no2umno

Archive for June 14th, 2008|Daily archive page

DR ZETI: Terlalu awal untuk lihat kesan inflasi ????

In Minyak naik on June 14, 2008 at 11:58 pm

atranungkite – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada 11 Jun 2008 lalu berkata kepada peserta INCEIF adalah terlalu awal untuk melihat kesan inflasi atas kenaikan harga minyak kepada Malaysia.

Bagi beliau, kenaikan harga minyak merupakan sesuatu yang perlu dikaji secara berhati-hati kerana ia bukan hanya kelembapan disebabkan faktor luaran sahaja. ”Pada masa yang sama, kita harus melihat kepada potensi pelan rangsangan yang boleh digunakan bagi memastikan kenaikan harga minyak tidak akan dipindahkan kepada pengguna bagi mengelakkan inflasi,” katanya.

Beliau menambah, pada masa ini masih awal untuk memastikan pengeluar mempunyai kapasiti untuk menyerap sebahagian kenaikan kos dan kemudian reaksi daripada pengguna sama ada mempunyai permintaan tinggi atau sederhana.

Sebagai seorang rakyat marhaein yang cintakan negara, saya merasa sungguh kecewa dan sakit hati apabila seorang pakar kewangan dan ekonomi negara yang menjawat jawatan yang tinggi sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia, menyatakan bahawa seolah-olah kenaikan harga minyak kepada RM2.70 seliter tempoh hari tidak akan memberikan impak inflasi yang ketara dalam tempoh terdekat.

BOHONG dan BODOH. Itulah kenyataan yang paling sesuai ditujukan kepada beliau. Kalaupun jawatan sudah tinggi dan dilantik sebagai Gabenor, janganlah keluarkan kenyataan bohong dan bodoh macam tu. Budak-budak sekolah darjah satu pun tahu yang kenaikan harga minyak telah memberikan kesan kenaikan harga barangan yang mendadak. Sepinggan mee goreng di kantin sekolah hari ini dah naik harga kesan harga minyak naik. Tak sampai 24 jam kerajaan umumkan harga minyak naik, semua barangan pengguna naik harga. … selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [14-June-2008/Sabtu]

In Berita Semasa on June 14, 2008 at 11:40 pm

Pembantu kantin cedera ditembak polis [mstar]
Koridor pembangunan: kerajaan tidak pinjam IMF dan Bank Dunia [utusmeloya]
Ahmad Said dilantik pengerusi Umno Terengganu [mstar]
Rakyat gagal hayati semangat perlembagaan, kata Chandra [mstar]
Wang royalti minyak dikembalikan kepada Terengganu- Abdullah [mstar]
6 termasuk 3 Ahli Parlimen PKR ditahan di kawasan Istana Negara [mstar]
Khairy: Rakyat berhak tahu maklumat keuntungan Petronas [mstar]
23,471 teachers move up [nst]
‘Najib’s move bad for Umno’ [nst]
Subsidise NGV kits, Husam tells Federal Govt [thestar]
So busy, she only sees children on weekends [nst]
No Astro if bill not paid in 45 days [thestar]
Fuel price hike costing police force RM32m more [thestar]
Accused told me maid has no nipples, says lawyer [nst]
Rally fired by fuel price hike [nst]
Pay your road tax and get reimbursed later [nst]
‘Sky messenger’ nabbed [thestar]
Razaleigh claims Sabah backing to take on Abdullah [nst]
14,786 jawatan naik pangkat [kosmo]
Ayam kurang laku, harga lebih murah elak rugi [kosmo]
Cuaca dijangka makin terik [kosmo]
ADUN Batu Kurau buat laporan polis [utusmeloya]
Kerajaan Selangor didakwa tamat kontrak Pengarah Muzium tanpa sebab [utusmeloya]
Yahudi bina 1,300 penempatan baru [kosmo]
Hakim siar aksi ‘terlampau’ [kosmo]
‘Kami semakin terhimpit’ [kosmo]
Negara bankrap jika terus beri subsidi minyak – Ku Li [utusmeloya]
Pengarah Bomba KL ditahan BPR [utusmeloya]
Selangor henti elaun 362 ketua kampung [bhairan]
Pemancing serbu kaunter daftar [bhairan]
Tempoh lanjut caj letak kereta batal [bhairan]
Cukai jalan diturunkan [kosmo]

Sime Darby’s president/CEO says he was just following orders.

In Rockybru on June 14, 2008 at 1:11 pm

Rockybru – […] How is his view different? We don’t know. But the writer Kathy Fong tells us that Zubir is infuriated by accusations that he the sacking was a “purge” of Golden Hope officials in the company.

