no2umno

Archive for June 16th, 2008|Daily archive page

YB atau Ustazah …. mana satu?

In Belit Mashitah on June 16, 2008 at 11:45 pm

Firman Allah Swt:

“Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu.”
(Surah al-Ahzab ayat 33)

Rasulullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita Islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi.

Rasulullah saw juga bersabda:

“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita.
Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada
suaminya dan kuat bersolek.”

Dulu …. Ustazah Mashitah

Sekarang …. YB Mashitah

imej oleh isuhangat klik untuk imej lain

Raden kata … urat rambut, alis mata, kening berukir …. dah macam ratu dangdut.

Enam “teori” Politik Yang Menjadi Perhatian Umum

In Uncategorized on June 16, 2008 at 11:17 pm

msomelayu – KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.
Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.

Teori ini boloehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat. Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.
Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.
Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.

Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno. Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.… selanjutnya.

Raden kata – Kalau padi katakan padi, jangan aku tertampi tampi. Kalau jadi katakan jadi, aku tak gemor dah tengok muka dollah badawi. APa apa pun teori ni berjaya celarukan BN, aku curiga kau, kau curiga aku. jumpa kat Hongkong Bincang camane nak lompat parti. Aku tak kisah, tapi yang penting. dolah pergi, minyak tak naik lagi. Kalau naik jugak …. tak payah ada perdana Menteri.

Tony marah, keistimewaan di tarik

In Air Asia scandal, MAS on June 16, 2008 at 10:37 pm

Menarik berita tentang Tony Fernandez. Bukan ape, korang nak tau perangai orang orang kaya … berita ni paling bagus. Tau perangai diorang…mak ai, tak kedekut, tak kaya. semuanya nak benda free.

Bernama – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Datuk Tony Fernandes berkata rakan sejawatnya dalam Malaysia Airlines (MAS) bersikap “kebudak-budakan” kerana menarik balik diskaun lumayan yang dinikmatinya dalam penerbangan MAS.

Fernandes memberitahu Bernama Isnin malam, diskaun seperti itu sebenarnya “amalan standard” serupa dengan yang diberikan kepadanya oleh syarikat penerbangan seperti Cathay Pacific, Virgin, Qantas dan sebagainya.

“Ia adalah budi bahasa yang dihulurkan kepada CEO syarikat penerbangan. Sama seperti dalam muzik industri, saya memberikan CD percuma kepada Warner Music atau sebaliknya,” kata Fernandes, yang menceburi industri muzik sebelum beliau memulakan AirAsia enam tahun lepas yang kini berkembang menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia.

Pengarah Urusan dan CEO MAS Datuk Seri Idris Jala, dalam suratnya kepada Fernandes bertarikh 28 Mei, dan salinannya dihantar menerusi e-mel kepada Bernama, mengumumkan keputusan pengurusan syarikat penerbangan itu untuk menarik balik diskaun perjalanan Fernandes.

Idris berkata pihak pengurusan menerima banyak surat bantahan daripada banyak kakitangan MAS berhubung keistimewaan perjalanan ketua AirAsia itu ekoran “kenyataan negatif” yang dikeluarkannya mengenai MAS.

Dalam suratnya Idris berkata: “Ramai pekerja kami merasa amat tersinggung dan kecewa dengan apa yang mereka baca di akhbar. Perasaan marah di kalangan pekerja ini semakin meningkat, begitu juga dengan tekanan dari pihak kesatuan setiap hari”.

Beliau juga berkata ekoran banyak kritikan Fernandes terhadap MAS, pihak pengurusan tiada pilihan selain menarik balik keistimewaan perjalanan berkuatkuasa 1 Jun.

Bagaimanapun Fernandes dalam reaksinya terhadap keputusan oleh seteru dalam perniagaannya itu berkata kritikannya terhadap MAS dicetuskan semata-mata oleh gesaan AirAsia supaya syarikat penerbangan negara itu “bersaing secara sihat”.

“Apa yang saya katakan cuma MAS perlu memberikan kami peluang untuk bersaing secara sihat.

