no2umno

Archive for June 21st, 2008|Daily archive page

Sikit sikit, lama lama jadi penyakit

In Minyak naik on June 21, 2008 at 11:51 pm

pkrAku tak hairan kalau penonton pertandingan Akhir Piala FA malam tadi tidak seramai yang di jangka. Kebiasaannya, penontong akan memenuhi barisan kerusi berwarna hijau di bahagian belakang pintu gol tetapi malam tadi tidak berlaku. Aku pun talipon member yang, ini alasan nya “Sorry bro, gua lepak kat rumah je, tengok TV. Tak larat bayar minyak”

Perhimpunan 100 hari pemerintahan Rakyat … kawan dari kampung pun bagi alasan yang sama. itu juga aku berkunjung ke Restoran mamak di Shah Alam, pengunjung pun sudah berkurang. Tokey dah geleng kepala. Beberapa kedai yang aku pernah kunjungi pun ada yang sudah tutup. Semua orang mengeluh belanja semakin mahal. Ini belum cerita keluhan keluarga keluarga ….. terutama yang MARHAEN .. cam aku.

Tapi kerajaan dok sibuk cerita ekonomi meningkat la, harga pasaran hadapan belakang kiri dan kanan…. ape kejadah? Yang penting .. aku nak, minyak Turun.

Nak tau pening tak pening .. korang baca ni,

Masalah kewangan, lelaki cuba terjun flat
sinar
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga dan kewangan mengambil tindakan untuk terjun daripada bangunan lima tingkat di Blok 54, Flat PKNS Seksyen 7, petang semalam.

Ketua Operasi Menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Mohamad Shafie Abd Rawop berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.17 petang.

“Selepas lima minit, pihak kami sampai ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah berada di bumbung tingkat atas flat rumah berkenaan.

“Seramai tiga anggota ditugaskan untuk memujuk dan membawa mangsa turun,” katanya kepada Sinar Harian selepas kejadian.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan taktik memujuk bagi tujuan melengahkan mangsa daripada mengambil tindakan terjun sementara beg udara dipasang.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira satu jam memujuk mangsa daripada meneruskan niatnya untuk terjun.

Kata beliau, mangsa berumur 46 tahun itu difahamkan bekerja di sebuah syarikat penyelenggara lebuh raya di Shah Alam.

Menurut Shafiee, seramai 11 anggota termasuk pegawai serta dua jentera bomba bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan.

Dek kerana seorang pemimpin yang membawa bala, diikuti dengan barisan barua barua nya … lepas ni ramai lagi rakyat Malaysia yang jadi lebih gila. Cam biawak

"10 MP BN diarah keluar negara elak lompat" PKR

In Belit BN, klpos, SAPP on June 21, 2008 at 11:36 pm

klpos – Ketika tercetus drama politik di Sabah berikutan pengumuman Parti Maju Sabah (SAPP) bahawa mereka akan meneruskan langkah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperhebat kempen mempamer kekuatan.

Ia mendakwa 10 ahli Parlimen (MP) Sarawak telah dibawa ke seberang laut dalam usaha menyekat mereka daripada meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.

Timbalan presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali mendakwa mereka telah dibawa ke Beijing.

Tidak semua 10 orang itu akan menyertai PKR, katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Kaamatan PKR di sini hari ini.

Sebaliknya menambah, hanya dua dari mereka yang sepatutnya mengumumkan keluar BN, semalam.

Naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bila ditanya sama ada beberapa MP di Sabah juga mempertimbang untuk menyertai mereka, berkata: “Ya, sudah tentu, adalah beberapa orang dari Sabah”.

Basket of goodies for Selangor folk

In Negeri Selangor on June 21, 2008 at 11:30 pm

pkrmalaysianinsider – After 100 days in power, the PKR-led Selangor state government proved that “impossible” is not a word that exists in its dictionary.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim marked the milestone at a rally at the Shah Alam Stadium last night by disclosing a full series of people-centric socio-economic measures to alleviate the people’s burden impacted by the high cost of living.

“In this first phase, starting from June 1, we promise the whole of Selangor … to effectively realise our policy to ‘merakyatkan ekonomi’,” he said.

pkr“Others say it’s impossible … but what efforts have the BN government taken to reduce the people’s burden? This is what differentiates (the BN government from) the Pakatan Rakyat government,” he added, to cheers from the ground.

Last week, the state government announced the successful delivery of its promise to grant 20 cubic metres of water free to all Selangor households.

Earlier yesterday, the state government distributed free rice, sugar and milk to households with a monthly income of RM1,500 and below.

Among the seven measures to be implemented is a special trust fund for Selangor-born children, known by the acronym Tawas. …seterusnya.