“This has infuriated Ahmad Zubir who says he was merely following a decision that was taken by the Board, which has been described by some as being tough and attuned to high governance standards. The Sime board comprises people such as Tun Musa Hitam and Andrew Sheng (former chairman of the Hong Kong Securities and Futures Commission), who are known for their highly ethical corporate standards.”

Musa Hitam known for “high ethical corporate standards”? Since when? I mean, it’s something else if you say that Musa Hitam is known for “high ethical political standards”. And even then, you will be inviting controversy!… selanjutnya.

2 pemimpin nafi lompat parti, Ku Li dakwa komponen BN keluar bulan ini

In Lompat parti on June 14, 2008 at 1:02 pm

DEWAN Rakyat akan mula bersidang semula 23 Jun ini dan bakal disusuli dengan kejutan baru?

Mstar – Sementara dua pemimpin Barisan Nasional (BN) menafikan akan ada wakil rakyat Sabah melompat parti, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mendakwa sebuah parti komponen BN akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini.

Bekas Menteri Kewangan itu yang dipetik Bernama bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN itu.

“Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini,” dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-Cawangan Umno Pahang di sini hari ini.

BN terdiri daripada komponen Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SUPP, SAPP, Parti Bersatu Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah, Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko), dan Parti Demoktratik Progresif Sarawak (SPDP) serta Parti Rakyat Sarawak.

Dalam pada itu, hari ini dua Ahli Parlimen – seorang dari Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah menafikan spekulasi beberapa wakil rakyat dari negeri itu akan menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru.

Ketua Penerangan Umno, Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ketika dihubungi mStar Online di Kota Kinabalu memberitahu, selama empat hari berada di Sabah beliau tidak mendengar tentang akan ada Ahli Parlimen dari negeri itu bakal menyertai Pakatan Rakyat.

“Rakyat sudah bosan dengan cakap-cakap seperti ini. Hanya beberapa personaliti yang membangkitkan isu seperti ini, nak sambung-sambung cerita yang mengatakan akan ada mereka yang akan melompat parti.… selanjutnya.

Berita berkaitan – Dua orang dah lompat?

Ceramah pasai minyak

In Matsamankati, Minyak naik on June 14, 2008 at 1:00 pm

matsamankati – […] Sementara menunggu penceramah kedua, saya mengambil kesempatan ini untuk bercakap sikit pasai minyak. Boleh ka?

“Boleeeeeh!!! ” Tak ramai pun, ada la dalam 30 orang.

Saya bukan pakar dalam ekonomi, tapi kalau cerita pasai harga minyak ni, orang bodoh pun boleh cakap. Hangpa ingat Pak Lah tu pandai pasai ekonomi ka? tak daak! Tapi pasai dia pandai auta, tu pasai orang percaya. Jadi kalau Tuan-tuan percaya kat Pak Lah, Tuan-tuan lebih bodoh dari Pak Lah. Tapi pasai tuan-tuan lebih pandai, tu pasai tuan-tuan mai dengar ceramah malam ni.

(Masuk empat lima orang kat luar markas. Mungkin takut kena panggil bodoh kot?)

Mula-mula, puak Umno ni kata, minyak kat Thailand RM3.90 seliter. Betui la. Tapi tuan-tuan tau tak, kat Siam tu kereta dia murah . RM10,000 lebih murah dari kat Malaysia ni. Pi tanya pasai lesen memandu. Sekali saja seumur hidup depa bayaq. Lepas tu tak dak dah. Hangpa pi tengok kereta Siam, ada road tax tak? Pi bawak kereta dari Haadyai sampai bangkok, berapa duit kena tol? Tak dak!!

Tapi kat Malaysia, road tax kena bayar tiap-tiap tahun, lesen kena bayar tahun-tahun. Tol tak payah cerita la. Dari Johor sampai Bukit Kayu Hitam, pi balik, gadai gelang cerai bini kita pun tak cukup.… selanjutnya.

Demonstrasi depan Terminal One lancar, ramai juga di Pejabat Pos tuntut wang

In demo minyak on June 14, 2008 at 12:57 pm

harakahdaily – […] Kira-kira 1000 rakyat Negeri Sembilan tidak kira usia menyertai himpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang dianjurkan Gabungan Memprotes Harga Minyak (Protes) di hadapan Terminal One Seremban hari ini.

Namun ada juga yang baru sahaja hadir ke Terminal One sebentar tadi selepas himpunan aman sebenarnya berjalan jam 11.30 pagi tadi berikutan kekeliruan maklumat masa himpunan dianjurkan.

Setakat jam 12.00 tengah hari tadi, peserta himpunan telah mengadakan himpunan dan berarak sekitar Terminal One sambil membawa sepanduk membantah kenaikan harga minyak.

