no2umno

Archive for June 18th, 2008|Daily archive page

Undian Ketua Kampung di Parit Buntar

In Ketua kampung Perak on June 18, 2008 at 11:53 pm

Pemilihan pada hari ini adalah yang pertama dalam DUN Titi Serong dengan menggunakan kaedah pengundian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang baru.

Pemenang, Ust. Ahmad Ismail.

Bagi pemilihan Kampung Denisstown ini terapat 4 calon yang bertanding iaitu Hj, Mohd. shafeie Rejab (63) seorang pesara guru dari Taman Kerian. Hj. ahmad Abd. Hamid (62), Bilala Mesjid dari Kg. Perak. Aslan bin Jamil (43) yang berkerja sendiri dari Denisstown, dan Ust. Ahmad Ismail (66), Pesara guru dari Tmn. Kerian Tambahan.… selanjutnya.

Wak ingat apa kata MB Selangor tempoh hari…..kalau Ketua Kampung di lantik oleh orang kampung maka apa kah panggilan bagi JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Pusat? Ketua JKKK? Ketua Dilantik? Ketua ketui …. hai lawak Mat taib.

Wawancara dengan Boss Petronas

In belit petronas on June 18, 2008 at 11:38 pm

Korang ingat? Semalam aku ada cerita tentang temubual antara wartawan dan Hassan Merican … Kalau korang tak kenal siapa Hassan merican, sila klik sini.

Dan di dalam sessi tersebut, ada soalan yang membuatkan Hassan Terkantoi. Disini adalah keratan soal jawab tersebut

Soalan: Tan Sri, ini berbalik kepada keuntungan Petronas tadi. Ramai di kalangan rakyat tidak begitu puas hati dengan apa yang mereka katakan ketelusan perakaunan Petronas. Disebalik Petronas mengatakan ia adalah satu organisasi yang telus, apa komen Tan Sri tentang hal ini?
Jawapan: Petronas adalah sebuah syarikat yang beroperasi di bawah Akta Syarikat 1965 dan semua syarikat yang beroperasi ini mesti mengeluarkan laporan tahunan seperti dikehendaki oleh akta itu. Dan Petronas daripada mulanya memang mengeluarkan tiap-tiap tahun laporan tahunan Petronas dan kumpulan Petronas. Dan bermula dari tahun 1990, kita memang publish kita punya laporan tahunan.
Sebabnya Petronas dah ada rating Standard and Poors atau Moodys, itu pun peminjam duit daripada capital market dalam dunia. Jadi saya rasa kehendak akta syarikat kita telah comply.
Soalan: Bolehkah Petronas lebih telus dari ini Tan Sri?
Jawapan: Telus bagaimana lagi?
Soalan: Seperti ada yang mengatakan Petronas harus membentangkan contohnya laporan tahunannya di Parlimen dan Petronas sepatutnya accountable kepada Parlimen dan bukan sahaja kepada Perdana Menteri.
Jawapan: Petronas ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum tahun 1974. Dan di dalam akta tersebut Petronas bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Jadi sebagai di masa sekarang ini, kita memang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.
Soalan: Dan itu tidak mungkin berubahlah.
Jawapan: Itu bukan untuk saya yang menetapkannya. Akta Petroleum diluluskan oleh Parlimen. (….masa ni dia gagap gagap)

Dan selepas jawapan tersebut… Johan jaafar terus mencilok masuk soalan lain untuk ubah fokus … bimbang pecah kaca meja basah, jawab tergagap, kena belasah. Klik untuk temubual lanjut di Hard T.

Akhirnya aku Sokong Pak Lah

In Dollah Pening, Lompat parti, mob's crib on June 18, 2008 at 11:15 pm

Ini kata Pak lah selepas Sidang akhbar yang dibuat oleh Presiden SAPP, Dato Yong Teck Lee ….

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan “saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya”- bernama

Dan ini pula kata kata penyokong di belakang Pak lah …..

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata parti itu yang mempunyai kira-kira 630,000 anggota, akan kekal setia kepada BN dan akan terus memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Perdana Menteri.

“Kami akan terus bekerjasama dengan semua parti komponen BN yang menyokong dan kekal setia kepada Abdullah – Bernama

Dan Ali Rustam …. seperti biasa … juga tidak ketinggalan,

Malah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menegaskan, tindakan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.- bernama

Dan akhirnya …..aku menyuarakan rasa hati.

Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah,
Aku Sokong Pak Lah …. Letak jawatan.
Kerana pada aku, lebih mudah Ubah Pemimpin dari ubah Gaya hidup.


Mana yang perlu dikorbankan?

In Piala Sultan on June 18, 2008 at 10:46 pm

Islam dan politik … mana yang perlu di korbankan.

Aku tak hairan kalau rakyat Malaysia bertelagah tentang konsert yang akan di adakan sebelum Piala Presiden. Memang ini sudah di jangka dan kerana itu lah juga tujuan kuasa dan tanggung jawab itu di berikan kepada sesetentengah orang. Bukan benda baru. Dah beratus tahun kita di jajah. Hendak berubah sekelip mata bukan mudah. Yang sokong tak tau punca, yang sokong tak tentu arah dan yang keliru mana nak sokong.

Kalau PAS hendak kan majoriti sokongan, setuju saja dengan konsert itu, tapi kalau PAS benar benar takut pada Allah swt, ianya perlu dihentikan. Berjuang setakat yang mampu kerana negara kita ni dah rosak dengan politik. Ada orang tak tahu nak bezakan antara politik dan Islam, Islam dan politik. Menggunakan Islam untuk politik dan menggunkan politik untuk Islam.

Aku tak hairan kalau ada orang yang marah kalau pertunjukan itu di batalkan. Kita celebrate dulu ….. Yam Sengggg !!!!!



Orang kata kalau tak der hiburan dan arak, negara tak maju … betul ke?

"Kita kena jadi Melayu yang liberal"

In liberal Islam on June 18, 2008 at 10:28 pm

cursingmalay – […] Sekarang ni,semenjak peristiwa aku kena kutuk dalam Malaysia Today tempohari bila mana aku sound sorang minah yang panggil PAS itu Taliban,aku jadi agak takut.Aku tak kisah kalau orang bukan Melayu yang kutuk2 camtu sebab diorang tak faham,tapi bila mana seorang perempuan Melayu yang ada pangkat dan ada nama mengeluarkan komen2 seperti :

“Pakai tudung tak wajib”
“Kita kena jadi Melayu yang liberal”
“Kembalikan hak perempuan melayu yang ingin pakai kebaya seksi”

Benda-benda macam ni membuatkan aku jadi takut dan minah ni ramai penyokongnya,siap orang Islam sekali ada.

Aku bukan nak bangkang komen2 seperti “Politik dengan agama tak boleh disatukan” tapi kalau pemimpin tu pun bab-bab agama dia lebih kurang aku je,peratusan dia untuk terpesong adalah sangat tinggi.

Agama adalah tiang kepada jiwa seseorang,tak kira lah Islam ke,Kristian ke,Hindu ke.Semua agama ajar penganut dia buat benda baik.Jadi kalau pemimpin tu takde agama,maknanya dia takde halangan langsung untuk buat apa-apa,baik atau buruk.Sebab kurangnya ajaran agama la perempuan yang ada dalam gambar ni buat macam tu…. selanjutnya.

ABDULLAH HADAPI TSUNAMI POLITIK FASA DUA?

In Dollah Pening, kuda kepang, SAPP on June 18, 2008 at 9:58 pm

kudakepang – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kena segera bangkit daripada sindrom penafiannya dan bertindak decisive mulai sekarang. Beliau wajar membuat keputusan muktamad terhadap pelbagai persoalan berikut:

1. Adakah Abdullah insaf bahawa PRU12 telah memberikan isyarat bahawa rakyat jelata Malaysia sudah hilang keyakinan kepada beliau?

2. Jika insaf, syukur alhamdulillah. Jika tidak, bilakah proses peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilaksanakan oleh Abdullah? Akhir bulan ini? Tahun depan? Atau peralihan kuasa yang sudah diwar-warkan kebelakangan ini tidak akan jadi kenyataan sama sekali?

3. Adakah hasrat Abdullah untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO Malaysia akan diteruskan? Atau, adakah Abdullah akan dengan sukarela mengundurkan diri daripada persada politik tanahair dengan seberapa segera?

4. Benarkah desas-desus bahawa sebuah kuasa asing tertentu telah berjaya mempengaruhi Abdullah supaya tidak memilih Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pewaris tampuk kekuasaan negara dan UMNO? Benarkah ura-ura yang mengatakan bahawa kuasa asing berkenaan, demi menjaga kepentingannya di Malaysia, mahukan Datuk Seri Syed Hamid Albar dijadikan pengganti Abdullah? Kalau benar, harap sahkan ura-ura ini. Jika tidak, harap nafikannya dengan seberapa segera.

