which also brings in billions. The list goes on, house assessment rates, quit rent, road tax etc.

Malaysia is blessed with little calamities. Unlike other countries where there are earthquakes and tornados which cause billions in damage, we don’t have to fork out a lot of money to repair damaged infrastructure or in aid for victims of natural calamities.

Just where is all the government revenue going?

… selanjutnya.

Sapp leaders ‘threatened’, says party boss

In SAPP on June 23, 2008 at 12:34 pm

yong teck lee and sapp sabahctchoolaw – Not that it was unexpected. But to read in Malaysiakini (see http://www.malaysiakini.com/news/84913) that the 2 SAPP MPs have received threats just makes me angry, sad and frustrated…all at the same time.

This is the quality of Malaysian politics. This is the reason why many of our generation’s best and brightest stayed away from politics. This is also the reason why we stand in salute to the heroic deeds of Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Wee Choo Keong, Anwar Ibrahim…the list goes on. These are the true Malaysian heroes who have been arrested and detained without trial under the odious Internal Security Act. In the case of Guan Eng, he was unfairly charged, tried and convicted under the Sedition Act for defending a helpless 15-year old Malay girl that was allegedly raped by the then-serving Chief Minister of Malacca. So much sacrificed.
And, now, the gangster-style of Malaysian politics has resurfaced in Sabah against the hapless SAPP MPs. This is a low tactic. I dare say, having read The Prince, that Machiavelli would not have countenanced such a low tactic. Certainly, such a low tactic would be unbecoming of any Oxford graduate… or is it?… selanjutnya.

24% miskin jika PGK RM1,500

In Belit BN, BN Barang naik, Kemiskinan, Minyak naik on June 23, 2008 at 12:18 pm

https://i0.wp.com/i34.photobucket.com/albums/d104/inbounds_mist/20070402-1.jpgParas Garis Kemiskinan (PGK) negara sekarang akan dikemaskini dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz hari ini.

PGK yang diguna pakai kini belum mengambil kira kesan kenaikan harga minyak baru-baru ini, tambahnya.

“Kerajaan memang sedar kesan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh negara pada masa ini akan mempengaruhi perbelanjaan isi rumah.

“PGK ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa,” katanya, menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat. – Malaysiakini

Aku nak mencarut – Kerajaan cukup takut nak naikkan PGK kepada satu paras yang lebih tinggi. Alasannya kenaikan itu akan menaikkan jumlah makhluk miskin kat negara kepada 24.3%. Bila naik peratus kemiskinan, kerajaan Malaysia akan tergolong diantara kerajaan yang gagal dan bodoh. Yang si bahalol tu naikkan harga minyak dalam masa sehari tak per, nak naikkan paras garis kemiskinan dok berbalah balah …. apa ke binatang diorang ni?