Tiada kekecohan berlaku, sementara pihak berkuasa polis dan FRU masih berjaga-jaga di sekitar Terminal One hingga kini.

Turut serta dalam himpunan hari ini ialah, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramly; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamed Omar; Adun Paroi, Mohammed Taufek Abdul Ghani; kepimpinan PAS Negeri, kawasan kepimpinan Protes Pusat dan negeri; Pengerusi DAP Negeri, Loke Siew Fook dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). … selanjutnya.

Ku Li: BN party will leave before end of month

In Belit BN Belit UMNO on June 14, 2008 at 12:29 pm

MENTAKAB, June 14 ─ Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah today claimed that a Barisan Nasional (BN) component party will leave the coalition before the end of the month.

Tengku Razaleigh, who was a former Finance Minister, however did not name the component party.

“I received news that one party will leave the BN before the end of the month,” he claimed when attending a gathering of Umno branches in Pahang here.

Also present was a former Umno secretary-general, Tan Sri Sabbaruddin Chik. ─ Bernama

Inikah Sebabnya Mengapa Anwar Memilih Bulan September?

In Anwar Ibrahim on June 14, 2008 at 12:27 pm

 tranungkite – […] Sehinggakan ada mengatakan Persatuan Dewan Perniagaan Cina yang membuat kunjungan hormat terhadap Anwar sejurus Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri menawarkan tugas untuk memujuk atau “membeli” wakil rakyat BN kerana mereka memerlukan seorang pemimpin bagi memulihkan kembali Ekonomi Malaysia yang sekian lama suram dengan kadar segera. Mana tidaknya, kebanyakan komuniti bisnes Cina sedang mengalami tekanan akibat ekonomi Malaysia yang teruk. Jadi kini yang berunding bukanlah ahli politik tetapi melibatkan sektor koperat!! Ramalan ini dikuatkan lagi dengan hujah beberapa pemimpin tertinggi Gerakan dari kalangan Cina kini sudah menyeberang ke Pakatan rakyat. Ada yang mengatakan bukan Sabah target Anwar tetapi MP bukan-Melayu dari Semenanjung.

Walau apapun ramalan, Anwar sudah pasti mahukan tarikh 2 September yang menjadi sejarah bagi dirinya. Kalau dikutkan tarikh tersebut adalah tarikh di mana Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, manakala pada tarikh 2 September 2004 pula tarikh keramat di mana Anwar juga dibebaskan dari penjara Sungai Buluh. Apakah 2 September 2008 Anwar ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6? Kita nantikan kesudahannya.. … selanjutnya.

48 kanak-kanak serah ‘teddy bear’

In Hindraf on June 14, 2008 at 12:25 pm

malaysiakini – […] Mereka tiba dengan sebuah bas, kira-kira jam 10.40 pagi. Perarakan itu terdiri daripada kanak-kanak yang terdiri daripada umur tujuh tahun hingga 12 tahun telah beratur untuk menuju ke Istana.

palace teddy bear 140608 kids walkingSambil berarak mereka mereka memegang teddy bear yang diletak dalam bakul. Turut bersama berarak ialah kira-kira 30 penyokong Hindraf, termasuk beberapa pemimpin, sambil melaungkan “Daulat Tuanku” dan “Bebaskan Tahanan ISA”.

Perarakan itu telah diketuai oleh Penyelaras Hindraf, R S Thanenthiran dan S Jayathas. Mereka berarak ke kawasan istana dan tiba di situ kira-kira 10 minit kemudian.

Sebelum itu, penasihat undang-undang Hindraf, N Surendran telah ditahan polis bersama-sama dengan tiga ahli Parlimen PKR kerana didakwa menghalang polis menjalankan tugas di depan Istana Negara…. selanjutnya.

Hari ini Pak Lah kata belum ditetapkan…

In Belit Dollah on June 14, 2008 at 12:23 pm

malaysiakini – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi.

Perdana Menteri berkata sepertimana yang diperjelaskannya semalam, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.

Abdullah yang ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno negeri Terengganu, di Kuala Terengganu, ketika ditanya lanjut berhubung perkara itu, sambil tersenyum berkata:

“Nak jelas apa lagi, You (wartawan) tak faham lagi..Ohh dah faham tapi nak tanya lagi…(nak tanya) bila.

“Saya (sudah) terang (jelaskan) semalam, itu sudah jelas, bahawasanya saya dan Datuk Seri Najib memang memahami peralihan kuasa akan dijalankan dalam keadaan yang baik, elok dan tersusun dan tidak menimbulkan apa-apa masalah.

“Dan yang keduanya, yang tetapnya tentu sekali saya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib kerana dialah saya akan pilih (sebagai) pengganti saya,” katanya.… selanjutnya.