Saya senaraikan soalan-soalan di atas sebagai reaksi kepada ura-ura komponen BN – SAPP – akan membawa satu usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat Isnin depan. Ura-ura ini adalah satu daripada manifestasi kehilangan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Abdullah mutakhir ini.

Lantas, banyak pihak pun mula tertanya-tanya, kenapakah Abdullah seolah-olah tidak langsung sensitif terhadap perasaan rakyat jelata di era pasca PRU12 ini? Kenapakah Abdullah langsung tidak memikirkan kesejahteraan UMNO mutakhir ini? Adakah Abdullah masih menunggu ketibaan Tsunami Politik Fasa Dua untuk melanda beliau sehingga tersingkir daripada persada kekuasaan negara secara hina? – Ruhanie Ahmad

SAPP goncang politik Malaysia

In Analisa, Lompat parti, SAPP on June 18, 2008 at 9:54 pm

bernama – […] Semuanya bermula dengan kata dua yang dilihat biasa sahaja. Pada 13 Mei, Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee memberikan Barisan Nasional (BN) masa sehingga Ogos bagi menyelesaikan isu-isu tertunggak di Sabah.

“Selepas Ogos, tiada jaminan bahawa anggota SAPP akan kekal dalam Barisan(Nasional),” katanya.

Rungutan itu tidak berhenti setakat itu. SAPP terus bersuara lantang dengan membangkitkan beberapa masalah yang menjejaskan negeri itu, termasuk masalah pendatang tanpa izin dan “projek kad pengenalan.”

Banyak pihak beranggapan bahawa SAPP hanya sekadar “menangguk di air yang keruh” bagi kelangsungan politik.

Apa yang dilihat sebagai strategi politik, Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan pada Isnin menafikan laporan media bahawa parti itu sedang menunggu masa untuk mengetepikan BN, menyatakan laporan itu “hanya spekulasi.”

Hari ini, Yong, bekas ketua menteri Sabah, membuat kejutan dengan mengisytiharkan bahawa parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada masa sama, beliau mengumumkan bahawa dua anggota Parlimen SAPP Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.

“Kami mesti membuat pendirian sebelum jendela peluang itu tutup. Jendela peluang ini akan tutup menjelang Ogos yang mana selepas itu Sabah akan dilupakan sekali lagi.… selanjutnya.

Scandal of Lim Kok Wing’s University

In Rasuah Malaysia on June 18, 2008 at 9:45 pm

isuhangat
Scary stories, so sad for those involved ¡K To all mothers with teenage and young daughters.

Subject: Beware of local university’s African students..!!

Please pass the news and warn the parents, government, students and society. This is true and all happened within these two years!

I have a friend’s daughter who is studying in Limkokwing University , and she was kidnapped by a Botswana student studying there as well. The African is 37 years old!
The daughter was kidnapped and managed to escape from that African. However, she had been raped, beaten, tied up and punched by the man. That bastard even got
his African friends ( Botswana students too) to rape the daughter. Now the daughter is in trauma.

Because of this case, I have investigated amongst the Limkokwing students, and there are more serious cases that had been happening within these two years. Please
read and spread the news to your friends, it’s not rumours. Trust me, or you may ask any of the Limkokwing students! I am sad as it is all covered up by the Limkokwing’s
president – Tan Sri Lim Kok Wing.… selanjutnya.

no2umno – Aku keliru … siapa yang lebih berkuasa? Undang undang atau wang?

Pelik: Kisah cinta Jerung dan manusia

In Pelik on June 18, 2008 at 9:41 pm


cerita lanjut …. SINI

Nafsu songsang

In Lucah on June 18, 2008 at 9:36 pm

//buletinonline.net/images/berita6/bangunansekolah.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline – Dengan upah antara RM30 hingga RM50 bagi sekali layanan, seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan bebas menjadikan pelajar lelaki di sekolahnya sebagai tempat melampiaskan nafsu songsangnya sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, perbuatan keji guru berusia 37 tahun berasal dari Klang, Selangor, yang menjadikan kuarters guru sebagai tempat memuaskan nafsunya terbongkar selepas keluarga seorang pelajar lelaki yang pernah menjadi mangsanya membuat aduan polis, Sabtu lalu.

Difahamkan, keluarga pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang selepas mengetahui guru terbabit menjadikan anak mereka sebagai mangsa…. selanjutnya.