Contohnya MAS sentiasa menentang penerbangan AirAsia ke Singapura,” kata Fernandes semasa merujuk kepada isu utama bagi dua syarikat penerbangan itu, iaitu apa yang dilihat sebagai laluan paling menguntungkan di rantau ini.

Ditanya sekiranya beliau percaya kesatuan sekerja MAS yang menekan syarikat penerbangan itu untuk menarik balik diskaun 50 peratus bagi Kelas Pertama/Perniagaan dan 75 peratus bagi kelas Ekonomi, Fernandes berkata: “Kami hanya mahu diberi layanan adil.

Apa gunanya untuk perkara ini dijadikan terlalu bersifat peribadi?” katanya.

Pelopor syarikat penerbangan tambang murah yang lantang bercakap itu berkata beliau memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaannya dan pemegang saham AirAsia, sambil menambah, “Orang yang tidak sukakan saya akan sentiasa mencari jalan untuk tidak menyukai saya.”

Ditanya sama ada tindakan MAS menarik balik diskaun yang diberikan kepadanya untuk menaiki penerbangan syarikat kebangsaan itu mendatangkan kesan kepadanya, Fernandes berkata “Saya tidak menggunakannya sangat, jadi tidak mengapalah.”

Idris ketika dihubungi bertegas bahawa kesatuan pekerja-pekerja syarikat penerbangan itu yang memulakan langkah berkenaan.

Seperti yang dinyatakan dalam suratnya kepada Fernandes, “Ia adalah tindakan yang terbaik buat masa ini berikutan sentimen keseluruhan dalam kalangan kakitangan.”

No2umnO – Perang dah mula …….

Kecewa pejabat pos ditutup

In Minyak naik on June 16, 2008 at 10:34 pm


kosmo – Orang ramai yang mahu membuat urusan tuntutan rebat tunai kenderaan persendirian di Pejabat Pos Jalan Tunku Ibrahim di sini kecewa apabila ia ditutup sementara pagi semalam ekoran masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Mereka berpendapat, pejabat pos berkenaan sepatutnya melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran dalam menguruskan pemberian rebat itu kerana ia telah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang membuat perancangan untuk membuat tuntutan tersebut.

Seorang peniaga, Alias Ali, 35, berkata, dia menunggu di hadapan pejabat pos ini sebelum dibuka pada pukul 8.30 pagi, tetapi kecewa apabila selepas itu dimaklumkan pejabat pos itu terpaksa ditutup sementara ekoran masalah teknikal…. selanjutnya.

Lagi tekanan untuk Chedet

In Anwar Ibrahim, Belit Mahathir on June 16, 2008 at 1:52 pm

Anwar Dapat Lampu Hijau Cabar Kesahihan Pemecatannya

bernama – […] Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang — sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya;

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari…. selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [16 – June-2008/Isnin]