JAKIM BERLAGAK ALIM

In Belit Jakim on June 21, 2008 at 11:27 pm

 tranungkite – ” Pertama syabas pada JAKIM ingat pada rakyat Malaysia ada usur judi yang di tawarkan oleh sebuah pengendali talipon mudah alih yang terbesar.

Kita tertawa dan suka dan duka telatah JAKIM dan ketua pegawai nya.

Pertama:- Bagaikan terlena dari tidur dan terkejut dari mimpi siang hari. Apakah tidak “ala-ala judi” jka dikatakan judi telah berkurun dijamu oleh syarikat perniagaa di Malaysia.

Contuh mudah mungkim pegawai Jakim sendiri ke jualan murah dan cabutan bertuah yang di adakan dipasar raya besar sempurna jualan mega, BIG SALE yang diadakan setiap tahun dan musim perayaan.

(sekitar Jalan Tunku, KLCC, SOGO, MALL, MIDVALLEY, ONE UTAMA, takkan kakitangan JAKIM tak pergi melawat dan membeli jika ada berkenan?.

Contuh mudah kedua:- styesen Radio kerajan dan swasta ada anjur teka dan hadiah wang. Pertanyaan itu judi atau suka-suka beri hadiah.? Takkan pegawai Jakim dan kakitangan tidak dengar radiao?. Alim sangat ke?.

Contuh mudah ketiga:- Program tv semua saluran ada teka macam teka dan hadiah pun wang Malaysia, itu judike atau suka-suka bagi wang?, Takkan ketua pengarah , pegawai dan kakitangan dok tengok TV, alim sangat ke?…. selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [21 – June-2008/Sabtu]

In Berita Semasa on June 21, 2008 at 11:17 pm

Nazri jamin tiada usul undi tidak percaya terhadap PM [utusmeloya]
Raymond tetap dengan SAPP meskipun parti itu dipecat daripada BN [utusmeloya]
Asia Barat jadi bola api jika Israel serang Iran [utusmeloya]
Musa sangkal dakwaan Yong tawaran jawatan Senator sebagai “sogokan politik” [utusmeloya]
SAPP to discuss autonomy, oil royalty, Labuan issues [thestar]
Selangor govt offers goodies to mark 100 days in power [nst]
Former PM is being selective, says blogger [nst]
Disabled want road tax lifted [nst]
The mad rush in Penang [nst]
Rapist dad: I used condoms [nst]
I’m just a dust, says Samy Vellu [nst]
Penyokong terkejut harga tiket Piala FA naik 100% [utusmeloya]
Lagi suspek bunuh Adun direman [bhairan]
Sedia terima padah – TPM [kosmo]
Godam komputer curi wang – Tahu nombor akaun, simpanan di bank lesap [kosmo]
Adik menteri bebas tali gantung [kosmo]
Majoriti tolak gaji dua kali [bhairan]
Imigresen isytihar ‘perang’ – Kilang perdagang pekerja di Shah Alam kini beralih ke Johor [kosmo]
‘Elak kemunculan pemimpin diktator’ [bhairan]
YB SAPP kena tindakan jika undi tidak percaya [bhairan]
MT SAPP setuju usul undi tak percaya – Teck Lee [utusmeloya]
BN tiada pilihan kecuali singkir SAPP[utusmeloya]
SAPP tidak berganjak [bhairan]
Anwar tawar jawatan TPM kepada Yong?[utusmeloya]
Khairy tunggu maklum balas [utusmeloya]

Manusia di rasuk syaitan

In Islam on June 21, 2008 at 12:57 pm

pembelawaja – Para peserta majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMEBELA) yang diadakan pada malam tadi (19 Jun), bertempat di Country Height Darulaman, Jitra menjadi gempar, apabila Setiausaha Agung PEMBELA, saudara Basir Hj. Ismail mendedahkan tentang tindakan individu yang tidak ketahui telah melepaskan kemarahannya dengan menconteng dan menulis perkataan yang menghina Keesaan Allah SWT.

Beliau menjelaskan bahawa, “penelitian yang di buat ke atas naskah Al-Quran mendapati terdapat perkataan-perkataan yang amat keji tertulis di setiap muka surat iaitu dari surah Al-Baqarah hingga Al-Imran”….seterusnya.

Stesyen minyak protes

In Minyak naik, Protes on June 21, 2008 at 12:36 pm

Hah … ingatkan pengguna sahaja .. rupa rupanya Pengusaha stesyen pun sama.

Stesen minyak mahu tutup operasi
utusmeloya – […] “Ia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tarikh tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, rayuan menaikkan komisen itu telah disuarakan PDAM dalam pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada Khamis lepas.

“Beliau berjanji membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan mengenainya akan diketahui Isnin ini.

“Dalam pertemuan hampir tiga jam itu beliau memahami masalah yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing sehingga 40 dan 63 peratus,’’ ujarnya.