In Berita Semasa on June 16, 2008 at 1:43 pm

Harga ayam RM8 sekilogram berpatutan: FLFAM [bhairan]
Adik menteri tidak tahu dadah di dalam begnya [bhairan]
Isu peraduan 100 hari 100 kereta, Celcom temui Jakim esok [utusmeloya]
Kerajaan henti misi selamatkan Sufiah [bhairan]
Dubai companies keen to invest RM33b, says Selangor MB [thestar]
Tidak ada petanda komponen BN Sabah keluar parti [utusmeloya]
Penang studying proper way to hand out RM100 each to poor families in state [nst]
Body of newborn found in drain at Kampung Segambut [nst]
No indication a Sabah BN party was quitting the coalition, says Musa [nst]
Pemecatan dua pegawai kanan Sime Darby perkara biasa: Musa [bharian]
Selangor urus sendiri pasir untuk dapatkan pulangan lebih [bhairan]
MB Selangor tidak patut samakan orang dengan artifak [utusmeloya]
Shocking pictures taken from the air [nst]
‘Fuel subsidies push prices up’ [nst]
Cuepacs proposes night allowance [nst]
Gerakan vows to stay in Barisan [nst]
Demonstration against price hike heats up [nst]
Panel to find seat for Anwar to contest [sun2surf]
Housewife: We depend on God to help our family [thestar]
Forced to take up a second job to make ends meet [thestar]
Anwar eyeing Kuala Kangsar [thestar]
Same-Sex Couple to Marry — Again [ABC]
GLC ketepi firma pengiklanan Melayu [bhairan]
Arahan tutup lampu waktu rehat [utusmeloya]
Jefri salahkan Sultan Brunei – Pengakuan pertama selepas waran tangkap dikeluarkan [kosmo]
‘Subsidi umum bebankan kerajaan’ [bhairan]
Cadang turun faedah pinjaman [kosmo]
PKNM bekal beras di Melaka? [kosmo]
Kerajaan ‘jual’ Malaysia di New York [utusmeloya]
Harga ayam cecah RM8 [bhairan]
Polis tahan 2 tentera samun, culik wanita [utusmeloya]
Syor kajian tenaga nuklear jana elektrik ke Kabinet [bhairan]
Saranan naikkan had muflis kepada RM50,000 [utusmeloya]
Sistem tender terbuka sukarkan kontraktor bumiputera [utusmeloya]
Elaun sewa rumah RM130 jika pendapatan RM700 sebulan [utusmeloya]
Dakwaan ada pemimpin UMNO sertai PKR direka [utusmeloya]
Iskandar Malaysia boleh sebabkan Melayu terpinggir? [utusmeloya]

Waran tangkap untuk Chegubard

In Belit POlis on June 16, 2008 at 1:13 pm

chegubard
Khamis lepas che’GuBard telah mendapat panggilan telefon dari seorang pegawai Polis dari IPD Seremban yang meminta che’GuBard hadir ke IPD Seremban untuk diambil kenyataan berkenaan PROTES kenaikan harga minyak di Pasar Besar Seremban 6 Jun lepas.

Oleh kerana tugasan yang banyak dan che’Nur Zaima Jahida pula masuk hospital maka tidak ada masa untuk hadir ke IPD untuk tujuan tersebut. Hari ini khabarnya melalui satu surat yang dihantar oleh anggota polis beruniform di rumah ibu/bapa di Bukit Chedang menyatakan che’GuBard perlu serah diri ke IPD Seremban berkaitan satu laporan polis yang telah dibuat.

InsyaAllah esok kira – kira 10 pagi; che’GuBard akan hadir ke IPD Seremban untuk tujuan tersebut.selanjutnya …

no2umnO – kita pernah gelar anjing, kita pernah gelar barua. Tapi tak pernah nak mengaku. Marah pulak tu. tapi bila orang lain berdemo tentang babi, dia buat tak tau. bila berdemo kecoh pasal melayu … pun dia buat tak tahu… Kalau anjing bukan, barua pun bukan, nak panggil apa lagi?

Sayonara Hang Najib

In Belit Dollah, Najib Bodoh, Zulkifli Nordin on June 16, 2008 at 12:42 pm

zul4kulim – […] Saya teringat betapa beriya-iyanya Mahathir mengumumkan Anwar sebagai pengganti dia semasa kelemasan dengan isu kewangan negara yang disoroskan. Malah sampai 30 Ogos 1998 di Pulau Pinang Mahathir masih umumkan Anwar pengganti dia. Hingga dia kata siapa yang memfitnah Anwar wajar ditembak saja. Tapi pada 2 Sept, dua hari lepas tu dia pecat & sembelih Anwar sampai lunyai.

Saya tengok bila Raja Petra dikenakan pertuduhan memfitnah Hang Najib..ini sebenarnya akan membongkar semula kes pembunuhan Altantuya. Sama macam mana Khalid Jefri dikenakan pertuduhan memfitnah Anwar..kes itu diguna untuk membongkar fitnah terhadap Anwar.

Saya bertambah yakin dengan konspirasi ini bile kes Raja Petra ditetapkan untuk bicara pada awal Oktober..semasa mesyuarat ameno bahagian sedang berjalan..dan sebulan sebelum perhimpunan Agong ameno. Apabila Mahathir dikenakan tindakan akan disiasat kerana kes CD Lingam…saya tengok ni sebagai cara nak halang Mahathir defend Hang Najib sebab dia akan sibuk nak mempertahankan diri sendiri. Apabila mereka create suasana hingga Mahathir keluar ameno..ni sebenarnya proses nak isolate Hang Najib supaya senang disembelih.… selanjutnya.

Pak Lah memang SAH bodoh

In Dollah bedol, Minyak naik on June 16, 2008 at 11:03 am

email oleh nazmi67@xxx.com

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel telah berkuatkuasa. Mesyuarat yang hanya mengambil masa 4 jam, di umum tidak sampai seminit dan minyak telah naik dengan mendadak tidak sampai 6 jam kemudian. Hebatnya tentang kerajaan Barisan Nasional di dalam menaikkan harga minyak, mereka cukup pantas.

Kalau hendak memohon kelulusan paras gaji paling rendah pula, MTUC terpaksa menunggu bertahun tahun, malah sehingga sekarang, masih lagi tidak diluluskan. Begitu lah efisyennya kerajaan di bawah Perdana menteri kita Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang kononnya cukup bijaksana, perihatin, merendah diri dan cucu kepada ulamak.

Aku menggunakan kenderaan yang dijana dengan kuasa minyak petrol dan peningkatan harga sebanyak 41% memang cukup membebankan. Itu bukan lah satu satu kenaikan yang aku terpaksa tanggung. Selain dari itu, kenaikan harga beras yang lepas sebanyak 41% dari pada harga asal, telah sedia membebankan kepala dan poket aku. Itu baru beras dan minyak. Bagaimana dengan barangan lain?

Aku menghabiskan sebahagian hari ini untuk menilai berapa kah kenaikan kos keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang aku terpaksa bayar. Walaupun ia sekadar anggaran, aku dah terasa beban yang akan aku tanggung. Ramai antara kita yang lupa untuk memikirkan semuanya secara terperinci kerana di dalam kepala kita terbeban dengan bermacam macam masalah.

Merujuk kepada gambar di atas, Harga ayam yang sebelum ini sekitar RM5.60 ke RM5.80 sudah meningkat kepada RM8.00. Ini berlaku setelah peningkatan harga minyak, baranga makanan ternakan dan penghapusan harga siling ayam yang baru baru ini dibuat oleh kerajaan. Kenyataan ini adalah tindakan bodoh yang ke 2 selepas pengistiharan kenaikan harga minyak.

Setelah di tolak, campur, didarab dan di bahagi, kenaikan kos sara hidup aku sekeluarga meningkat sehingga anggaran 30% ke 50%. Dengan kenaikan kos sebanyak itu, bermakna jika aku berpendapatan RM2,000 .00 sebulan, sebenarnya nilai wang yang aku perolehi pada setiap bulan akan datang, adalah cuma sekitar RM1,000 ke RM1,200.00 sahaja.

Dengan nilai pendapatan bulanan sebanyak itu, apakah yang anda mampu beli untuk menyara sebuah keluarga?

Apabila aku merujuk kepada nilai paras kemiskinan yang dahulunya berpendapatan sebulan RM1,500.00 kebawah, maka aku tergolong diantara mereka yang miskin. Kalau miskin, aku tidak boleh menggunakan handphone, kereta dan hanya berbasikal kesana kemari. Semua ini perlu berubah kerana dengan pendapatan RM2,000, tidak membenarkan kita memiliki semua itu, walaupun ia nya adalah keperluan. Kalau sebelum ini aku berulang sejauh 10 kilometer untuk ke tempat kerja, Maka aku dapat bayangkan betapa susahnya aku menghadapi hari hari mendatang.

Aku sudah bertemubual dengan kakitangan kerajaan yang berpendapatan sebanyak RM2,500. Setelah di tolak ansuran rumah, kenderaan dan sebagainya, kebanyakan kakitangan kerajaan cuma membawa pulang sekurang kurangnya RM600.00 sebulan. Cuba anda bayangkan, bagaimana mereka hidup dengan wang sebegitu, sebelum di tolak kos makanan, bil dan persekolahan anak?