Abdul Wahid memberitahu, selain menutup stesen minyak sebagai tanda protes, semua pengusaha stesen juga bersetuju untuk menolak sebarang penggunaan kad kredit di semua stesen jika permintaan itu tidak dipenuhi.

Menurut beliau, para pengusaha stesen minyak tidak dapat lagi menampung kerugian ekoran kenaikan harga petrol dan diesel memandangkan komisen yang diperoleh tidak mencukupi.

‘‘Komisen yang kami peroleh untuk petrol hanya tiga peratus dan diesel pula di bawah dua peratus dan komisen ini tidak mencukupi untuk menampung bayaran sewa stesen, membayar gaji pekerja dan penyelenggaraan,’’ katanya…. selanjutnya.

Dengar cerita bank bank pun nak naikkan interest pinjaman minggu depan. Entah betul, entah tidak. Aku dengar berita angin jer. Kalau betul, maka terus lingkup la negara.

Berapa ramai sambut Ezam di Terengganu?

In belit ezam on June 21, 2008 at 12:18 pm

email: hajidas..@yahoo.com

Wak mari kita belajar mengira. Berapa ramaikah orang yang hadir ?

Diambil dari buletinonline

//buletinonline.net/images/berita6/ceramahezam2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

gambar berikut diambil dari medaninfokita (klik) photo di ambil arah pentas sahaja.

Jawapan

a) 5,000 orang
b) 10,000 orang
c) 150,000 orang
d) 500,00 orang
e) 3 juta orang

Fitnah ke ni?

In Belit POlis on June 21, 2008 at 11:58 am

Dua dakwa polis paksa seks oral

Malaysiakini – […] Kelima-lima suspek ditangkap bagi siasatan kesalahan rompakan berkumpulan bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan.

Ketika di IPD Cheras, kata Kartigesan, mereka tidak membuat laporan kerana takut dibawa kembali ke IPD Kajang dan dipukul sekali lagi.

suhakam police abuse pc 200608 karthigesan siva subranamiamMenurutnya, sekarang ini tiga daripada suspek termasuk remaja itu telah dibebaskan, manakala dua lagi dipercayai masih berada di penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar ikat jamin.

Subramaniam (foto, kanan) mengesahkan Suhakam menerima aduan rasmi daripada bapa suspek dan pihaknya telah mengirim surat memohon penjelasan daripada ketua polis daerah Kajang pada Jumaat minggu lepas.

“Suhakam memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas memperoleh maklumat terperinci dan kami percaya bahawa perkara ini dalam siasatan aktif pihak polis,” katanya.

Beliau menambah, kejadian itu telah dirujuk kepada ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman…. selanjutnya.

no2umno – Aku memang tak nak percaya seratus peratus. Kekadang ada yang dengki pada polis atau mungkin ada kesilapan dimana mana. Kalau betul lah polis bersikap begitu, maka BANGSAT la polis tu. Dan tak mungkin juga polis yang kelihatan mesra rakyat boleh bersikap sedemikian. Kalau benar mereka mendera, memang lah CELAKA.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Aku cuba untuk tidak percaya segala kritikan terhadap polis tapi sampai sekarang, kalau berdepan dengan spesis ni, aku rasa taraf mereka dah jatuh ke lantai. Mungkin juga dah sama dengan najis haiwan. Namun sehingga sekarang aku masih berusaha untuk tidak percaya semua tohmah, melainkan polis tu memang LAKHNAT. Kalau polis tidak sejahat itu maka tidak perlu lah mereka marah, kecuali mereka memang benar benar BANGSAT. Alhamdullillah …. aku jenis penyabar rupanya.

Laporan polis dibuat ke atas Dewan Usahawan Industri Desa

In Seleweng on June 21, 2008 at 11:30 am

siasah – […] Selepas usaha melalui mesyuarat agung gagal bahkan menerima surat tunjuk sebab pula, Pemeriksa Kira-kira 2 Dewan Usahawan Industri Desa (Duid) Malaysia, Mohd Zabri Muda (gambar) mengambil keputusan membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi 7 Jun lepas, selepas kira-kira seminggu menerima surat tunjuk sebab dari Duid ekoran keengganan beliau menandatangani laporan tahunan badan bukan kerajaan itu.

Zabri yang datang sendiri ke pejabat Siasah berkata, beliau telah cuba menyelesaikan isu apa yang dinamakan beliau sebagai ‘penyelewengan jutaan ringgit wang dari kerajaan’ tetapi tidak berjaya.

“Bagi menjaga kepentingan saya selepas diberikan tunjuk sebab dan atas keyakinan saya bahawa apa yang saya buat betul, saya mengambil keputusan membuat laporan polis berkaitan dengannya,” kata Zabri kepada Siasah…. selanjutnya.