Baru baru ini Pejabat POS kecoh dengan pemberian rebat cukai jalan yang kononnya bertujuan untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak. Nilai yang paling maksima adalah sebanyak RM625.00 untuk sebuah kenderaan. Lagi banyak kenderaan yang anda miliki, lagi banyak rebat yang anda akan perolehi. AKu cuma ada satu kendeaan dan siapakah yang memiliki 5 buah kenderaan di dalam satu satu masa? Masih lagi bukan golongan seperti aku.

Namun begitu, serbuan yang dibuat oleh rakyat Malaysia ke pejabat POS selama 3 hari berturut turut bukan lah bermaksud rakyat setuju dengan kaedah pemberian rebat itu, tetapi kerana rakyat tidak mampu dan miliki wang lagi untuk berbelanja. Rebat adalah satu satunya jalan ketika itu untuk menampung perbelanjaan pada bulan ini sahaja.

Kita sekarang berdepan dengan masalah yang sangat kritikal. Kalau RM1,500 ke bawah adalah paras kemiskinan rakyat negara kita maka jumlah rakyat miskin selepas ini akan bertambah lagi kerana paras kemiskinan yang baru perlu di kenal pasti. Secara mudahnya, kalau kenaikan kos meningkat kepada 40%, maka paras kemiskinan turut dinaikkan kepada paras tersebut. Dengan itu anggaran paras kemiskinan yang baru adalah berpendapatan RM2,100 sebulan. Adakah anda tergolongan kepada kumpulan ini?

Menurut DS Anwar Ibrahim, pada tarikh tertentu pada tahun ini, akan berlaku perubahan parti pemerintah. Dikatakan tarikh keramat itu adalah sekitar bulan September pada tahun ini. Ini bermakna kita mempunyai tempoh dua bulan berdepan dengan kemelut harga barang dan sara hidup. Kalau ikut kan rasa, lagi cepat lagi bagus.

Esok aku perlu membayar ansuran bulanan kenderaan sebanyak RM600.00, Bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM240.00 dan bil talipon RM160.00. Sedangkan duit yang ada ditangan cuma berbaki RM400.00. Dimana agaknya untuk aku cari lagi? Barangan isteri sudah pun kugadaikan, tiada apa lagi yang tinggal untuk aku jual.

Masalah sudah berlanjutan sejak Abdullah menjadi PM. Sampai bila lagi aku perlu berdepan kemelut kehidupan ini? Semuanya gara gara menanggung para pemimpin yang bagaikan membela biawak hidup. Bukan nya memudahkan tapi menyusahkan. Pada mula nya aku beranggapan ku gelar bodoh pada pemimpin kerana amarah aku. tapi cuba kita baca keratan dibawah,

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar pelik dengan sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu – Lagi berita

Kalau itu lah cabaran yang Pak lah ajukan …. aku rasa memang dia benar benar bodoh.

Reezal ‘batu api’ pecat saya

In Sanusi Junid, UMNO bergolak on June 16, 2008 at 10:39 am

reezal merican naina mericanmalaysiakini – Tan Sri Sanusi Junid mendakwa setiausaha politik menteri kewangan sebagai dalang yang mencadangkan beliau dipecat daripada presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) awal bulan ini.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Kedah itu, enggan menyebut nama setiausaha politik terbabit dengan alasan tidak mengetahui namanya.

“Saya tidak tahu… tetapi setiausaha politik menteri kewangan hanya seorang sahaja,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan medianya minggu lalu.

“Saya sebenarnya dipecat melalui saluran setiausaha politik menteri kewangan, yang kebetulan salah seorang ahli majlis UIA yang telah saya cadangkan kepada DYMM ketua perlembagaan UIA untuk menjadi wakil alumni di dalam majlis UIA,” kata Sanusi minggu lalu.

Malaysiakini difahamkan, Datuk Reezal Merican Naina Merican memenuhi ciri yang digambarkan oleh bekas presiden universiti itu…. selanjutnya.